Nampak macam aku usaha atas korang kan ? enggak sama sekali dong... sebenarnya aku usaha atas diri sendiri , yakin aku pada Allah masih kurang , sebab tu aku kene buat dakwah banyak lagi , sama ada dari segi percakapan , tulisan , pendengaran dan bermacam cara lagi..
bukan ke itu kerja semua para nabi dan rasul , bermula dari nabi adam a.s sehingga baginda nabi muhammad s.a.w , kerja mereka hari2 dakwah illallah , asbab itu Allah naikkan iman mereka , dan baginda nabi s.a.w telah usaha atas iman sahabat selama lebih kurang 13 tahun...asbab itu iman sahabat meningkat...
ingat tak cerita nabi ibrahim a.s , ketika ibrahim a.s hendak dicampak dalam api , maka malaikat datang nak offer bantuan , korang tau apa nabi ibrahim dakwah kat malaikat tu...
" Wahai malaikat , engkau makhluk , aku pun makhluk , sedikitpun tak leh bagi manfaat dan mudarat , cukuplah ALLAH bagiku "
" Ala itu nabi ibrahim a.s , dia nabi kita sapa ?"
Ok , kita tengok zaman sahabat nabi ea... Abu Abdullah Hudhafah r.a , ketika beliau tidak mahu mengiktiraf nabi palsu ketika itu , maka nabi palsu tu mengarahkan supaya sahabat nabi ni dicampak ke dalam api , kisah dia sebijik dengan nabi ibrahim a.s , dan sahabat ni punya yakin betul pada Allah bahawa makhluk sedikit tak leh bagi kesan , maka bila dia dicampak dalam api , beliau [Abu Abdullah Hudhafah r.a] sedikit pun tak terbakar...
begitu juga zaman sekarang ni , bantuan Allah akan hadir sama seperti Allah bantu nabi2 dan sahabat nabi jika yakin kita betul pada Allah Taala...penting tak usaha atas iman ? ngangguk je la cukup ea...sahabat nabi bukan hebat macam kita pun , ada sahabat nabi cuma hafal surah al-kul je , tapi semua yakin sahabat nabi betul pada Allah...
[ ni bayan dari jemaah hadrabat (13/04/2013 , sabtu , lepas maghrib) yang sedikit ditokok tambah ]
No comments:
Post a Comment
aku hargai sape yang komen...haha