Tuesday 26 November 2013

Malam yang hidup dengan amal


Nahmaduhu wanusolli ala rasulil kareem

Ketika pulang dari sabah, sampai di KLIA lebih kurang pukul 11 malam, gerak sri petaling lebih kurang sejam, minum2 jap kat mamak, then terus masuk masjid sri petaling..time ni tak silap aku 10 malam terakhir ramadhan

masuk dalam dah nak masuk jam 2, masih kedengaran suara imam membaca kalam Allah, aku pelik, di tengah tengah malam ini siapa yang solat terawih jemaah pulak ni..tengok2 ada solat terawih kat bilik mensyuarat Kuala Lumpur di belakang mimbar..aku pun cepat ambik wudhuk then solat terawih sama mereka..

Ya Allah, lama gile nak habiskan 1 rakaat, ade la dalam 20 minit, dibaca oleh para huffaz dari madrasah sri petaling gak, madrasah dia sebelah masjid...alhamdulillah suara diorang sedap, walaupun bacaan agak laju..then esoknya baru tahu yang mereka buat 10 juz sehari, khatam dalam masa 3 hari, dan aku syukur kerana aku balik time mereka buat 10 juz sehari...

Es0knya aku azam nak ikut diorang dari mula sampai habis, petang tu boke puasa makanan kat masjid sri petaling [markaz] dah habis, so jemaah aku terpaksa minum air kosong je, then terus solat maghrib, then dengar bayan maghrib, then terus solat isyak...lepas isyak aku terus masuk bilik mensyuarat KL dengan harapan yang tinggi lagi meninggi nak ikut dorang sampai habis...

Tapi Allah tak izinkan, masuk 6 rakaat, aku dah tumbang, asbab tak makan time buka, perut aku dah mula menyanyi, jadi aku terpakse tangguh kejap, rase aku 6 rakaat ade dalam sejam setengah...terbaik gilee....lagipun aku dah janji dengan abu zar @ matrock nak makan sama2, last makan dengan orang bujang sebab abu zar nak kawin lepas raya haritu...

makan sama dengan dia, banyak celoteh, banyak cerita, macam biasa, dia dengan cerita dia, aku dengan cerita aku, ada la dekat sejam dua lepas, lepas perut dah isi, tenaga da charge, kiteorg pun balik masjid..

sampai masjid masih kedengaran imam baca kalam Allah kat dalam bilik mensyuarat KL...terus amek wudhuk dan sambung terawih...masa tu pukul 12 lebih, habis terawih pukul 2...2 rakaat last diimamkan oleh maulana amir hamzah al-hafiz, yang last ni memang terbaik bacaan dia, jelas dan mantap..dan diakhiri oleh doa keampunan dan doa hidayat

keluar dari bilik mensyuarat, ni yang part aku paling terharu, rasa nilah masjid yang first aku tengok hidup 24 jam...

Di satu sudut masjid nampak orang tengah baca quran, di satu sudut sana nampak orang tangah berzikir, di satu sudut nampak orang tengan berdoa nangis2, di satu sudut nampak seorang budak hafiz sedang mengulang hafalan dengan bertemankan lampu kecil...di satu sudut nampak orang tengah solat tahajud...Ya Allah, aku rasa hebatnya amalan mereka ni, padahal time tu pukul 2 lebih..

aku tidur bangun balik, masih dalam keadaan yang sama, mereka solat, zikir, doa, baca quran...penuh markas 10 malam terakhir...hati aku hidup dengan tempias amalam2 mereka, aku rasa semangat lihat amalan2 orang yang soleh, tempis mereka terkena kat aku......

Ya Allah hidup kan hati ini dengan amalan soleh, temukan diri ini dengan mereka yang dekat denganMu, satukan hati ini dengan hati yang mencintaiMu, dampingkan diri ini dengan para waliMu, dan gunakan baki masa hidup ini untuk kepentingan agamaMu....

Aku cemburu melihat mereka, rakan seperjuangan aku ada yang mati di afrika, di indonesia, di istanbul, di negara jauh2 belanja besar2...

Hidup ini pilihan, pilihan untuk khidmat untuk agama atau untuk dunia...bergantung pada niat...


Ada sebab Allah buat begitu dan begini, sebab Allah sedang beri yang terbaik, makin jelas jalannya...
...alhamdulillah...:)

Thursday 21 November 2013

semangat itu...


