Wednesday 19 June 2013

Aku, dia, mereka, kami dan 'dia' dan mereka balik..dan cerita aku

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareem..

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan..Maha hebat Allah Taala yang hanya Dia yang boleh menukarkan siang pada malam dan malam pada siang...Maha suci Allah dari sifat kelemahan makhlukNya..dan Maha segalaNya hanya milik Allah....Dia Allah Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana...

Pagi yang menggembirakan apabila dapat makan setalam dengan maulana dari alor setar...dan lagi mengembirakan dapat doa khas dari maulana...moga dengan doa maulana walaupun nampak bersahaja itu Allah terima...

Moga Allah terus memberi hidayah untuk amalkan agama dan amalkan sunnah dalam hidup..dan moga Allah teruskan sibukkan kita dalam perkara yang hak..

Amin....

Mintakklah pada Allah..sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat...

[ Yang atas ni cerite semalam ]

[ bawah ni cerita hari ni]

Sejak sehari dua ni, hatiku rasa seperti disinari disuluh dengan cahaya keimanan, [ acececec ] , ahaks~...jemaah 4 bulan dari india mai masjid aku, dalam jemaah tu ade seorang maulana dari alor setar...subhanAllah banyak belajar dari dia, dan yang paling gembira sebab dia doakan aku, gembira tak terkata apabila seseorang yang banyak berkorban untuk agama Allah, sanggup menghabiskan pengajian alim yang ramai aku tanya sek2 hafiz quran  memang mujahadah nak habiskan alim...tapi...gitulah, seorang pewaris nabi mendoakan hamba yang hina ni, dengan dapat makan setalam dan dapat bergaul dengan maulana, pehh...heaven gile...:)...lagi2 baru habis final exam, dapat lepak lama sikit dengan jemaah india bersama maulana...:)


Cerita luar tajuk sikit [ cerita mereka ]

Sahabat2, 

ulama' ini adalah pewaris nabi s.a.w, dan aku sangat mencintai mereka, tapi aku tak mengagungkan mereka ,aku cinta mereka sebab ilmu agama mereka tinggi, jujur aku cakap, aku lagi respect ustaz2 yang mengajar kat sekolah agama, yang mengaji bertahun2 kat pondok, yang sanggup tinggalkan bidang dunia, semata-mata nak cari ilmu agama , seterusnya berkhidmat pada Ummat, aku lagi respect mereka dari mereka yang tujuan hidup mereka hanya untuk dunia sahaja..

Cerita masuk tajuk utama balik [ cerita kami ]


petang tadi [ petang 19/6 ]  dapat lepak2 dengan maulana lagi, banyak ilmu2 yang dia kongsikan dengan kami [ masa tu aku dengan karkun2 utm ], dia cerita tentang maksud ayat2 al-quran, membentangkan tafsir2 quran, waahh..indah gile, tapi bila cerita tentang nikmat2 Allah dalam ayat Al-quran, sedih + menangis + Meraung ...kami memang kalah dengan cerita kebesaran Allah, akhirat, nikmat Allah, memang kompem menangis....

Dan banyak lagi, moga Allah hidupkan hati yang mati ini dengan nur2 alquran dan hadis nabi s.a.w...

Cerita luar tajuk bahagian 2 [cerita aku ]


Membe aku ajak pi ngaji kat hadramawt, yaman, dia ada link dengan orang sane, sebab dia ade sedare yang ngaji sane dulu....aq terpinga-pinga, tersipu malu, terlajak buntu...bia Allah yang menentukanNya, banyak benda aku nak pikir lepas degree ni, tapi lagi baik aku pikir mati daaa~~...

Cerita luar tajuk bahagian 3 [cerita dia ]


Lepak dengan membe kat hutan bandar lepas exam, sambil2 jogging membina sixpad. sambil2 lihat kebesaran Allah..dan bawah nilah hasilnya


Hidayat seluruh Alam

Ok adik...ni pokok tebu...

Ok...ini O.R.K.I.D..

Ni pokok mengkuas
Ni betik...



sila percaya dengan nama2 pokok tu

Cerita masuk tajuk bahagian 2 [cerita mereka balik ]

Begitulah mulianya seorang ulama' pewaris nabi s.a.w, cukuplah dengan agama, kamu akan berjaya dunia akhirat..Moga Allah pilih kita dan seluruh umat untuk terus bangkit dalam kerja agama...

Kita merancang , dan Allah itu lebih mengetahui segala-galaNya..sebenarnya nila dunia kita hargai sangat kan ? kita begitu hargai nilai degree, nilai master, nilai phD , nilai doktor, nilai IR, nilai Tun, nilai Tan Sri...sebab apa ?
sebab kita dah banyak buat pengorbanan untuk perkara2 ini...jadi apa salahnya kita, banyakkan korban untuk agama Allah, belajar agama , belajar alim, supaya timbul rasa sayang dan cinta dan hargai pada agama...jangan nak salahkan orang lain kenapa mereka tak nak belajar agama, tapi tanye diri sendiri, kenapa saya tak nak belajar agama ?

" Lepak sheikh, dunia akhirat kene seimbang ?"

" ala, dah ramai ustaz kat luar sane ? "

" Emmmm, kita nanti2 lah "

Betul ke kita seimbangkan dunia akhirat ? ce muhasabah diri ?

Betul ke ramai ustaz atau 'ustaz' atau 'baru nak start jadi ustaz atau 'mufti ' ' kat lua sana?

baru ni kawan aku da nk kene tipu dengan salah seorang ' ustaz ' yang sesat...pi kuliah dia, tapi tengok solat, isya' duk tahyat awal xde tapi sujud terakhir 3 kali, then sujud ke empat sujud sahwi, then bagi salam...???,,pelik kan...jadi...ramai ke ustaz ? belum cite geng wahabi , syiah , langkasuka , geng ******b*...dan banyak sangat...


Jadi, sekurang-kurangnya tak mampu nak belajar agama, jadikan dalam salah seorang family kita itu dalam kalangan ahli agama...

