Wednesday 28 May 2014

Jalan Kenabian ada tiga...dakwah,ilmu dan tazkiah

Assalamualaikum...segala puji dan puja bagi Allah tuhan sekalian alam..
tuhan yang telah menciptakan segalaNya atas muka bumi ini...

Jalan kenabian ada tiga...dakwah, ilmu, dan tazkiah(tareqat)
jika kita seimbang kan ketiga-tiga perkara ini, maka perkara pertama yang akan kita dapat ialah mencapat hakikat cinta Allah dan cinta rasul dann...dannn.dannn.dann..bagi mereka yang ditarbiah dengan ketiga tiga usaha ini , mereka akan rasa tenang dengan ahli dakwah,ahli ilmu dan ahli zikir...

copy dari apa yang maulana ibnu batootta nukilkan

elders mintak kita hormati usaha lain YANG HAQ seperti usaha tariqah, usaha selawat qasidah, usaha jihad qital yang sahih, usaha makaatib, usaha madaaris dan sebagainya kerana masing-masing ada peranan masing-masing di akhir zaman ni...
ahli tariqah qasidah sebagai zakirinnya...
ahli madrasah sebagai takrirnya....
ahli tabligh sebagai jemaah luarnya....
barulah sesuatu "ghast" tu boleh berjalan dengan sempurna dan penuh tertib adab sunnah untuk menarik perhatian dan nusrah Allah.....
sebab itu kita jangan aneh dengan ahli zikir yang taksub zikir saja siang malam, begitu juga ahli ilmu yang taksub ilmu saja siang malam, begitu juga ahli tabligh yang josh gaban taksub dengan tabligh saja siang malam....
Jalan yang terbaik ialah contohi elders yang melakukan ketiga-tiga usaha ini sejalan, sederhana, serentak dan tidak melebihkan antara satu sama lain...
kerana ketiga-tiganya (tabligh, ilmu, tariqat) merupakan kerja nabi yang haq....
ketiga-tiganya umpama anak kandung, perlu dilayan sama rata, bukan menganak tirikan satu atau dua usaha dan cuma sayang satu usaha...
kerana itu maulana ilyas mengusulkan 4 perkara yang perlu dibanyakkan ialah:
1)dakwah
2)ajar mengajar ilmu
3) ibadah tariqah
4) khidmat
bukan banyakkan dakwah "sahaja" atau banyakkan ajar mengajar "sahaja" atau banyakkan ibadah tariqah "sahaja" atau banyakkan khidmat "sahaja"...
tetapi ianya diperbanyakkan secara serentak, sejalan, seirama tanpa membenci satu sama lain...
sungguh hikmah dan penuh rahsia tarbiah elders kita, maka berjayalah orang yang berpegang dan taat pada usul usaha agama...
dan tidak berjayalah orang yang melanggar usul usaha agama...
bagi yang ditarbiah elders dengan ketiga2 usaha ini, hati mereka akan bersih dan tenang apabila bertemu dengan ahli tabligh atau ahli zikir atau ahli ilmu...pada mulanya, dizaman rasulullah, ketiga2 usaha ini berjalan serentak tanpa ada yg dianak tirikan, kemudian zaman seterusnya, ilmu dilebihkan utk menyusun tertib pembelajaran agama ini dgn baik dan utk melindungi islam dari kerosakan, kemudian zaman yang seterusnya, tariqah dilebihkan kerana ilmu telah terpelihara, maka dh sampai masanya utk penyucian hati... kemudian, zaman tariqah berakhir dan kini zaman dakwah bermula utk bawa manusia kembali kpd agama... dan di zaman mahdi kelak, ketiga2 usaha ini akan bergabung semula persis spti di zaman rasulullah...... mudah2an sy tgolong dlm golongan yg benar... amin.