Ku menanti dengan penuh hiba,
begitu mulianya dirimu,
disyahidkan oleh Allah di bumi syam,
tempat bersemadinya abu ayyub al-ansari r.a,
seorang sahabat nabi, yang berjuang untuk agama Allah,
berjuang di zaman muda, dan zaman tua nya,
hingga akhir hayatnya..

Begitu beruntungnya dirimu,
hidup dikelilingi insan insan yang soleh,
dan bersemadinya dirimu di tempat wali wali Ilahi,

Beruntungnya dirimu,
disusah susahkan untuk agama Ilahi,
digunakan kudrat di tempat yang sementara ini,
segalanya untuk membantu agama yang mulia ini...

Semoga diri ini terus membara dalam usaha dakwah ini,
setelah berbelas tahun aku sendiri yang menjatuhkan agama ini,
aku berjanji di depan Ilahi,
biarlah baki hidup selepas menerima hidayat ini,
ku hiasi dengan kerja dakwah ini,
dengan keagungan sunnah nabi Mu ini,
yang menjadi warisan sahabat sahabat nabiMu,
diteruskan oleh tabie-tabien...

nekadku cuma satu atas dunia yang sementara ini,
ku pujuk hati ini lagi dan lagi dan lagi,
wahai kota syam, kota hadramawt, kota afrika , kota england, kota benua afrika, benua eropah, benua antartika, semenanjung malaysia,
wahai dunia!!!!
izinkan kaki ini berjalan di atas muka bumi yang hina ini atas maksud agama pencipta alam ini,

ku pujuk hati ini lagi dan lagi...
wahai 4 bulan ipb, kini aku datang...
wahai alquran, pilihlah diriku ini,
wahai darul uloom zakariyya, kota hadramawt...nantikan kehadiranku...

ku pujuk hati lagi dan lagi..
wahai hati, ingat siapa yang menarik mu dari lembah kehinaan kepada cahaya hidayah Ilahi, sudah puas kau sendiri yang jatuhkan nilai agama di kala dulu...sekarang tiba masa kau bergerak dalam mencari redha ilahi...

cita-citaku masih belum tercapai...ku pujuk ummi...

" aku ingin sambung pengajian alim + hafiz quran selepas degree nanti...ku tidak bisa banggakan umi di dunia yang sementara ini, tapi diri ini janji, ku akan banggakan umi dan abuya di hari akhirat nanti...

aku dah mula cerita tentang niatku pada rakan2 ku, ibu bapa ku, dan sebahagian orang2 soleh...

" perjalananku masih panjang, matlamatku masih belum tercapai , perjalanan ku sangat liku, bekalanku sangat sikit, perjalananku masih goyah, tunggangankan masih rapuh, perjalananku masih samar, dan ku perlukan cahaya yang sempurna......

duhai arwah ammar, sungguh aku bangga dengan pengorbananmu...alfatihah...


22/11/2013
12.42 A.M

Thursday 14 November 2013

Dunia Retissss~~


Allahuakhbar - They are Malaysian Celebrities, before you gonna meet them in their Radio & TV Prog, but now They gonna meet you during their Ghast & Jaulah from Door to Door in Tabligh work - Irwansyah Radio Dj KL FM & Piere Andre Malaysian Filem Producer,Lomak ex Basis guitaris Kris Band brother to Kid Search & with the Vocalist from Krabat Band & Wicitra. ~Ali Russia~

aku penah keluar dengan DJ KL ni time asasi...DJ yg tengah baju kelabu....terbaik....




Pierre andrea


Allahuakhbar...!!!
Iwan Dangdut - Hes Producer & the most Popular Dangdut Singer in Malaysia, now days hes not on stage anymore, now days hes spending his life in a part of Allah with other Tablighi brothers & he also make Tasykil to others Malaysian Artis.
 ali russia


Iwan Dangdut





lagu2 iwan dangdut lepas berubah...:)




    





Tuesday 12 November 2013

Bayan Maulana amir hamzah



Bayan terbaru markas tabligh sri Petaling oleh Maulana Amir Hamzah yang baru balik khuruj 2 bulan pakistan...masih fresh dan sangat bersemangat...Allah...malam ni hatiku seperti hidup balik dengan puji-pujian, dan pujian membesarkanMu...T-T...

Friday 8 November 2013

LAILAHAILLALLAH

Assalamualaikum..