"Sedangkan para ulama itu diriwayatkan hanya satu tapak sahaja bezanya dgn para nabi di hari akhirat nanti,para ulama itu dakwat yg ada dlm pen mereka tu lebih bernilai dan berat dlm timbangn drpd darah2 para syuhada..kalau drh org mati syahid pun x setanding dgn dakwat dlm pen ulama,darah org lain bernilai apa?para ulama nbi mandatkan sbg pewaris nabi,tidak sopan kpd ulama sma spti tidak sopan kpd nabi...matinya sorg ulama lbih berat drpd matinya ratus2 org biasa...org yg duduk dlm majlis ulama dan pelajari satu bab shja drpd ulma Allah berikan pahala kpdnya sbnyk 1000 pahala solat sunat....byk lagi lah yg nabi sbut ttg ulama berbanding yg bukan ulama yg kini org anggap ulama sbg "sampah" dan "jumud" dan "cuma suka menghukum" dll....Allah pasti celakakan mereka dan sluruh keturunan mereka,Allah akan haramkan keturunan2 mereka menjadi ulama kerana mereka menghina dan tidak sopan pd ulama...

Golongan agama akan terus jadi ghuraba(asing) dan nabi khabarkan berbahagia lah golongan ghuraba...." [ aq copy dari ustaz ibnu batoota ohhsemmmm..:)..

Jadi, sapa yang banyak korban untuk sesuatu perkara, dia akan banyak faham tentang perkara itu dan akan sayang akan perkara itu, jadi, betulkan korban anda2 semua la ea...

Kawan. kita merancang, kita hanya mampu niat dan azam, bukan duit yang bawa kita ke sana, tapi Allah yang hantar kita ke sana...usaha kene kuat, tapi yakin mau betul dengan Allah...

Dan ingat satu perkara ni, kene selalu ingatkan diri sendiri...

Ingat dunia ini sementara, akhirat selamanya, ramai yang selalu dengar ayat ni tapi  tak bergetar dalam hati [ sama je dengan orang yang menulis ni ], sebab kita kurang muzakarah perkara ini, 

[ maksud aku bukan muzakarah dalam blog, tapi muzakarah dengan membe2 kita, kawan2 kita, family kita ]...sedangkan bila kita cakap perkara ni lagi dan lagi, perkara iman dan amal...maka perkara ini lah akan mengubah diri kita...sikit demi..sedikit...

Kepada kawan2 yang selalu mengomel [ ok kan ayat ni ] dengan aku, nasihat aku teruskan usahamu untuk belajar agama dan untuk lebih dekat dengan Allah, ingat, nak ilmu agama memang boleh di FB, Google, Blog, tapi nak hakikat ilmu pi la mengadap ulama'm berkorban untuk agama, maka manisnya ada...dan buat suatu perkara kerana Allah, Tinggalkan manusia kerana Allah, dan ambil manusia juga kerana Allah...

ahaks~

Cerita 'dia'

.....Aku dah takde idea...ahaks~



Ya Allah, pilihlah kami untuk bantu agamaMu, syahidkan kami dalam usaha agamaMu, dan beri kekuatan pada kami untuk amal segala perintah Allah dan sunnah nabi dalam hidup, moga kami menjadi penyebab pada kebaikan, masukkan dalam diri kami fikir risau baginda nabi s.a.w, dan lahirkan daripada zuriat keturunan kami mereka yang akan menjadi hafiz, hafizah alim alimah, daie , dan golongan  yang akan menjadi penolong kuat pada agamaMu, dan beri lah hidayat pada orang rakan bukan islam untuk datang pada islam kerana dengan perantaraan kalimah LAILAHAILLALLAH sahaja manusia akan masuk dalam syurgaMU, Ya Rab, islahkan diri kami, islahkan percakapan kami, islahkan amalan kami, islahkan muamalat kami,
muasyarah kami, islahkan akhlak kami, dan islahkan pergerakan kami, moga setiap pergerakan kami di atas muka bumi ini asbab hidayat ke seluruh alam, moga keputusan pelajaran kami menjadi asbab orang datang pada agama , mereka yang bukan islam akan masuk islam, mereka yang jauh dari agama akan dekat pada agama , mereka yang dekat pada agama akan terlibat dalam kerja agama , mereka yang buat kerja agama akan buat kerja dengan sungguh-sungguh, dan mereka yang bersungguh-sungguh akan ikhlas dalam setiap pekerjaannya. Sesungguhnya kami remaja-remaja sangat lemah , sering terpengaruh dengan suasana, maka KAU hidupkan suasana iman dalam kalangan kami, dalam dewan kuliah kami, dan di persekitaran kami..YA Allah, pandangkan kami semua remaja-remaja di dunia ni khasnya dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMU...Jangan Kau hinakan kami remaja-remaja, kuatkan kaki kami dijalanMu, lurusakan hati kami,kami pinta hidayah MU, dalam meneruskan sisa hidup ini, tak lama pun hidup kat dunia ini Ya Allah, 60 - 70 tahun, tapi kami sering terlalai dengan kehidupan yang sementara ini. Ya Allah, seperti mana Kau beri kebaikan pada orang2 yang terdahulu, maka berilah kebaikan pada kami..Ya Rab, kekalkan ulama' a.s.w.j , kekalkan ulama' yang betul2 berada di jalanMu, supaya kami tidak sesat dalam kehidupan yang sementara ini, supaya akidah kami betul , tiada gunanya Ya Allah jika kami belajar tinggi tinggi, dapat master, phD , degree, IR, businessman, tapi akidah kami salah, maka kami gagal dunia akhirat, tapi biarlah kami tiada kerja besar, pencapaian tak tinggi2 , tapi asalkan akidah kami betul, asalkan hidup kami KAU redhai, Ya Rabbul Jalil , betulkan salah paham kami, baginda nabi s.a.w sangat sayang pada kami, kami banyak mendengar sirah2 bahawa baginda nabi sangat risau tentang umatnya, malam nabi menangis hanya untuk umatnya, pagi baginda nabi s.a.w akan pergi berjumpa kaumnye, dakwah kepada kalimah yang hak, semata mata nak selamatkan umat nya..pernah kami mendengar bahawa nabi s.a.w ketika musim haji nabi pergi dari khemah ke khemah untuk buat dakwah, dan setiap kali baginda pergi ke khemah, nabi disepak keluar, maka berguling-guling badan nabi s.a.w yang mulia itu, tapi nabi tidak berputus asa, nabi teuskan dakwah...tapi hari ni kami buat kerja dakwah main2, gelak2, tapi KAU terimalah kami dalam kerja dakwa ini, jadikan fikir kami seperti fikir nabi s.a.w, jadi fikir2 wanita di luar sana seperti fikir sahabiah-sahabiah, macam mana mahu lahirkan anak-anak yang akan berkhidmat untuk agama Allah yang tercinta, tapi asbab kelemahan diri kami, kami telalu memikirkan dunia yang sementara, sehingga ada antara yang menghalang kami untuk belajar agama hanya kerana asbab keduniaan, ya Allah, kami mohon dengan penuh rendah diri, betulkan salah faham umat ini..memang benar apa yang ulama' beritahu, bila manusia tinggalkan kerja dakwah, maka salah paham dalam agama akan timbul...Ya Allah, hantarlah kami ke negara2 jauh atas maksud agama, syahidkan kami di negara jauh2 atas maksud agama, terimalah kami dalam kerja dakwah ini...dan ya Allah, bangkitkanlah kami dengan para nabi, para rasul , sahabat nabi, sahabiah nabi, tabi-tabien, dan bersama mereka yang buat kerja dakwah, walaupun kami berada di saf belakang sekali dalam golongan ini di hari kiamat nanti, kami terima asalkan kami berada dalam golongan mereka ini, golongan yang kau muliakan...amin...

