Monday, 1 April 2013

Melepak di taman syurga...

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareemmm...

Sehebat manapun cara yang difikir dan dikaji manusia, namun tiada jaminan kejayaan dari Allah s.w.t. pada kehidupan dunia apatah lagi di akhirat. Selekeh dan sekecil manapun manusia memandang cara yang ditunjukkan oleh Rasullullah s.w.t., pasti dan pasti ada kejayaan dunia dan akhirat. Kerana sesiapa yang mentaati perintah Allah s.w.t. mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., dia telah berjaya dengan kejayaan yang sebenar.



Ingat  sahabat2, susah dunia , susah sementara , senang dunia , pun sementara , teringat masa kuliah disampaikan oleh Pengarah Pusat islam UTM kat masjid pulai perdana , niat pi sane nak ziarah jemaah 40 hari dari sri petaling , tengok2 ade taman syurga , apa lagi , melepak la kejap kat taman syurga , tak rugi berdamping dengan ulama"..teringat satu nasihat beliau..

"Hadis nabi bitau orang mu'min hidup atas dunia macan penjara , jadi tanya balik diri , adakah kita rasa kat dunia ni susah ke senang , adakah kita rasa macam penjara ??ye , penjara sebab kena mujahadah untuk taat perintah Allah , mujahadah untuk amal agama ?? "

Allahu masih jauh...

Teringat satu pesan sahabat nabi pada seorang kawannya...

" Kau ingat aku nak tinggalkan sunnah kekasih aku semata-mata nak ikut orang-orang bodoh ni "

  Secara tidak sedar , hari ni kita bangga dapat ikut cara hidup barat , tapi pernah tak rasa bangga dapat amal sunnah nabi , cara hidup kekasih agung kita...

Atau sekadar lafaz cinta di mulut ~

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha