Friday 31 May 2013

Kematian dicemburui

Nahmaduhu Wanusolli Ala rasulil Kareem

SubhanAllah, Beliau meninggal di madrasah Darul Ulum Zakaria, Afrika Selatan dan disholatkan oleh 600 ulama.. Didoakan oleh ratusan hafiz.





INNALILLAHI WA INNA ILAHI RAJIUUN...

Jujur saja, saya tidak menyangka pak Wiranto memiliki putra seperti Almarhum Zainal. Beliau Masih muda, tapi rela meninggalkan segala kemewahan, segala fasilitas dan kemudahan sebagai anak jendral. Semasa hidupnya beliau lebih memilih jalan dakwah dari masjid ke masjid, tidur di masjid, makanpun masak sendiri, baik di Indonesia maupun di kampung kampung di benua Afrika...

Subhanalloh, Beliau meninggal di madrasah Darul Ulum Zakaria, Afrika Selatan dan disholatkan oleh 600 ulama.. Didoakan oleh ratusan hafiz.

Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu..............

Copy..

Mendapat lampu hijau dari ummi+ayah untuk sambung belajar di Darul Uloom Zakariyya lepas degree + lepas 4 bulan ipb...Maha Hebat Allah Yang Memiliki kesemua hati-hati manusia...sekali lagi ana pesan pada diri dan pada semua..mintalah pada Allah sungguh...kerana Allah itu pemilik segala hati manusia...Segala puji bagi Allah kerana telah memilih insan yang hina lagi dina dari anjing kurap untuk terlibat dalam usaha nabi yang telah insyaAllah mengubah maksud hidup ana...insyaAllah semua dalam perancangan...doakan ana wahai penduduk dunia demi Islam tercinta....

Wednesday 29 May 2013

Karkuzari dari KOREA dan USA


Karkuzari dr KOREA dan USA..

~Korea~

Alhamdulillah hari ni dapat dengar laporan jemaah dari Penang yang telah ke Korea Selatan selama 4 bulan dari Seoul ke Busan dan singgah di Hong Kong selama sebulan.. :-)
Ustaz Faisal tambah... Usaha dakwah di sana umum... Takda nak claim yg ni 'Puak T' atau apa2 pun... Sebb di sana semua org Islam yg betul2 pegang agama dan amalkan agama semua buat usaha dakwah... Saling bantu membantu... Baru umat bersatu.... Student2 Malaysia banyak juga... Bahasa pertuturan totally 100% dalam bahasa Korea......
Ustaz Faisal bagi tau di sana populasi penduduk lebih kurang 300k dan terdapat 35k orang Islam yang berketurunan Korea.. Terdapat 5 masjid dan lebih 80 musollah (rumah yang di jadikan tempat solat)..Pusat dakwah di sana di Masjid Daewon, Seoul...(masjid di atas bukit, yang di hadiahkan oleh kerajaan arab saudi)..
Makanan halal susah nak jumpa kecuali yang dibuka orang2 imigran (Indonesia,Pakistan)..
Anggota polis Korea memang hikmah, baik hati dan caring dgn jemaah...selalu jumpa tanya khabar... Kalah polis2 kita kat cni... Islam di sana sangat asing.. Jika kita berjubah di jalan2 sekitar sana pasti ada ja yg nak tangkap gambar bagi yg ada kamera... Hihi...
Lastly... Ustaz kata kena banyak lagi hantar jemaah2 ke Korea.. Oleh itu sapa sedia ke Korea atas maksud agama... Insyaallah....
Umat dahagakan agama tuan2...