Allah sangat suka dengan umat Muhammad yang mengorbankan diri,masa dan harta utk agamanya. Mereka berada di bawah lindungan Allah dan mendapat jaminan daripada Allah utk keselamatan dunia dan akhirat. cinta kepada orang yang dicintai Allah merupakan cabang daripada kewalian.

sekarang zaman dakwah sbb majoriti umat dlm keadaan rosak, jadi prioriti diberikan kpd usaha dakwah... dlm masa yg sama dua lagi usaha tetap dijalankan... *rujuk komen sy yg lepas ttg sesuatu usaha tu dilebihkan mengikut zaman.*... kelak di penghujung zaman, nabi nyatakan, umat akan kembali kpd manhaj nubuwwah di bwh pimpinan mahdi, masa tu 3 usaha ni akan berjalan serentak seperti di zaman rasulullah.

dan pesanan dari elders2 kami di markas nizamuddin, india, jangan pertikaikan usaha-usaha yang lain...JANGAN SESEKALI PERTIKAIKAN MEREKA!!!!!!!

semoga Allah beri kita faham...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : insyaAllah 15 syaaban ni aku keluar 40hr india untuk bertemu ulama2' tabligh keturunan sayyidina abu bakar r.a yang ada ketiga tiga perkara ini iaitu dakwah,ilmu dan tazkiah(tareqat)...untuk ber syhbh dengan mereka dan mengambil keberkatan mereka...dan 2016 lepas grad keluar 4 bulan ipb(india pakistan bangladesh) dan lepas keluar 4 bulan akan sambung belajar alim di darul ulum zakariyya untuk mendapat hakikat dakwah tazkiah dan ilmu...pray 4 me, pray for ummah, i was sent for the ummah...moga kedua ibubapku yang melahirkanku akan mendapat darjat kedudukan yang tinggi di hari akhirat kelak, di saat suasana huru hara di padang mahsyar, mereka akan duduk melepak di atas mimbar bercahaya...

Monday 26 May 2014

buku bio , buku taalim, dan suami seorang tabligh vs ahlia seorang doktor

Masyallah - Buku Bio dan Buku Taalim
Khas untuk wanita wanita, Ahlia ahlia Karkun, gadis gadis bakal menjadi isteri Tabligh brothers, anak anak dara Orang Dakwah dan sesiapa sahaja asal kan mereka Wanita.

"Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut"

Kisah Medical Student Ahlia Aku

Bhai, almaklum lah bertahun tahun tinggal di asrama dan bergelumang dengan segala macam buku buku Medical yang tebalnya berinci inci, buku Bio, buku Math, Fizik dan berbagai jadi kesimpulannya bukan senang nak terima pandangan orang.

Bhai, apa yang aku katakan diatas adalah sedikit pengalaman bagaimana Ahlia aku akur dengan hanya "Beberapa kali mendengar Hadist semasa Taalim Masturat menyebabkan hati dia menanggis dan lembut hancur berkecai. Sudah menjadi darah daging dan semacam satu Budaya kepada pelajar pelajar Medical yang nak jadi Doktor ni, susah untuk mendengar pandangan orang, aku tak salah kan mereka juga ahlia aku, ini adalah kerana mereka dibentuk sebegitu untuk menjadi seorang yang betul betul berwibawa dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjawat jawatan Doktor satu haru nanti, satu jawatan yang agak berat tangung jawabnya, akibat dari proses pembelajaran serta elemen elemen ini lah membentuk mereka menjadi manusia yang Tegas dan "Payah untuk terpengaruh" dengan unsur unsur luaran selain dari apa yang mereka belajar..(Maaf Doktor Ayunie) Huhu..

Allahuakhbar tetapi Allah kuasa Makhluk takda kuasa, Kalamullah dan Kalamurasul melebihi segala galanya, ianya lebih berat dari dunia dan seisi isinya, setelah aku hantar ahlia aku untuk kali pertama ke "Taalim Masturat" sepanjang waktu semasa Taalim berjalan aku tak berhenti Solat Taubat dan Solat Hajat serta ber Doa "Ya Allah, aku lemah dan jahil, aku tak tau apa apa, aku hantar isteri aku menghadir Taalim Masturat demi untuk agama dan kehidupan kami didunia serta akhirat, berilah kefahaman agama kepada Isteri aku yang aku kasihi"...amin