Yakinlah kerja dakwah adalah kerja yang paling mulia untuk dibandingkan dengan kerja2 lain...walaupun apa pun bidang korang, jangan lupa dakwah itu yang utama, kita belajar kerana dakwah, kita bekerja kerana dakwah...kerana nak dakwah orang pada kebesaran Allah , kepada kehebatan Allah, kepada keluasan akhirat..kerja ini sangat mulia kerana kerja ini dilakukan oleh semua nabi dan semua rasul,  dan dulu Allah hanya benarkan golongan nabi dan rasul sahaja buat kerja dakwah ini, tapi Allah telah amkan kerja dakwah ini dan muliakan aku dan kita semua, kita hanya mulia dengan kerja dakwah...

Lihat sahabat2 nabi s.a.w yang buat kerja dengan sungguh2. maka Allah telah muliakan mereka...tak kat dunia, kat akhirat itu pasti, buatlah kerja dakwah dengan sungguh, bukan kerana harta, pangkat , bukan kerana hendak dipuji melambung tinggi, tapi buat lah dengan penuh rendah diri...biasa la turun naik dalam kerja dakwah, malas rajin...perkara biasa...tapi niat dalam hati aku akan buat dakwah walau apa pun...dan moga Allah bagi kekuatan pada aku terutamanya dalam kerja ini...kerja yang bagi aku kerja yang paling mulia berbanding kerja2 lain...kalau doktor selamatkan manusia dari penyakit [ hakikatnya Allah yang bagi sembuh ], engineer selamatkan manusia dari masalah2 [ hakikatnya Allah yang bagi idea ], tapi seorang daie ini menyelamatkan manusia dari azab api neraka Allah [hakikatnya Allah yang selamtkan]...

Moga Allah pilih kita semua dalam kerja dakwah...:)

Wallahualam...


Blog ni bakal berhabuk mungkin sampai lepas raya , walau aku tak tahu sapa yang sudi baca blog aku, tapi aku tau ada yang baca sebab pageviews aku selalu naik dari sehari ke sehari...ahaks~, jadi yang sudi baca tu, ambik manfaat dari apa yang aku tulis ni...

moga Allah sampaikan segala tulisan ku ini kepada mereka yang betul2 memerlukannya...:)..ni bukan dakwah sebenar aku, dakwah sebenar aku ialah jumpa manusia, ni cume perkongsian...

Monday 17 June 2013

Mereka dimuliakan...



Siapa yang simpan kata-kata Allah dalam hatinya, pasti dan pasti dimuliakan...biar gambar berbicara, teringat aku dalam kitab fadhail amal tentang kelebihan pada orang yang hafiz Al-Quran..

Pasti dan pasti orang yang mendorong arwah ini, iaitu ibu dan bapanya pasti juga akan dimuliakan oleh Allah

Kita yang belum kawin kene azam supaya anak2 yang bakal dilahirkan nanti menjadi hafiz hafizah alim alimah, daie...semuanya bermula dari diri sendiri...:)

Saturday 15 June 2013

MAKA APAKAH KAMU TIDAK MEMPERHATIKAN ?

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin.


وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

Allahx3...terlalu banyak nikmatMu...Allah tanya pada aku...

MAKA APAKAH KAMU TIDAK MEMPERHATIKAN ?

Thursday 13 June 2013

dunia ibarat 'Wanita Tua berpurdah'


Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Karim..

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. Adakah ini khayalanku sahaja? bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

Siapakah wanita itu?

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

Adakah wanita itu orang gila?

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. Kuncikan pintu itu, kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, dan bawakan kuncinya. Aku akur.

Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu, kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. Buang-lah, ujar wanita itu sambil ketawa, tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari? Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

Waktu maghrib sudah hampir selesai, kata wanita itu bernada sedikit menyindir. Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan? Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

Tiba masanya untuk melihat aku, kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. Pandang aku sungguh-sungguh, kata wanita itu lagi.

Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

COPY

Jangan risau..yang dimaksudkan 'aku' dalam cerita ni bukan aku...aku masih suci bak kain putih kelabu...:(

Hakikat~

Lagi satu, aku pernah terbaca dalam Kitab Fadhilat Sedekah, menceritakan tentang bagaimana Nabi Isa a.s telah bertemu dengan dunia dalam rupa bentuk yang sebenar, maka Nabi Isa berkata beliau nampak dunia dalam bentuk satu wanita yang sangat hodoh dan sangat tua, tetapi wanita ini telah menghiasi dirinya dengan segala kecantikan dan segala bagai hiasan, maka nabi isa a.s bertanya...

* aku lupa dialog dia...ahaks~

Tapi ayat last yang aku ingat ialah...Wanita tua itu berkata...

" Bagi mereka yang telah kahwin dengan aku, maka aku telah bunuh mereka semua...

Korang paham2 la sendiri ayat dia...mendalam...

Gambar yang lari dari tajuk...disyaki gambar ini bertarikh 4 atau 5 bulan lepas....