~USA~

Dengar Karguzari dari Jemaah balik dri USA 4 bulan di sana. Sepanjang 4 bulan mereka di hantar ke Las Vegas, Detroit, Los Angeles, DearBorn, Atlanta, New York (tmpat 9/11) dan seramai 4 orang telah masuk islam. Islam di sana lebih maju berbanding Islam di sini. Solat 5 waktu beratus2 orang datang hatta solat subuh sekali. Satu kisah seorang anak muda dia mempunyai ketidak tenteraman di hati..maka dia telah buka internet dan terpampang masjid Darussalam di mana jemaah sedang berada di sana. Serta merta budak itu mintak mak dia hantar di ke sana dan akhirnya dia telah mungucapkan syhadah. Di beritakan disco, gereja, kelab malam telah bertukar menjadi masjid. Dan di katakan bahawa cawangn madrasah Darul uloom mulai di buka dengan pesat di beberapa daerah. Subhannallah!.. Di las Vegas jemaah di tempatkn di masjid usaha mike tayson. Di sana Imamnya merupakan qari dn hafiz dari yala, Thailand dn pernah menjadi imam di Shah Alam tetapi dia di hantar di sana selepas di minta orng ramai kerana bacaanya dan jugak sepatutnya dia di sana cuma 2 bulan tpi kini dah 2 thun di sana. Alhamdulillah. Orang pakai sunnah boleh di lihat di mana2..pakai purdah pun tidak menjadi isu..Orang USA mintak jemaah di hantar lagi kesana. Di katakan bahawa ummat Islam semakin membangun asbab peristiwa 9/11. Azam 4 bulan negara jauh. dan azam buat usaha ini sampai mati!

amin2...mmg usaha agama di eropah sedang mmbangun,US, UK, Perancis,German... hatta atas org msia sekalipon...masing2 da faham tntg hak Agama pd diri mereka...moga Allah pilih n terima kite hagga kite tiada lg..insyaAllah..

Sumber : MatRock @ Abu Zar karkun malaysia y belajar kat france

 ~ InsyaAllah, bergerak bergerak da terus bergerak, Supaya kita cakna dengan keadaan umat, hanya dengan dakwah cara nabi, manusia akan berubah, jumpa mereka, sebarkann hidayat..


Monday 27 May 2013

Allah itu Maha Mendengar Maha Memelihara

Rabbi Inniy Limaa anzalta ilayya min khairin faqiir...

[ Wahai tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan ]


Teruskan berdoa, Pemilik sekalian Alam ini bersifat Maha Mendengar dan Maha Mengasihani...Dia lah Allah Rabbul izzat Rabbul Jalil


pesan buat diriku dan korangs
5
Kurangkan luahan hati melalui lama sosial, banyak connect dengan Allah Gedung segala Cinta...

Thursday 16 May 2013

Kenapa orang tabligh gi INDIA ?


Buat pe korang pegi India?

Daripada Saidina Tsauban r.hu menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda :
“Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam as."
Ahmad [Musnad 5/278 no.22759], al-Bukhari [Tarikh al-Kabir Tarjamah Abd al-A'la bin 'Adiy al-Bahrani], al-Nasai [al-Mujtaba' no.3175] Tiada komen, al-Tabarani [Mu'jam al-Awsath 7/23-24] Komen: Tidak diriwayatkan (La Yurwa) hadis ini dari Tsauban melainkan dengan sanad ini. Tafarrud padanya al-Zubaidi, Ibn 'Adiy [al-Kaamil 2/161], al-Haitsami [Majma'uz Zawaaid no.9452] Komen al-Albani [Sahih al-Jami' no.4012,Silsilah as-Sahihah no.1934] Sahih, al-Arnaouth [Tahqiq Musnad Ahmad 37/81 no.22396] Komen(ringkasan) : Hadis hasan dan sanad ini dhaif kerana Baqiyyah bin al-Walid,Rijal yang lain tsiqah kecuali Abu Bakr bin al-Walid al-Zubaidi majhul halnya, Imam As-Suyuti menghasankan hadith ini,lihat Kitab Tanzilul Isa Ibnu Maryam.

Komentar-komentar para ulama Hadith berkenaan hadith ini.
Seorang Ulama Hadith dari benua Hindustan, Syiekh Wahiduzzaman Al-Laknawi rah di dalam komentarnya yang ringkas di dalam kitabnya“Ar-Raudhur-Raba Fi Syarhi Sunanil Mujtaba” (Sunan Nasai),manakala Imam Sayuti rah di dalam kitabnya, “Zahr al-Raba’Ala al-Mujtaba” (Sunan Nasai).

