Tangisan itu bukan bererti kita lemah , bukan bererti kita tidak kuat , bukan bererti kita tiada apa-apa , tapi yakinlah tangisan ini lah yang mampu mengegarkan alam yang fana' ini
Duhai mata - mata yang sedang menangis ,
Pedulikan apa yang mereka katakan , teruskan berkhalwat dan teruskan menangis di hadapan Pemilik sekalian Alam ,
tetapi awas!
Pastikan tangisan itu kena pada tempatnya , tangisan memikirkan kehidupan akhirat , tangisan memikirkan dosa lampau , dan paling berharga ialah tangisan umat , tangisan bagaimana semua manusia atas muka bumi ini dapat hidayat Allah Taala , itulah tangisan baginda nabi s.a.w , itulah fikir risau baginda di gua hira' , dan itulah tangisan dan rintihan baginda saat baginda s.a.w hendak wafat...
sekarang , sedarilah hakikat kuasa tangisan itu ,
" Dan mereka menyungkur ( sujud ) di atas muka mereka sambil menangis dan bertambah khusyuk " (Al-Isra' : 109)
" Apabila dibacakan ayat ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka , maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis " (Maryam : 58)
Satu fakta menarik bagi wanita , Maha Penyayang dan PengasihNya Allah taala , Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar dari kelenjar air mata lelaki , maka tidak hairanlah wanita mudah menangis berbanding lelaki...:)
Cuba kau rasakan , setiap tangisan itu , cuba rasakan dalam setiap doamu , hadirnya Yang Maha Esa , bermanja-manja dengan Yang Maha Esa seperti mana dirimu bermanja dengan ibumu , wallahi Allah akan hadir dalam doamu
Kita semua ada peluang untuk bermanja dengan Allah , tapi pernahkan tak kita cuba untuk mendapatkannya ? mulakan malam ini..
Doakan diri aku yang hina supaya dapat hakikat berdoa dan 'bermanja' dengan Allah..kalau bergayut dengan manusia 1 jam boleh , dengan Allah pasti lebih lagi ,
sebab Allah Maha mendengar dan Sangat setia mendengar...tapi , pernah tak kita cuba ?
No comments:
Post a Comment
aku hargai sape yang komen...haha