Wednesday 12 June 2013

PARA SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW YANG BUAT DAKWAH DI BARUS SIBOLGA INDONESIA

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareem


Kota Barus sudah dikenal dari Zaman Fir'aun yang dijadikan tempat untuk mengambil Kapur Barus yang digunakan untuk membalsemi jenazah para Raja-raja dan menyimpannya didalam Piramid

1. Tahun 4 Hijrah Nabi Muhammad SAW mengutus Wahab bin Abu Kabsah Ke Barus Sibolga dan beliau pulang kembali ke Mekkah. Beliau singgah di Pulau Mursala. Mur artinya Bangsa Arab Sala artinya Shalat atau tempat orang Arab Shalat.

2. Pada masa Khalifah Usman bin Affan tahun 23 H mengutus Syeikh Rukunuddin dan meninggal 48 H pada usia 102 tahun 2 bulan 10 hari. Maqamnya terletak di Bukit Mahligai Desa Aek Dakka Barus

3. Di masa Nabi Muhammad SAW masih hidup, Seikh Mahmud telah buat dakwah ke Barus dan menjadi seorang raja dan Sultan. Berasal dari Hadralmaut Yaman, meninggal 44 H. Maqamnya terletak di Papan Tinggi Desa Pananggahan Barus.

Tambahan Kargozari dari saya ( Mahodum Hasibuan)

Ketika kami sampai dengan jamaah India yang berjumlah 9 orang serta Ustadz Marzuk dari Medan dan Ustadz Abdullah dari Surabaya.

Jam 3 dini hari kami sampai di kota Barus dan kami bermalam di Masjid Raya Barus. Paginya kami berangkat ke Papan Tinggi Maqam Seikh Mahmud.

Jarak dari Masjid Raya ke Maqam Seikh Mahmud sekitar 4 km. Disekitar areal pemakamam sebahagian besar adalah agama Kristen.

Saya dan beberapa jamaah India mencoba menghitung berapa anak tangga sampai ke Maqam Seikh Mahmud dan hasil yang saya dapat serta yang dihitung beberapa jamaah India dan mendapatkan hasil yang sama. Biasanya masyarakat setempat mengatakan setiap orang yang datang kesana hitungan anak tangganya berbeda tetapi kami mendapatkan hasil yang sama yaitu 708 anak tangga.

Panjang maqam tersebut kalau menurut perkiraan saya sekitar 7 meter sampai 8 meter panjang batu nisannya ketika saya berdiri disampingnya perkiraan saya sekitar 1,5 m karena tinggi badan saya sekitar 1,7 m.

Disamping maqam tersebut ada maqam yang lain tetapi ukurannya standart (seperti ukuran kuburan biasa) 5 buah kuburan. Dikabarkan itu adalah maqam keturunan Seikh Mahmud.

Didekat batu nisannya ada sumur kecil yang terbuat dari semen kedalaman tinggi dan lebar sekitar 50 x 50 x 50. Dasar sumur tersebut juga semen. Ketika kami disitu, sumur tersebut diisi oleh air dan menurut perkiraan saya itu air hujan. Dahulunya itu adalah sumur yang airnya sangat jernih dan berapa saja air yang diambil tidak pernah kering dan rasanya seperti air zam-zam. Karena banyaknya orang yang salah niat terhadap sumur tersebut. Makanya ditutup dengan semen.

Hal yang menarik lainnya, katanya banyak orang yang datang ke Maqam tersebut menggantungkan niat. Dengan cara menulis niat kita pada bungkusan kain kafan yang sangat kecil dan diikatkan di ranting pohon yang ada dekat maqam. Biasanya hajat kita akan terpenuhi. Sewaktu kami disana Alhamdulillah satu pun tidak ada yang tergantung diatas pohon.

Tantangan pertama melewati anak tanggal 708 dan tantangan kedua menurut saya adalah membaca tulisan yang ada dibatu nisan tersebut yang berbahasa Arab dan tulisannya sudah agak kabur karena sudah termakan zaman.

Dibatu Nisan tersebut bertuliskan bahasa Arab. Jadi saya akan mencoba menuliskan artinya :

Bagian A
1. Segala sesuatu akan binasa kecuali Allah (Al Qur'an, 28, 88)
2. Yang amat mulia, x x x, agama yang baik
3. Seru Sekalian alam yang maha tinggi
4. Seihk Mahmud
5. Semoga Allah mensucikan jiwanya
6. Yang dikenang dalam
7. Tidur ? Nugan
8. Ma'dari ? x x x

Bagian B
1. Dunia adalah ketenangan hatimu, kami harus pergi dalam kehidupan yang nyaman, dari orang tidak ada saat yang tinggal
2. Makam ini hingga tahun 829 H/1425-6 M
3. Kemudian ? Pemilik Makam dalam mimpi
4. x x x, Nugan Ma'dari
5. x x x, Diungkapkan sendiri
6. Makam ini adalah makam Seikh Mahmud
7. Dari setiap hari keajaiban
8. Timbul bagi yang minta pertolongan

Bagian C
1. Tiada Tuhan selain Allah Muhammad Rasul Allah
2. Nabi SAW bersabda
3. Orang-orang mukmin
4. Tidak meninggal
5. Tetapi mereka pindah
6. Dari suatu tempat ketempat yang lain
7. Nabi bersabda
8. Semoga Allah memberikan rahmat dan keselamatan padanya
9. Orang yang beriman hidup di
10. Kedua tempat

Ket : Tanda silang tulisannya tidak bisa dibaca

Waktu Ziarah di Maqam Seikh Mahmud, saya membaca suarat Yaasiin dan berdoa "Supaya dihantar kepenghujung-penhujung dunia untuk buat dakwah dan diturunkannya hidayah di seluruh alam".

4. Ada 44 makam Aulia Allah di Barus, termasuk salah satunya Seikh Makhdum. Pembahasan ini agak menarik menurut saya. Makhdum asal katanya "mahdum" yang berarti "dilayani dengan setia" bisa juga berarti "seikh orang sufi" ataupun "penuntun rohani". Maqam Seikh Makhdum terletak di Bukit Patupangan Barus

Sewaktu saya masih kecil ompung saya bercerita saya adalah keturunan seikh Makhdum. Makanya ompung saya memberikan saya nama Mahodum Hasibuan. Arti kata Mahodum sudah kita bahas sebelumnya dan Hasibuan adalah salah satu marga yang ada di Mandailing Sumut.