Komentar mereka adalah seperti berikut:
1- Hadith ini Sahih,kerana tiadanya komen oleh al-Imam Al-Nasai rah berkaitan hadith ini di dalam kitab “Al-Mujtaba” menunjukkan ia Hadith Sahih disisi Al-Iman Al-Nasai rah,sekiranya terdapat sanad atau isnad yang tidak benar,Al-Imam Al-Nasai rah,akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya.Untuk itu di dalam Sunan Al-Nasai terdapat hadith sahih,Hasan dan dhoif.Walaupun,di dalam kitab Sunan Al-Nasai terdapat hadith dhaif,namun hanya segelintir sahaja hadith dhoif yang yang di kumpulkannya.

2-. Ia juga dinilai sahih/hasan oleh al-mutaakhirin seperti Al-Imam Al-Suyuthi rah dan al-mu'assirin seperti Syiekh Nasiruddin Al-Albani rah dan Al-Arnaouth rah.

3- Komen Al-Imam Al-Tabarani rah bahawa hadith ini padanya Al-Zubaidi yg tafarrud tidak semestinya menjadikan hadith ini dhaif,tafarrud adalah salah satu petunjuk dari banyak-banyak petunjuk untuk mendhaifkan hadith,ia bukannya bermaksud secara tidak langsung menjadi dhaif.

Pendapat Ulama mengenai Al-Imam Al-Nasai rah.
Imam Al-Nasai rah cukup dikenali oleh para ulama hadith kerana beliau merupakan seorang ulama hadith terkenal yang mana kitab karangan beliau terdapat di dalam “Sahih Sittah”.Seorang Ulama Hadith,Imam Subkhi rah berpendapat,Imam Al-Nasai rah adalah lebih banyak menghafaz hadis-hadis berbanding Imam Muslim rah.Sunannya menduduki tempat yang ketiga selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari segi kurangnya bilangan hadith dhaif.Menurut pendapat Imam Al-Hakim rah dan Imam Al-Khatib rah,syarat perawi pada hadis di dalam sunannya lebih kuat berbanding dengan syarat perawi di dalam Sahih Muslim.

Dalam konteks lain,Bab Haji yang terdapat di dalam Sunan al-Nasai adalah dalam mazhab al-Syafie kerana beliau juga adalah berpegang kepada mazhab Al-Syafie.

Hadith ni diletak oleh para ulama' di bawah tajuk, tanda-tanda kecil Kiamat yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Penjelasan hadith ini.
Maksudnya,Selepas kedatangan British 15 Ogos 1947,benua India telah dipisah kepada dua,iaitu India dan Pakistan,dan di awal 80-an,Pakistan telah dipisah menjadi dua,iaitu Pakistan dan Bangladesh. Islam telah menakluk benua India dan memerintahnya selama 800 tahun. Kata Dr Sulaiman al-Asyqar seorang ulama Jordan, ianya merupakan tanda-tanda Kiamat kecil yang telah berlaku,yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Menurut para ulamak; peperangan India telahpun berlaku di mana India telah beberapa kali dibuka oleh tentera Islam;

1. Kali pertama,tahun 92-97 hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid 1 rah (salah seorang khalifah Bani Umawi) yang menghantar rombongan tentera Islam dipimpin oleh panglima al-Qasim bin Muhammad as-Saqafi rah.Telah berjaya menguasai wilayah India dari daerah Sind hingga Qanuj.

2. Kali kedua,pada zaman pemerintahan Bani Abbas (al-Abbasiyah) di bawah kepimpinan panglima Mahmud bin Sabuktikin rah pada tahun 396 hijrah dan 406 hijrah. Telah berjaya menguasai banyak kota utama benua India.

3. Menurut pendapat Prof Dr Yusof Qardhawi,di dalam kitabnya Fiqh Jihad,katanya beliau mentakrifkan maksud jihad Fisabillah bukan sahaja di atas jalan peperangan,bahkan beliau menjelaskan bahawa berdakwah itu juga termasuk di dalam kategori jihad Fisabillah.

Sebelum,berjihad,berdakwah adalah lebih utama,kerana maksud Nabi-Nabi Allah di utuskan adalah pembawa rahmat,bukan untuk melakukan pertumpahan darah sesama manusia.
Pendapat yang sama juga di kemukakan oleh Syiekh Mohamad Saad Al-Kandahlavi di dalam kitab al-malfuzatnya.