Tak nak cerita panjang, memang benar, dengan menghadiri Taalim Masturat, mendengar Hadist hadist Nabi, Muzakarah 6 sifat, Halqah Quran telah menyebabkan lebih 8 tahun keegoan ahlia aku akibat dari proses "study nak jadi Doktor" hancur lebur dan hatinya telah menjadi lembut dan sedia mendengar pendapat (boleh rosak hati kalau terlalu menghafal segala macam formula dan jadi ulat buku ni Bhai) sekarang hasil nya dalam Musyuarat Harian Rumah, ahlia
 

aku selalu bentang kan senarai nama nama ahli keluarga lelaki sebelah dia dan sebelah aku dan kata nya..."Those who are in my list, our male family have to go for Tabligh" aku senyum dan jadi seram sejuk...dalam hati aku Josh nyeeer..!!! 

Dan ahlia aku selalu zihin ahli keluarga perempuan dengan kata kata ini..

"Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut"

Aku: Allahuakhabar.....

Bhai, mana mana yang nak kawin tuuu, korang kena awal awal bagitau yang kita ni adalah "Pekerja Agama" atau dengan kata lain "Sayang...saya ni orang Tabligh kena keluar 3 hari setiap bulan, keluar 40 hari setiap tahun dan keluar 4 bulan, awak sedia tak ?"

Senang kan kalau bini bini atau isteri isteri dan faham dengan kerja Tabligh ni..!!! Hehehe

Wallahwaalam - semuga Allah Taala kekal kan kita dalam usaha agama, amin.

aku banyak belajar dari kehidupan dan kisah abang ali russia di fb...
moga dikurniakan ahlia yang faham bahawa aku bukan sahaja dihantar untuk bawa isteriku ke syurga, tapi tugasku juga untuk hidupkan agama di seluruh dunia hingga hari kiamat....


fb abang ali russia

Sunday 18 May 2014

khas untuk students especially budak2 U

MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..

Sibuk kejar kehidupan. 

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

aku copypaste je

Tuesday 6 May 2014

tabligh sesat...anda tanya...aku jawab


Anda kata tabligh sesat..

Aku jawab...
[ aku nampak manusia mati sedang keluar tabligh, muka mereka senyum, badan mereka masih panas walaupun setelah ber jam jam meninggal, aku nampak budak tabligh mati dalam tahajud, aku nampak budak tabligh baru balik 40 hari, mati lemas, setelah berhari hari baru jumpa mayat dan dan masih elok lagi mayat tu...aku tak paham di mana kesesatan mereka ?]

Anda kata tabligh sesat...

Aku jawab...
[ tanpa usaha dakwah tabligh ni, hidayah Allah tak kan singgah dalam diri aku, asbab usaha dakwah tabligh ni, ramai membe aku dapat hidayah dari Allah ]

Anda kata tabligh sesat...

Aku jawab...
[ aku lihat jemaah tabligh bergerak ke seluruh dunia guna duit sendiri, di israel sahaja ada 3 markas, dan pihak israel x berani nak kacau jemaah ni...]

Jemaah tabligh kata gerakan jemaah lain sesat..
[ kenyataan paling bodoh pernah aku dengar...semua usaha yang bawa manusia kepada Allah aku sokong, usrah ? aku sokong jugak , walaupun dulu aku ade salah faham dengan usrah, tapi bila muzakarah dengan AHLI nya..aku ulang, bila muzakarah dengan AHLI nya...baru Allah campak kefahaman...bukan ada salah faham terus tuduh kafir, pi jumpa ahlinya dan tanya sendiri.. ]

Anda kata tabligh takde ilmu..

Aku jawab...
[ ini masalah individu, bukan masalah gerak kerja tabligh, tabligh tekankan 3 perkara...dakwah, tazkiah, dan ilmu..kalau nampak karkun yang tinggalkan majlis ilmu, apa kata korang jumpa diorang dan bagi nasihat..boleh? bukan sengaja tuduh mereka..tak pun sangka baik..boleh? kata belajar kitab agama, mesti ada sangka baik kan ]

Anda kata tabligh sesat...