Dimaqam Seikh Makhdum dituliskan kalimat "Tiada Tuhan selain Allah Muhammad Rasul Allah" sebanyak 43 kali

Waktu saya ziarah kemaqam Seikh Makhdum karena waktunya singkat hanya membaca Al Faatihah dan berdoa semoga diberi keilmuan dan femahaman rohani seperti beliau.

Karkuzari [laporan] dari seorang sahabat...:)


Ket gambar : Gambar tersebut adalah gambar Maqam Seikh Mahmud Papan Tinggi Barus Sumut.



Manusia terus menerus memfitnah usaha ini dengan mengeluarkan berbagai fatwa dan pendapat yang entah dari mana pun tak tahu, terus menghasut diriku dengan berbagai hasutan...Tapi ternyata jika Allah Taala hendak beri kebaikan dan keburukan pada seseorang, maka tiada satu kerajaan dalam dunia ini dapat menghalangnya...Hebatnya Allah Taala...

~ Ya Allah, tetapkan aku dalam usaha ini, syahid kan aku di hujung hujung dunia atas maksud agama , dan kau pilihlah anak isteri dan seluruh keturunanku dalam usaha ini ~

Dua berita Gembira...

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareem

Pagi tadi baru habis exam dynamic...putar belit kepala gua nak jawab soalan tu...tapi Allah mudahkan...bila kita study + d0a + tawakal...Kita jawab dengan bantuan Allah...

Minggu ni aku tumpang gembira jugak...dua kawan gua nak kawin da...sorang yang belajar madinah, tua setahun je dari aq, sorang lagi matrock@abu zar...yang abu zar memang aku tak caya...gila2 terejal lebih dari aku pun tup2 tengok nak kawin dah...rezeki2...tapi bila dengar laporan abu zar macam mana dia boleh kawin awal...memang ajaib dan subhanAllah....benar sapa yang amek agama...Allah pasti akan bantu dalam keadaan dia tak sangka2..

Dan dua dua ni karkun..dan dua dua ni buat aku rasa geram...

Ni maulana khan ngan bakal bini dia...moga Allah mudahkan hidupmu sahabat...
Sesungguhnya Bantuan Allah itu bagi mereka yang mereka yang meminta pada Allah dengan solat dan sabar...bersabarlah kerana bantuan Allah itu sangat hampir...Hanya perlu tawajjuh dengan Allah...

Monday 10 June 2013

Menyingkap salah faham tentang Niqab


menyingkap salah faham tentang Niqab

Ibnu Batoota Owsem

Ustazah ahlam,saya dah jumpa kenyataan saya dalam kitab iqna' tu,ada dalam bab solat,furu'nya fasal syarat,rukun dan sunat solat, diterjemahkan sebagai begini:
"Makruh hukumnya solat memakai pakaian yang terdapat gambar.Demikian juga makruh solat berselimut bagi lelaki dan solat memakai purdah bagi wanita.TERKECUALI apabila di tempat wanita itu solat ada ramai lelaki yang tidak mahu menjauhkan pandangan darinya(contohnya kat surau yang diorang bukak tirai/tabir),dalam keadaan demikian,wanita itu MESTI menurunkan purdahnya(menutup wajahnya),yakni tidak membukanya(purdahnya).."
Ustazah check sendiri nanti ok..Wallahualam..
Saya pakai hp,tolong tag nama ustazah jap..terima kasih..


PERBAHASAN1:

Ahlam Hayati :

ust Ibnu Batoota Owsem sy telah melihat hampir kesemua kitab fiqh syafie dan sy akan sertakan perkataan para ulama' dlm kitab2 tersebut

1-dlm kitab iqna' (sprtimana yg ust syorkan kpd sy) m/s 222 syarih mengatakan "makhruh bg perempuan solat dlm keadaan berniqab, kecuali pada tmpt umum yg disana t'dpt org ajnabi yg tidak menjaga
pandangan"

2-dlm kitab almu'tamad fiqh syafie m/s211 syarih berkata "adapun aurat prmpuan dihadapan lelaki ajnabi ialah sepertimana yg dituntut dalam solat iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn sekiranya aman dari fitnah"

3-dlm kitab majmu' jilid 3 m/s122 imam nawani berkata "qaul yg masyhur dlm mazhab kami sesungguhnya aurat wanita merdeka seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tgn" (kita sedia maklum imam nawani suka nyatakan dlm kitabnya qaul asah, qaul arjah, qaul rajih,gaul sahih,qaul azhar dan qaul mu'tamad)

4-dlm albisah wazinah m/s34 syarih telah menaqalkan ijma' para fuqaha' dgn berkata "ulama telah sepakat selain muka dan tangan adalah aurat yg haram dilihat oleh lelaki ajnabi dan ulama juga berijmak diatas keharaman melihat muka dan tapak tgn sekiranya bersyahwat"

5-dlm kitab mugni muhtaj m/s 257 syarih berkata "selain muka dan tapak tgn aurat wanita adalah seluruh badan berdasarkan firman Allah dlm surah annur:31"

6-dlm kitab fathul wahab m/s57 syarih berkata "aurat wanita adalah seluruh badan melainkan muka dan tgn krn keperluan berhajat ntuk menzahirkannya"

7-dlm kitab baijuri m/s216 syarih berkata "aurat perempuan dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tangan, adapun aurat wanita diluar solat seluruh badan"

8-dlm kitab dlm i'anah attalibin m/s113 sayrih berkata "aurat perempuan terbahagi kpd 4 :
i)dihadapan ajnabi seluruh bdn,
ii)dihadapan mahram dan ketika seorg diri diantara pusat dan lutut,
iii)dihadapan wanita kafir bahagian2 tertentu sahaja,
iv)dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tgn"

*sy telah dtgkan perkataan2 para ulama mazhab syafie dgn kitab mereka masing2 yg ada dlm simpanan sy dan sy tidak menemui qaul MUKTAMAD dlm mazhab syafie, yg ada cuma perbezaan pendpt. sy secara jujurnya bersetuju dgn pendpt mengatakan aurat perempuan dihadapan ajnabi adalah seluruh badani, namun sy sengaja dtgkan pendpt2 ulama dlm mazhab syafie ntuk kita lihat perbezan pndpt diantara mrk...trima kasih ust krn membuat sy terpikir sesuatu setelah meneliti pendpt2 para ulama'.. peace