Allah SWT berfirman:
"Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam."(Al-Anbiya': 107)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus para Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut”.” (An-Nahl, 16: 36)

Kesimpulannya,
Usaha dakwah dan tabligh membuat ajakan supaya datang benua India (negara India,Pakistan dan Bangladesh) bertujuan untuk mempelajari tertib-tertib dan uslub-uslub dakwah.Jesturu itu,tidak ada lagi sebarang pertikaian berkaitan ajakan mereka ini,bahkan mereka-mereka yang datang ke benua India dengan tujuan di atas ini akan termasuk di dalam golongan umat Islam yang di maksudkan oleh Nabi SAW di dalam hadith di atas.

Alim ulama berkata"barangsiapa yang diberi keberkatan oleh Allah SWT,maka ikutilah mereka".
Pada hemat saya,usaha dakwah dan tabligh ini,sudah Allah SWT zahirkan keberkatannya,di seluruh dunia,hari ini akibat pergerakan usaha dakwah dan tabligh,sudah menunjukkan perubahan kearah kebaikan.

Peperangan/jihad di atas menjadi dalil kebenaran nubuwah (kenabian) Nabi SAW di mana baginda SAW mendedahkan kepada para sahabatnya peristiwa yang akan berlaku pada zaman selepas kewafatannya. Sudah tentu yang memberitahu baginda ialah Allah kerana tidak mengetahui yang perkara ghaib melainkan Allah SWT sahaja.

**************************

Cilok dari sini; http://wirapendang.blogspot.com/2011/03/dakwah-di-indiaada-dalilhadith.html
*dalam komentarnya, penulis blog menulis; sy dgr hadith ni lama dh. kebetulan tahun lepas masa kuar 4 bulan, dpt p ziarah madrasah mazahirul ulum, shaharanpur. minta izin dr ulama sana utk semak status hadith ini..

Wallahua'lam..

# ikut korang la nak kata apa pasal jemaah tabligh, tapi bagi ana, pakcik2 tabligh ni la yang dulu sedarkan/sekeh kepala ana bahawa adanya kehidupan selepas mati...adanya kuasa Yang Maha Hebat...Dan adanya kehebatan cinta kekasih agung kita, Sayyidina Muhammad s.a.w kepada ummatnya bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat, #..dari korang dok kutuk kami, kenapa tak cube try test dulu ikut kami...:)

Qul Hazi Sabili Ad' uu ILLALLAH...

Katakanlah [wahai muhammad] inilah jalanku, MENGAJAK MANUSIA KEPADA ALLAH..
sumber : azhar jaafar

Saturday 11 May 2013

Al-Hafiz

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil karim...

Baru ni aku pergi kolej sebelah, atau lebih common dengan kolej budak2 foreign, saja solat maghrib kat sana sambil kenal2 dengan sedare foreign..

Satu yang ana kagum, lepas maghrib saja, anak kecil, lingkungan umur 5-9 tahun akan berkumpul ramai2, sebelum tu mereka akan solat jemaah maghrib ramai2...

Lepas solat sunat maghrib, mereka ramai2 kumpul dengan di setiap tangan mereka ada satu quran, sorang2 mula bukak quran dan mula menghafal, yep, mereka mula menghafal..

Aku sempat dekati sorang dua budak2 kecik foreigner ni...

Sorang ni dari pakistan, wilayah perang, aku tanya dia berapa juz da hafal dan tak silap umur baru 10 tahun,
serius tekejot aku, dia kabo..

" saya dah hafal lebih kurang 5 juz lebih " [ dalam BI ]

sebelum tu tanya budak lain, kecik comel2 je dia ni..yang ni name dia mus'ab, dia kabo dah hafal lebih kurang 3 juz, kecik je budak tu, lebih kurang umur 5 tahun...

dan di sekitar surau tu gak, ramai budak2 sedang menghafal quran, dan semua anak foreign...serius comel gile...ahaks~

Maka x hairan la,  kalau solat dengan sek2 foreigner ni, mereka akan baca surah panjang..asbab mereka hafal quran, aku nampak Allah mudahkan urusan hidup mereka....maka, yakinlah, orang yang ada al-quran di dadanya, Allah akan muliakan dia, dan dialah orang yang paling mulia sekali dia antara orang2 yang mulia dunia...