Aku jawab...
[memang pun..kami sesat pi rumah orang, sesat pi negara orang, sesat pi kampung orang...sesat pi pulau orang...]

tanpa asbab tabligh, entah hidup aku sekarang camne, dosa pahala pun rasa tak kenal kalau takde usaha dari budak2 tabligh tempat aku...nasihat aku, pada mereka yang ada salah paham dengan tabligh, pi la terus jumpa sendiri ahli2 tabligh, macam2 aku dengar, tinggal anak bini lah, tolak dunia lah...pelik aku dengan korang ni....pi jumpa sendiri la budak tabligh dan tanya...jangan lah tuduh menuduh...korang hanya pecah belahkan ummat je lah...

Seloka orang dakwah ... Hehehe ,

Terlihat d mana2 ... Sang pria dengan serban dan jenggotnya ... Membawa senjata periuk belanga dengan kitab fadhilat amalnya ... 

Berjual beli yang tiada ruginya ... Berjalan d atas hamparan sayap para mal
aikat ...

Sayang istrinya tinggal2kan ... Sayang anaknya tinggal2kan ... Sayang hartanya korban2kan ... Sayang dirinya terima hinaan ...

Demi Allah , demi Rasul , demi agama ... Tiada minta d balas , tiada minta harta , tiada minta pangkat , ... Harapan dan lisanya hanya harap pada yang Esa ...

Berpisah dunia sementara , bersama akhirat selamanya ... Bersusah dunia sementara , bersenang akhirat selamanya ... D hina d dunia sementara , d kasih d akhirat selamanya ...

Kerja mengajak kepada agama , kerja untuk islah dirinya ... Dulunya dia kaki botol , sekarang jadi kaki masjid ... Dulunya dia kaki gelendangan sekarang jadi kaki ziarah ... Dulunya dia kaki konsert sekarang jadi kaki kuliah ...

Aduhai daie ilallah ... Usah kau berputus asa ... Jauh sekali tinggal kn dakwah ... Medan kita lautan umat ... Penuh dengan duri dan kaca ... Redah sahaja ... Redha sahaja ... Dia lagi Maha Mengetahui ...

Sekian dulu seloka saya ... Jangan jadi kn ia pedoman ... Kerana hamba orang yang buta ... Moga yang Esa memberi hidayah ...

- credit to farith zul -

we are everywhere, although we kene caci maki bagai bagai dari korang yang tak suka usaha ni, but we are everywhere... 

Monday 5 May 2014

penyesalan


maaf ustaz ku yang tersayang, ini bukan dunia saya, dan saya tak nak masuk dunia ini...
Aku menyesal kerana meninggalkan medan sebenar hidup ini,
dan terus menerus menyelamatkan diri dan iman, kononya..
meninggalkan rakan-rakanku di kolej sana,

seorang demi seorang kawanku meluahkan hati mereka,
mereka mahu berubah,
mahu ke arah kehidupan yang lebih baik,
soalan demi soalan ditanyakan,
mengenai selok belok kehidupan..
kerana aku faham,
mereka juga remaja, aku juga pernah dalam situasi mereka,

seperti melakukan dosa tanpa memikir hidup mati,
hidup seperti mahu hidup selamanya,
menggunkan slogan " esok masih ada lagi "

dan kini aku rasa sangat berdosa,
meninggalkan medan dakwah sebenarku,
medan berjumpa manusia, bergaul dengan mereka,
memujuk hati mereka,
dengan penuh kasih sayang...

dan aku kene buat keputusan,
sem depan kene masuk balik kolej...
kerana baru aku sedar, dunia dakwahku bukan di rumah,
dunia dakwahku ialah bersama sahabat2 ku di kolej...
tangisan ini adalah untuk mereka,
tangisan ini adalah tangisan hidayah untuk mereka dan untuk ummat...

es0k merupakan hari pendaftaran untuk kemasukan kolej,
kuota amat terhad...
jam 10 pagi start buka..
walaupun time tu aku ada kelas...hemmm..
moga Allah mudhakan urusan aku esok...