Ibnu Batoota Owsem:

Ustazah ahlam:maaf ustazah,mcm ni ustzah,smua qaul yg ustzah bwakan tu ialah qaul utk "aurat dlm solat" dan smuanya diambil dari kitabus solah dlm stiap kitab yg ustazah sertakan,mnakala apabila ustzh bljr dan mngkaji dgn lebih mndalam,pbhsan aurat DI HADAPAN AJNABI dlm kitab mzhab syafie sbnrnya tltak dlm 'kitabun nikah' fasal nazor yakni ktika melihat calon dan bab yg bkaitannya,disna ustzh akn bertemu dgn fatwa muktmad dlm mzhab syafie bkenaan aurat wnita di hdpn lelaki ajnabi..
Bab aurat di hdpan ajnabi bkn tdpt dlm kitabus solah..Check kitab fathul mu'in ,kitabun nikah,fasal nazor,ada dinyatakn scara jelas bhwa kewajipan purdah bg wnita di hdpan lelaki ajnabi adalah qaul MuKTAMAD dlm mzhab mnakala qaul yg sbliknya adalah qaul DAIF..
Slmt mengkaji..

SOALAN: Bintu Senin ustaz,Ibnu USTAD Batoota Owsem kalau umrah dan haji ? masa tawaf tuh boleh tak bernqab ?

JAWAPAN:
Ibnu Batoota Owsem Bintu senin: boleh pakai niqab yg tidak melekat di wajahnya,kalau pnah pergi mekah,awk boleh nmpk rmai wnita solehah bmzhab syafie mgkin dari yaman mereka bertawaf smbil mmakai purdah tp purdahnya tidak melekat diwajah,mereka pkai sjenis topi mcm cap(yg ada lebihan kt depan utk tutup muka dari kepanasan matahari) yg mna kain ditrunkan di dpan cap tu,so wjhnya ttutup dan kain purdahnya x melekat di muka..
Kalau pkai purdah biasa yg ikat kt muka smsa ihram maka kena dam..sbb smsa ihram xleh tutup muka n tapak tgn,tp dibolehkan buat mcm yg sy trangkn kt ats ni.. Wallahualam..

PERBAHASAN 2:

Ahlam Hayati:
ok..ust Ibnu Batoota Owsem sy sudah pun meneliti pendpt2 ulama syafie serta kitab2 mrk dalam bab nikah berkenaan aurat wanita di hadapan ajnabi seperti berikut

1-kitab i'anah attalibin syarah bg fathul mu'in (yg ust sarankan kpd sy) m/s 259 musanif berkata "haram memandang wanita skalipun tidak bersyahwat serta aman dari fitnah diatas qaul yg muktamad, imam isnawi menukilkan dlm kitab ar-raudhah berkata "pendpt yg mengatakan boleh memandang muka dan tgn wanita ketika aman dari fitnah adalah pendpt yg lemah"

2-kitab kifayatul akhyar m/s 472 syarih berkata "haram memandang muka dan tangan sekiranya takut fitnah, sekiranya aman dari fitnah maka terdapat khilaf ulama tentangnya :
i) hukumnya tetap haram diatas qaul yg sahih,
ii) tidak haram- (imam haramain menetapkan qaul ini-tidak haram-kpd perkataan jumhur).

3-kitab majmu' jilid17 m/s 146 imam nawawi berkata "tidak harus memandang wanita ajnabi dgn tanpa sebab samada melihat auratnya atapun yg bukan auratnya (muka dan tangan) berdasarkan firman Allah dlm surah surah nur:30"

4-kitab mugni muhtaj jilid 3 m/s 167 syarih berkata "memandang wanita ajnabi yg aman dari fitnah dan tidak bersyawat ada dua pendapat
i) hukumnya haram diatas qaul yg sahih.
ii) tidak haram-telah ditetapkan oleh imam nawawi dan imam rafie bg kebanyakan ulama"

5-kitab baijuri m/s 141 syarih berkata "
i) hukumnya haram memandang wanita ajnabi temasuk memandang muka dan tangannya dgn tidak bersyahwat atau takut fitnah diatas qaul yg sahih,
ii)tidak haram berdasarkan dalil dlm surah nur:30 *syarih berkata lagi "qaul yg pertama(haram memandang) adalah muktamad tp tidak mengapa taklid qaul yg kedua(tidak haram)

*sy dah dtgkan perkataan para ulama' syafie tentang aurat wanita ajnabi dihadapan lelaki..apa yg sy paham dari perkataan ulama diatas, kesemuanya lebih mengkhususkan pandangan seseorg lelaki terhadap wanita ajnabi. dan ianya betepatan dgn firman Allah dlm surah nur ayat30 yg mana Allah memerintahkan agar tundukkan pandangan. lalu timbul pertanyaan dari benak sy kalaulah keseluruhan muka ditutup maka apakah bentuk gesaan supanya menyekatkan pandangan? maaf ust sy hanye terfikir cmtu..