 Akan dipakaikan makhota kepada ibu bapa si hafiz quran pada hari kiamat di mana sinarannya lebih sinar dari cahaya matahari...itu ganjaran bagi ibu bapa nya, agak2 apa Allah akan beri pada si penghafal quran....

# Ya Allah penuhilah dada hambaMu yang fakir ini dengan Kalan SuciMu...amin....#
Nantikan ~

Thursday 9 May 2013

Surat Maulana Yusuf (rah) mengenai usaha di bulan RAMADAN


Dikirimkan kepada markaz di seluruh India.

Dari Banglawali Masjid, Bhasti Nizamuddin, New Delhi.

Yang dimuliakan dan dihormati saudara saudara seagama semoga Allah (swt) memberi taufik kepada kami dan kamu semua sebagaimana yang Dia suka dan reda.

Assalamualaikum w.b.

Maksud usaha taligh bukanlah untuk menyebarkan atau mewujudkan sesuatu yang tertentu bahkan dengan usaha ini kita ingin menghidupkan perkara yang dibawa oleh baginda nabi (saw) bagi kejayaan muslimin dan sedikit demi sedikit kita terus membawa orang orang Islam kepada amalan ini mengikut kemampuan mereka. Asas bagi semua perkara tersebut ialah dengan menjadikan keluar meninggalkan rumah untuk mencari keredaan Allah (swt) sebagai satu adat yang umum. Sejauh mana perkara ini menjadi umum sebanyak itulah hujan rahmat Allah (swt) akan mula turun secara umum juga.

Hujan rahmat dan nikmat Allah (swt) ini amat susah untuk dibayangkan oleh orang yang mudah untuk bersafar bagi sekecil kecil perkara dunia pun dan sebaliknya menjadi susah bagi mereka untuk safar bagi menghidupkan sunnah yang berkat dan paling unggul ini.

Perkara ini jadi susah kerana sehingga sekarang ini kita tidak merasakan kepentingan safar Tabligh. Kita menganggap safar safar ini hanya satu gerakan untuk membetulkan kalimah atau membetulkan solat sahaja. Oleh sebab itu kita tidak memberi kepentingan kepadanya. Pada hal maksudnya ialah untuk menyalakan dan mencahayakan semua amalan amal itu yang mana dengan perantaraan nya amalan keduniaan menjadi amalan agama dan amalan agama yang biasa menjadi hakikat dan seperkara lagi dengan perantaraan nya dapat mengukuhkan hubungan hamba dengan Allah swt yang merupakan maksud agama Islam dan hari demi hari hubungan itu semakin bertambah dan ujud satu khafiat resah dan tidak ketenganan untuk lebih maju dalam hubungan ini dan kewujudan khaifiat ini menjadi berterusan /istiqamah.

Oleh kerana maksud ini ialah maksud nurani dan rohani maka waktu yang paling sesuai untuknya ialah di bulan Ramadan. Oleh kerana maksudnya ialah untuk mengujudkan nur dan meningkatkan nur maka sebanyak mana usaha  ini dihidupkan dan diusahakan dibulan ramadan iaitu perlu gerakan usaha secara umum bagi menghidupkan sunnah ini,maka Allah swt akan mula menurunkan rahmat dan nikmatnuya secara umum keatas orang Islam yang terhenti sebelum ini kerana rosaknya manusia secara umum.

Usaha ini akan menjadi kukuh dan mantap sekiranya ahlullah, orang orang yang risau agama dan orang orang yang ingin melihat nama dan agama Allah menjadi tinggi dapat menggerakkan ramai orang untuk usaha ini, maka kerja ini akan lebih kuat dan kukuh.

# Ana azam 40 hari sabah sarawak 15 syaaban ni...sila amin ramai2...moga Allah terima ana dan semua pelajar UTM untuk keluar 40 hari lepas final...:)...Amin....

Tuesday 7 May 2013

Allah taala telah buat ketetapan bahawa kehidupan dunia ini adalah kehidupan yang sementara, dunia ini akan hancur..

Allah taala telah buat ketetapan bahawa kehidupan dunia ini adalah kehidupan yang sementara, dunia ini akan hancur..
SEMUA MANUSIA AKAN TERCENGANG KERANA MELIHAT MIZAN, SIRAT...SEHINGGA TAK FIKIR TENTANG SEMUA MANUSIA YANG BOGEL!!!!



