Jemaah masturat dari Thailand telah datang disingapore 2 minggu sebelum bulan puasa 2011 terdiri dari sahabat ana ustaz abdul ghani ameer sab jemaah , maulana mohamad, maulana malik dan dua orang lama dihalkah sungai kolok..,sama2 mengajar dimarkaz sungai kolok thailand, ana tak dapat lama dgn jemaah kerana ana ada taqazar ke kuala lumpur,namun 2 jam bersama mereka seolah -olah ingatan 12thn yg lalu masih segar dlm kenangan ku..
Thn 1999 ana diputuskan keluar masturat 40 hari masturat.....
Bersama dgn jemaah ini 1 org maulana , 6 orang lagi semuanya para hafiz and hafizah
Jemaah ini juga dipanggil JEMAAH MALAM PERTAMA ini kerana kebanyakkan dari jemaah ini baru berkahwin......Ini panggilan dari markaz aje......bukannya tertib....
Ada yg baru 4 bulan kahwin....
Ada yang 2 bulan kahwin.....
And ada yang beberapa bulan kahwin......
Yang paling muda dikalangan jemaah ini baru beberapa minggu kahwin langsung 40 hari...
Diputuskan keluar dikawasan pulau di KRABI....
Disana usaha baru maju tetapi korban dari org sana menyebabkan mata kami selalu basah dgn air mata....T-T
Satu kali jemaah kami dihantar di Samsikh di hallkah tepi pantai......
Ada beberapa cerita yg menarik
Yg Ana hendak kongsikan.....
Hari pertama jemaah kami disana diputuskan beberapa jemaah kursusi , Ana diputuskan untuk berjumpa dgn Iman masjid , semasa kami dlm perjalanan , ada seoran budak yg sedang bermain dekat kawasan masjid , apabila melihat kami dia berlari datang kepada kami dan terus memerluk kami , dalam bahasa Thai,katanya dalam bahasa melayu aku rindu pada jemaah sambil menangis nangis.... Kami kehairanan......dan budak tadi telah menperkenalkan namanya Rawahah dan katanya dia sangat merindui ayahnya , apabila setiap kali jemaah datang aku akan memerluknya ,kata ibunya ini adalah jemaah ayahnya, kalau jemaah datang dikampung nya peluklah mereka seolah olah kamu memerluk ayahmu, kami bertambah kehairanan lagi maka kami telah tanya dimana ayah mu, jawab budak tadi ayahnya sudah meninggal setahun lalu ketika keluar 40 hari dan matinya ketika bayan ...subhanallah.....
Basah dipipi air mata kami tanpa sedari...mendengar cerita ini......
T-T
Apabila kami berjumpa dgn tok iman alhamdulilah imanya pun karkun .. Setelah menyatakan maksud kedatangan Kami lansung kami menanyai cerita budak tadi, tok iman tadi pun menambah dan berkata memang benar ayahnya meninggal semasa keluar dijalan Allah swt semasa bayan, ayahnya bernama abdulloh dan salah seorg org tangungjawab dikampungnya , keluarganya sangat diberi kefahaman agama , satu kali ketika hendak keluar 40 hari keluarga ini tidak ada apa 2 tetapi dipilih oleh Allah taala keluar 40 hari , apabila ditaskil dia tidak melihat dunianya tetapi meletakkan takazar agama didepan mereka....ketika hendak keluar datang satu org hamba Allah kepada mereka Dan berkata kami disuruh oleh datuknya ( wasiat sebelum datuknya meninggal dunia) supaya menyampaikan Amanah ini
Apabila mereka melihat yg didatangkan pada mereka ialah duit masyallah....
Dia berkata ini bukan duit kami....
Kata orang tadi ya ini duit kamu ingat tak semasa dia bekerja dengan datuknya tapi tak sempat ambil upah ketika itu kamu telah keluar 4 bulan....
Allahu akhbar
Lagi Dipipi kami dibasahi air mata....
Nusrahtullah...........
T-T
Apabila kami pulang kemasjid kami telah karkunzari pada jemaah kami.....
Kata amir sab kami ya kita diputuskan disini untuk belajar korbanan mereka , walau usaha disini baru naik tapi pergorbanan mereka sangat maju........
Dan semasa karkunzari ana telah buat karkunzari pada aulia ana dan berkata padanya disini mereka kebanyakan orang 2 baru dalam usaha ini tapi mereka sangat maju dlm nisbah pegorbanan.....
Ya jawab aulia ana, semasa jemaah wanita hendak makan tadi datang satu orang perempuan muda sambil menghantar bekas kepada jemaah , didalamnya hanya diisi sambal lada , sambil menangis meminta maaf kepada jemaah kerana tidak dapat sempurnakan makan pada jemaah, katanya ini saja yg dapat disajikan pada jemaah sambil aulia ana menangis karkunzari pada ana didalam bilik karkunzari ......
T-T
Dan disana di Krabi jemaah kami keluar satu bulan dan banyak lagi karkunzarinya yang dapat menjadi tauladan buat kami tetapi tak dapat dinyatakan disini dan 5 hari yg terakhir diputuskan oleh markaz yala untuk habiskannya dinarathiwat memandangkan ana dan aulia ana terpaksa menyambung cop pasport satu bulan dithailand...
Ana dan aulia ana lupa yg kami harus menyambungnya 5 hari yg lalu.....
Kerana memandangkan ana dan aulia ana dah biasa akan pergi cop pasport selepas genap satu bulan dengar cerita2 disana terlupa pula cop pasport...
Semasa hendak cop pasport dikatakan oleh imegresen thai anda telah lewat 4 day yang lepas so kena denda.....satu hari $ 100 rm
Ana hanya pasrah saja....
Tiba2 bahu ana dipegang oleh seseorang , dia bertanya kenapa ni tuan, ini ana lewat 4 day so kena denda lah....
Orang tadi telah minta pasport ana dan terus masuk bersama pasport ke office ....
10 minit kemudian dia kembali dan berkata insyallah Masalah tuan telah selesai , tuan cop diimegresin malaysia dan kembali kesini.....tiada masalah lagi.....
Ana tak kenal orang tadi bahkan tak pernah melihatnya....
Ana mcm tak percaya.......dgn mudah saja Allah taala selesaikan....masalah ini......
Hari ini kita nak yakin setiap benda tak dapat bagi mudarat dan manafaat yg bagi mudarat dan manafaat ialah Allah swt.....
Begitulah setiap amal kita bukannya dari kekuatan kita tapi dgn kudrat Allah swt....
Yang mengeluarkan kita bukanya ghairullah...., tapi yg mengeluarkan kita Allah swt...
Nabi saw telah usaha diatas tiga golongan iaitu orang dewasa, wanita dan juga anak2... Dgn fikir nabi risau nabi telah datang dari diri sahabat dan sahabiah sehingga hidayah tersebar seluruh alam ( puri alam)....
Sehinggakan datang pada diri umat ini nisbatul nabuwah.......
Apa itu nisbatul nabuwah iaitu malam nabi malam saya, siang nabi siang saya , fikir nabi fikir saya , kerja nabi kerja saya......
Untuk ini kita niat jadikan dakwah maksud hidup kita ... Amin.......
Diatas maksud yg besar ini kita azam dan niat untuk keluar 40 hari masturat secepat mungkin.........
Moga kita semua bersedia
insyAllah......
#copied dari salah satu page karkun di fb[ ni je la keje aku , azam keluar masturat je , insyaAllah satu hari nanti Allah kabul firmae ]
No comments:
Post a Comment
aku hargai sape yang komen...haha