Ibnu Batoota Owsem

Hehe..Mcm ni ustzh,perintah utk lelaki muslim ialah "tndukkan pndgn" dan tidak mliht kpd mna2 bhgian tbuh wnita tmsuk muka n tpk tgn,itu utk pmpuan2 kafir sbb mreka ni smua x tutup aurat,x pkai tdung,xpkai purdah..mnakala pmpuan muslim x tmsuk sbb mreka dh mmg diwjibkn tutup aurat dan bpurdah..
Mnakala printah utk pmpuan muslim plak ialah berpurdah supaya lelaki kafir x pndang wjah mreka(sbb hkum jgn pndg wjh wnita ni jtuh kpd lelaki muslim je,laki kafir ape dia kisah?)...
Jd ini lah keadilan islam..Yg laki tnduk pndgn,yg pmpuan plak tutup bdn..Knapa nk tnduk pndgn klu dh ttutup kan? Org2 pmpuan kafir plak mcm mna?bpurdah jgak ke diorg?
Dan org2 kafir laki plak cmne?diorg tnduk pdgn ke dri wjh2 muslimah yg cntik?(Klau laki muslim pun xdpt tndukkan pndgn drpd wjh muslimah2 yg cntik apatah lg org kafir?) Islam dah ckup adil dan smpurna..
Hmm..boleh sy tau ustzh bljr kt mdrsh mna?
Ibnu Batoota Owsem Lg satu ustzh kna tgk ialah smua qaul yg daif(yg mngtakan muka n tpk tgn bkn aurat) adalah BERSYARAT..
Iaitu "skiranya aman dari fitnah" maka slagi itu purdh x wjib(mngikut qaul daif)..
Bgitu juga qaul muktmd utk mzhab hanafi,hanbali dan maliki(rujuk fiqh ala mazahibil arbaah,syeikh abd rahman jaziri al-azhari) yg mngatakan muka n tpk tgn bkn aurat SELAGI AMAN DARI FITNAH.......
Dn ustzh tntu pnah bca hadis saidatina aisyah yg tlah berkata, "skiranya rasulullah mlihat kdaan wanita pd zmn ini(zmn aisyah msih hidup),tntu bginda akn halang wnita kluar wlaupun ke masjid!!"
Yg berkata mcm tu ialah aisyah,istri nabi,dan bliau juga sorg sahabiah,yg hdup di zmn khairal qurun,tp ftnah wanita tlah pun bmula smpai dia sgt yakin nbi akn hrmkn pmpuan kuar rumah klu nbi nmpak kdaan wnita zmn tu..
Kalau zmn khairul qurun pun dh tsebar ftnah wnita,skrg kita di zmn dajal ni masih aman dri ftnah?
Zmn yg mna atok rogol cucu,bpk rogol ank,abg rogol adik ni msih disbut zmn aman dari ftnah?
Kalau ada yg stju zmn ni zmn "aman dri ftnah" bmkna org tu mgkin org ashabul kahfi(hdup dlm gua,xtau dunia luar)..
Jd sy yakin ustzh stuju kita hdup di zmn ftnah,bmkna SEMUA QAUL dlm 4 mzhab tmsuk qaul daif mzhab syafie tlah bersepakat akan wajibnya berpurdah pd zmn ini...

Ibnu Batoota Owsem:

 Msa sy bca komen ustzh,sy dok tfkir sapa tu "syarih"?syeikh mna? Rupa2nya mksud ustazah "syaarih" iaitu isim fail kpd syarah..
Adoi la.. =.="
Kmi kt sni pkai istilah musannif je..

Ahlam Hayati

maaf ust Ibnu Batoota Owsem sy sebuk sket buat bahas..em sy sebelum ni blaja kisas xpernah pun blaja madrasah..sy dah baca komen ust dan sy jugak dah baca kitab fiqh ala mazahib al arba'ah yg dikarang oleh syeikh abdul rahman al juzairi mengenai pendpt2 mazhab tentang aurat wanita..sy dari awal lagi ckp yg sy setuju dgn pendpt yg mengatakan seluruh badan adalah aurat tanpa ada kecuali..sy xbermaksud nk panjangkan perbahasan ni cuma sy ingin nyatakan pendpt2 ulama syafie tentang masalah ni dan tambahan pulak disana terdpt khilaf. sy sebagai wanita sy ingin menkaji apa yg dimaksudkan oleh ulama' mengenai aurat wanita di hadapan ajnabi dan kewajipan berniqab. sbb sy yakin ulama yg mengatakan wajib berpurdah punyai alasan2 yg tersendiri begitu jugak ulama yg mengatakan tidak wajib punyai alasan2nya tersendiri. sy harap ust jgn sangka bukan2 kat sy ni ..sy akui sy xpunyai ilmu yg byk tp dlm masa yg sama sy cuba ntuk perbaiki diri dlm meningkatkan ilmu...dgn semangat persaudaran dan cintakan ilmu semoga kita mendpt keredhaan Allah... peace


Ibnu Batoota Owsem

Ustzh ahlam: ye,sy x kata ustzh nafikn perkara ni,ini cuma perbincgn ilmiah smata2,dan kalau ustzh bca btul2 komen sy kt ats tu,ulama2 yg kata "x wajib purdah" pun akn wjibkn jugak utk zmn,jd boleh kata kewajipan purdah ni tlah jd wajib bil ijma' fil mazhibil arba'ah..
Dan juga sy jwb psoalan ustzh ttg "kalau smua kna pkai purdah,mcm mna laki nk tnduk pndgn sdgkn allah arahkan laki tnduk pndgn?"..
Yg itu sy dh jwb kt ats,bhwa lelaki kna tnduk pdgn dri wnita kafir sbb mreka x tutup aurat dan x bpurdah..
Mnakala pmpuan plak wjib bpurdah drpd lelaki kafir sbb lelaki kafir matanya x kan tnduk thdp wnita2 muslim..
Jd syariat islam bkn utk jga org islam je,tp meliputi smua,fuqaha ni sgt genius,mreka kluarkn hkum bkn hnya tgk dalil,tp mreka tgk stiuasi smuanya,mantik,qias,keadaan msa hdpan,dan mcm2 lg mreka tgk,lps tu mreka solat istikhrh mtk ptnjuk,bru lah mreka kluarkn ftwa..
*berbeza jauh dgn ulama zmn skrg*

PERBAHASAN 3:

Ahlam Hayati :
alhamdulillah..sy memahami jawapan2 ust tu..semoga perbahasan ilmiah ini mendpt redha Allah, pasni sy xkan komen mengenai masalah niqab sbb sy sudah berpuas hati dgn natijah perbahasan ilmiah ini..sy dgn kerendahan hati memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa ye ust Ibnu Batoota Owsem...

Ibnu Batoota Owsem :

Wallahi sdikit pun ustzh x bkasar atau buat hati sy tgugat,sy hormat ustzh krana bermuzakarah mngikut disiplin ilmu yg bnar..
Sbb tu sy x layan klu org2 awam yg meraung2 xpuas ati dgn ssuatu hkum yg ditetapkn dlm islam,sbb klu sy jwb pun,itu tnda kbodohan sy sndiri sbb mlyan org yg x phm dsiplin ilmu,tp kpd para ilmuan spti ustzh,dpt sy trgkn dgn mudah dan ustzh juga dpt mmhaminya dgn mudah..
Alhmdulillah..Boleh tangguh mjlis dgn tsbih kifarah..