Jika hati aku yang keras pun Allah izinkan menangis apabila mendengar ceramah/bayan ini..apa lagi antum semua yang mulia2 ni..:)

Kedatangannya bukan macam tsunami...

Friday 3 May 2013

Dan TuhanMu , Besarkanlah!!!

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareemmm

Untuk menyelami hati manusia itu sangatlah susah, kerana manusia itu bersifat dengan kepelbagaian..

Manusia terlalu mengejar kebendaan, sehingga kebendaan itu larut dalam hati mereka, sehingga sebati dalam diri mereka,

kenapa manusia itu terlalu cepat menjadi juri hakim terhebat, selalu melabel orang itu dan ini, pantang salah sikit, mula mengadu domba...

Kesian melihat seorang rakan yang betul betul nak berubah, bila berubah, dikatanya tak de cara lagi baik ke nak usaha jadi baik ? Atau tak ade usaha lain ke ko nak ikut ?

dimaki dihamun dilawan bukan dari sesiapa pun, dari ahli keluarganya sendiri, dan kawan aku bersifat taat, hampir tinggalkan ajakan yang murni itu,

kenapa tak cuba dulu sebelum menilai ? kenapa suka sangat dengar orang kata ? hanya kerana satu makhluk Allah bernama manusia A yang bukannya belajar bidang agama, ziarah ke rumah orang lain, bercerita tentang kebesaran Allah, kehidupan akhirat, senang senang je makhluk Allah yang lain bernama manusia B melabel manusia A sebagai " Kau tak layak untuk cakap pasal agama , sebab kau takde ilmu "

aduh ~ ~ ~...

* lihat sahabat nabi s.a.w , keyakinan mereka kepada Allah melebihi segala-laganya , kata kawan aku, sahabat nabi apabila melihat daun dan duit sama je, sahabat nabi apabila lihat pasir dengan emas sama je, dan satu aku tambah, sahabat nabi bila melihat daratan dan lautan sama je , sebab tu jemaah saad bin abi waqas r.a boleh lintas sungai ( lupa nama pulak), saidina khalid al-walid boleh minum racun...

sahabat nabi usaha atas iman lebih kurang 13 tahun baru iman mereka diiktiraf oleh Allah hasil didikan baginda nabi s.a.w...diajar oleh murabbi terhebat kepada murid terhebat

dan aku kene usaha sampai bila lihat ijazah dengan kertas A4 sama je [ 4 flat dengan 0 flat sama je, ] , tak leh bagi manfaat tak leh bagi mudarat, sebab tu kene cakap kebesaran Allah lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi...

disebalik usaha ini, ada bantuan Allah, ada bantuan Allah cash seperti mana Allah bantu sahabat nabi s.a.w...
banyak cerita yang aku dapat....yakinlah kawan..

Thursday 2 May 2013

Adakah Engkau bergurau Ya Allah..:)


Telah menceritakan kepada kami Hannad ibn As-Sariy, telah menceritakan kepada kami oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Ibrahim daripada 'Ubaidah As-Salmani daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda, "Daku tahu orang yang terakhir keluar dari Jahannam. Seorang lelaki yang keluar daripadanya dalam keadaan merangkak. Maka dikatakan kepadanya, "Pergilah kamu dan masuklah ke dalam syurga!"

Lalu dia pun pergi untuk memasuki syurga, namun didapatinya semua penghuni syurga telah pun mengambil tempat mereka masing-masing.

Lalu dia pun kembali semula dan mengadu, "Wahai Tuhan, sesungguhnya semua orang 'dah pun mengambil tempat mereka masing-masing."

Maka dikatakan kepadanya, "Adakah kamu ingat saat-saat kamu berada (di dunia) dulu?"

Jawabnya, "Ya!"

Maka dikatakan kepadanya, "Bercita-citalah kamu! " (Yakni, cita-citakanlah apa sahaja yang kamu inginkan tentang syurga kamu itu!)

Lalu orang itu pun mula bercita-cita.

Maka dikatakan kepadanya, " Bagimu apa sahaja yang kamu cita-citakan itu, dan (ditambahkan lagi untukmu) dengan keluasan sepuluh kali ganda dunia!"

