Khas untuk wanita wanita, Ahlia ahlia Karkun, gadis gadis bakal menjadi isteri Tabligh brothers, anak anak dara Orang Dakwah dan sesiapa sahaja asal kan mereka Wanita.
"Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut"
Kisah Medical Student Ahlia Aku
Bhai, almaklum lah bertahun tahun tinggal di asrama dan bergelumang dengan segala macam buku buku Medical yang tebalnya berinci inci, buku Bio, buku Math, Fizik dan berbagai jadi kesimpulannya bukan senang nak terima pandangan orang.
Bhai, apa yang aku katakan diatas adalah sedikit pengalaman bagaimana Ahlia aku akur dengan hanya "Beberapa kali mendengar Hadist semasa Taalim Masturat menyebabkan hati dia menanggis dan lembut hancur berkecai. Sudah menjadi darah daging dan semacam satu Budaya kepada pelajar pelajar Medical yang nak jadi Doktor ni, susah untuk mendengar pandangan orang, aku tak salah kan mereka juga ahlia aku, ini adalah kerana mereka dibentuk sebegitu untuk menjadi seorang yang betul betul berwibawa dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjawat jawatan Doktor satu haru nanti, satu jawatan yang agak berat tangung jawabnya, akibat dari proses pembelajaran serta elemen elemen ini lah membentuk mereka menjadi manusia yang Tegas dan "Payah untuk terpengaruh" dengan unsur unsur luaran selain dari apa yang mereka belajar..(Maaf Doktor Ayunie) Huhu..
Allahuakhbar tetapi Allah kuasa Makhluk takda kuasa, Kalamullah dan Kalamurasul melebihi segala galanya, ianya lebih berat dari dunia dan seisi isinya, setelah aku hantar ahlia aku untuk kali pertama ke "Taalim Masturat" sepanjang waktu semasa Taalim berjalan aku tak berhenti Solat Taubat dan Solat Hajat serta ber Doa "Ya Allah, aku lemah dan jahil, aku tak tau apa apa, aku hantar isteri aku menghadir Taalim Masturat demi untuk agama dan kehidupan kami didunia serta akhirat, berilah kefahaman agama kepada Isteri aku yang aku kasihi"...amin
Tak nak cerita panjang, memang benar, dengan menghadiri Taalim Masturat, mendengar Hadist hadist Nabi, Muzakarah 6 sifat, Halqah Quran telah menyebabkan lebih 8 tahun keegoan ahlia aku akibat dari proses "study nak jadi Doktor" hancur lebur dan hatinya telah menjadi lembut dan sedia mendengar pendapat (boleh rosak hati kalau terlalu menghafal segala macam formula dan jadi ulat buku ni Bhai) sekarang hasil nya dalam Musyuarat Harian Rumah, ahlia
Dan ahlia aku selalu zihin ahli keluarga perempuan dengan kata kata ini..
"Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut"
Aku: Allahuakhabar.....
Bhai, mana mana yang nak kawin tuuu, korang kena awal awal bagitau yang kita ni adalah "Pekerja Agama" atau dengan kata lain "Sayang...saya ni orang Tabligh kena keluar 3 hari setiap bulan, keluar 40 hari setiap tahun dan keluar 4 bulan, awak sedia tak ?"
Senang kan kalau bini bini atau isteri isteri dan faham dengan kerja Tabligh ni..!!! Hehehe
Wallahwaalam - semuga Allah Taala kekal kan kita dalam usaha agama, amin.
aku banyak belajar dari kehidupan dan kisah abang ali russia di fb... |
fb abang ali russia
https://www.youtube.com/watch?v=yARcLms1mBM
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan..bolehkah join jemaah masturat bagi isteri saya yang mempunyai bayi berumur 5 bulan yang masih menyusu badan? Adakah dibolehkan sertai?
ReplyDelete