#gua copy je dari blog SINI...

Gambar yang takde kene mengene denga tajuk...gambar yg terjumpa dalam phone aq...aq pun pelik camne boleh ade..ahaks


Saturday 8 June 2013

GarisanMu


Ya Rab, bantulah kami semua remaja untuk terus beribadat kepadamu,
Ya Rab, kuatkan kaki-kaki kami dalam meneruskan sisa hidup ini,
Ya Rab, Betulkan langkah kami dalam menuju redhaMu,
Ya Rab, Jangan diserahkan diri kami pada diri kami sendiri walau seketika,
Ya Rab, redhakan setiap keputusan yang kami buat..

Antara putus asa dan terus hanyut dengan dunia atau meneruskan sisa hidup ini yang penuh dengan ujian..

" Wahai orang beriman, jangan ingat kamu beriman selagi kamu tidak diuji"

kadang hati seorang remaja memang terkesan dengan kehidupan remaja lain yang mempunyai cara fikiran yang lain dan cara hidup yang lain..semoga Allah tetapkan hati kita semua di jalanNya..

Ternyata Allah menghantar manusia manusia di sekelilingku dalam kalangan mereka yang tampaknya meninggalkan kehidupan dunia, tapi hakikatnya mereka sedang membina kehidupan akhirat dengan penuh pengharapan dan penuh tangisan kerana takut di mana kedudukan mereka di hapadan Allah......Nikmatnya mendapat sahabats2 yang suka mengingatkan tentang kehidupan akhirat...baru ni mendengar luahan hati rakan yang dengan asbab usaha ini,kehidupan telah berubah 180...[ ada orang cakap hidup manusia berubah 360, tapi bagi aku kalau 360, maknanya tak berubah, kalau paham sila gelak sorang2, ahaks~ ]

dia cite tentang kehidupan dia dahulu...menangis2 malu dia cerita...tapi aku lek je...karkun mane leh nangis...control macho...ahaks~

Ya Allah, islahkan hamba yang hina ini melalui usaha ini~

~ Antara putus asa dengan kehidupan atau meneruskan kehidupan ini dengan penuh mujahadah dalam agama ~ kerana syurga itu memang Allah hiasi dengan perkara yang berlawanan dengan nafsu kita semua
 [ sumber muntakhab hadith]..

Mabruk Maulana UIB kerana UIB junior telah selamat dilahirkan...

Wednesday 5 June 2013

pelancongan umatku ialah jihad di jalan Allah...

sumber : rakan seperjuangan

Nahmaduhu Wanusolli Ala rasulil Kareem...


Apa lagi ? jom pergi melancong...sape nak selalu melancong..kawin la dengan orang yang selalu melancong berdasarkan hadis ni...kita melancong sambil bentuk fikir risau ummat....aku tasykil maut ni pada wanita-wanita kat lua ni...kawin la dengan orang yang suka melancong

:)

Sesungguhnya kematian dan kehidupan amat senang bagi Allah...

Nahmaduhu Wanusolli Ala rasulil Kareem...
Manusia datang dan manusia pergi..
itu perkara biasa...
100 tahun lepas saya takde, dan seratus tahun depan saya pun insyaAllah takde...

Tarikh genapnya setahun opah meninggalkan dunia yang sementara ini, tarikh itu juga lahirnya insan kecil danish...seperti penyeri kehidupan maksu dan paksu...setelah bertahun, akhirnya Allah perkenankan hajat mereka...

Tapi ternyata Allah lebih sayangkan adik danish, tidak sampai sebulan, Allah jemput arwah danish kembali menghadapNya, walaupun ana tak sempat langsung jumpa danish kerana sibuk dengan kuliah dan exam..

Tapi apa yang ana lihat di fb maksu, satu perasaan sedih yang amat sangat...barang untuk adik danish sudah beli, dari pakaian sehingga tempat tidur [ korang pahamkan perasaan dapat anak first ], tapi Allah hendak angkat darjat maksu dan paksu ke darjat yang lebih tinggi lagi, maka Allah uji mereka...

Ada masalah pada bahagian jantungnya..tapi yakinlah semua Allah dah tetapkan...

Yang pergi biarkan dia pergi, kematian itu satu pengajaran dan tarbiyyah bagi yang hidup...

Hasibu Anfusakum Qobla Antuhasibu..:)


Sesungguhnya pertemuan perpisahan dan kematian kehidupan adalah satu permainan dunia.....
Moga Allah redha segala perbuatan kita semua...



Sebelum di operate...

Sesungguhnya kematian dan kehidupan amat senang bagi Allah...

Tuesday 4 June 2013

Tujuan bacaan hadis kitab fadhail Amal

credit poto to abe azhar jaafar
Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil karim

Apa tujuan bacaan hadis kitab fadhail Amal ?

Sheikh, asyik2 fadhail Amal je, mana masail  nye ?

Hang semua tak habis dok ngulang kitab fadhail Amal ?

jadi, apa tujuan baca kitb fadhail Amal ?????

haaaa....

Antara tujuan baca kitab fadhail Amal lagi dan lagi dan lagi ialah supaya kita dapat amal kan apa yang kita dengar...ada keghairahan untuk mengamalkan hadis daripada nabi s.a.w, dari sunnah nabi sehinggan bab akhlak dan seterusnya...SEHINGGA...

Terdorong kepada si pendengar itu untuk mencari alim ulama' untuk bertanyakan tentang masalah masail dan seterusnya terus bertalaqqi/belajar tentang perkara masail...

sebab tu dengar hadis fadhail amal lagi dan lagi dan lagi, bila cinta pada Allah dan rasul hadir, maka secara automatik cinta pada Agama itu akan hadir, bila cinta pada agama hadir, maka akan terasa diri sangat banyak tak tahu tentang agama akan hadir, bila perkara ini hadir, maka akan timbul satu niat dan keazaman untuk belajar agama...

so, marilah kita pakat dengar hadis lagi dan lagi dan lagi, bila ada orang ajak dengar hadis, maka duduklah la sekejap walaupun dengar satu dua hadis, dengan niat saya nak amal apa yang saya dengar....dan saya nak sampaikan pada orang yang tak de dalam majlis ni....

Wallahualam...