Lalu orang itu berkata, "(Ya Allah!) Adakah Kau bergurau dengan aku, sedangkan Engkau adalah Raja Segala Raja?"

Kata (Abdullah ibnu Mas'ud RA), "Sesungguhnya aku lihat Rasulullah SAW (semasa menceritakan peristiwa ini) baginda telah tertawa hingga nampak nyata geraham-geraham Baginda (yang mubarak)"

(HR At-Tirmizi di dalam Sunannya Bab Sifat-Sifat Jahannam, Al-Bukhari di dalam Sahihnya Bab Sifat Jannah dan bab Tauhid, Muslim di dalam Sahihnya Bab Iman dan Ibnu Majah di dalam Sunannya Bab Zuhud; sebagaimana di dalam Khasail Nabawi Syarh Syamail Tirmizi)

Ulasan hadis:

Ketawa Rasulullah SAW adalah kerana kemurahan Allah SWT dan anugerahNya atas orang yang terakhir keluar dari Jahannam. Orang tersebut adalah jelas seorang Muslim yang paling berdosa namun dia amsih lagi dilimpahi dengan ganjaran yang begitu besar. Betapa pula ganjaran bagi kaum Muslimin yang lain serta para Solihin? Lebih besar ganjaran yang diterima oleh ummah maka lebih gembira Rasulullah SAW. Mungkin juga Rasulullah SAW ketawa kerana orang tersebut keluar juga drai Jahannam setelah mengalami pelbagai azab, namun dia berani menyatakan keinginannya dan berkata Allah SWT bergurau dengannya. (Intaha daripada Khasail Nabawi, hadis ketujuh Bab Ketawa Rasulullah SAW)

Bagi yang saya yang faqir ini, bila saya baca hadis ini, sering saya juga turut tersenyum, kerana digambarkan di sini, bagaimana Rasulullah SAW sampai tertawa tatkala menceritakan kisah ini.

Sebagaimana petikan huraian hadis di atas, Rasulullah SAW tergelak di sini mungkin kerana rasa bahagia Baginda kerana salah seorang umatnya yang paling lemah sekalipun akhirnya dapat memasuki syurga. Atau mungkin Rasulullah SAW geli hati dengan gelagat hamba Allah tersebut yang begitu tidak percaya betapa luasnya syurga yang dikurniakan kepadanya, sedangkan dia adalah ahli neraka yang terakhir di keluarkan daripada Jahannam, dan selepas itu neraka akan dipatrikan untuk selama-lamanya. dek 'tak percayanya hamba Allah tersebut, hingga terpancul daripada mulutnya pertanyaan, "Ya Allah, tak 'kanlah Engkau yang merupakan Raja Segala Raja, tergamak bergurau macam 'ni dengan aku yang hina ini?"

Daripada hadis ini, banyak perkara yang kita boleh pelajari:

Imam At-Tirmizi memasukkan hadis ini di dalam kitab Sunannya di bawah bab sifat-sifat neraka, di dalam Syamailnya di bawah bab ketawanya Rasulullah SAW. Manakala Imam Al-Bukhari pula memasukkannya di bawah bab sifat-sifat syurga dan tauhid. Imam Muslim melihat hadis ini daripada sudut nilai Iman.

Hadis ini jelas menyatakan, hamba Allah ini ialah seorang lelaki. Ahli neraka yang terakhir sekali dikeluarkan daripada neraka. Jika dia adalah yang terakhir keluar daripada neraka, sudah tentu kita dapat faham bahawa orang ini adalah seorang Muslim yang paling lemah dan paling banyak dosanya. Malah, di dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa orang ini hanya mempunyai iman sebesar zarah sahaja! Itulah sahaja modal kebaikan yang dia ada. Entah sudah berapa ratus ribu juta tahun di azab di dalam neraka, sebelum diampunkan dan dimasukkan ke dalam syurga?

Pun begitu, dengan hanya iman yang sebesar zarah sahaja, fadhilatnya cukup untuk melayakkan hamba Allah itu mendapat syurga yang sepuluh kali ganda luasnya dunia! Allahu Akbar!

Adakah kita benar-benar faham nilai Iman yang kita ada ini? Sudahkah kita benar-benar mensyukurinya?

Oh Allah... Fahamkanlah kami!

kopi paste from MAULANA GUNAWAN