Bila satu hamba Allah dipilih untuk keluar jalan Allah, maka akan belajar sifat2 hebat sahabat

Apa hebatnya sahabat nabi ? sehingga kan boleh menarik khazanah Allah ? sehingga boleh menarik bantuan Allah ? sehinggakan ketika badar boleh mengalahkan 1000 tentera kafir ? sehinggakan ketika perang Mut'ah boleh mengalahkan 200,000 kafir melawan hanya 3000 islam ? hinggakan dalam satu perang islam hanya lebih kurang 6000 melawan 60000 kafir ?

di mana rahsia kejayaan mereka ?

maka sebahagian sebahagia ulama' membahaskan dan menggariskan bahawa semua sahabat ada 6 sifat dalam diri mereka...

Yang petama ialah hakikat kalimah Lailahaillallah...

Ada yang kata...lailahaillallah..sekadar tiada tuhan melainkan Allah...

adakah cukup sekadar itu sahaja?

Bila sahabat nabi sebut saja nama Allah, maka gementar hati mereka, berair mata mereka...

Hari ni kita camne ?

Laila yang bermaksud tiada tuhan ...
hakikat maksudnya ialah tiada tuhan..tiada tuhan duit, tiada tuhan degree, tiada tuhan pekerjaan, tiada tuhan teknologi, tiada tuhan kekuasaan, tiada yang boleh memberi kenyang, tiada boleh memberi manfaat, tiada boleh memberi mudarat, 7 petala langit dan 7 petala bumi tiada kuasa pun, ubat tiada kuasa pun,

Illallah yang bermaksud melainkan Allah...
sambungan dari atas ialah...tiada tuhan selain dari apa yang aku sebutkan di atas MELAINKAN ALLAH...

berapa ramai yang menghayati hakikat ini ? atau sekadar sebutan di bibir ?

atas usaha kalimah ini lah...saidina Ali kata kalau syurga dan neraka di letak di tangan kanan dan kiri aku, maka iman aku tak nak tak turun dah...atas usaha atas LAILAHAILLALLAH ini lah, jemaah abu hurairah melintas laut dengan kuda..atas usaha kalimah ini lah, jemaah saad bin abi waqas dan tenteranya berjalan atas air, sehingga tentera musuh di seberang mengatakan...kami seperti melihat dewa2 berjalan atas air...atas usaha kalimah ini lah, sahabat nabi mendapat bantuan dari Allah cash, belum habis doa lagi, doa sudah dimakbulkan...dan usaha atas kalimah ini lah, sahabat nabi mendapat redha Allah atas dunia lagi...

tidakkan kau sedar atas kehebatan nabi dan sahabat ? kenapa kita mengangungkan mereka yang tidak berjaya ?? belajarlah kisah sahabat nabi maka nescaya korang akan mencintai dan menghormati mereka...

Dia lah Allah tuhan yang menciptakan segalanya, tuhan semua bagi manusia, tuhan yang menguasai hati manusia, Dia lah yang beri rezeki, Dia lah yang bagi kejayaan, Dia lah yang beri kegagalan, Kehinaan dan Kemuliaan di tangan Allah, Seandainya Allah hendak jadi malam sepanjang tahun maka kerajaan mana yang boleh menghalangnya ? jika Allah jadikan siang sepanjang tahun maka kerajaan mana boleh menghalangnya ? jika Allah jadikan apa yang kamu tanam tidak tumbuh maka siapa yang boleh menghalangnya ?
Siapa yang boleh buat semua benda ni ? Allah sahaja yang boleh..tidak mustahil bagi Allah untuk memasukkan gajah yang besar ke dalam jarum yang kecil tanpa mengecilkan gajah membesarkan jarum...

Ini lah yang kita nak usahakan bila keluar jalan Allah....

one of my friend, study kat darul uloom zakariyya, becoming a great maulana and great da'e one day, pray for him and pray for me..asbab usaha tabligh, dia sampai sini, sedang usaha atas iman dan ilmu...telah memberi 100% masa dan buah fikir untuk agama...beruntungnya dia Allah gunakan 100% tok agama..aku gimana ?

Rasai dan nikmati...give me one more chance...

#aku tidak sehebat sahabat nabi, bukan bermakna aku mengagungkan sahabat melebihi nabi s.a.w, maksudnya jika sahabat nabi pun aku tak boleh nak lawan, apatah lagi nabi s.a.w sendiri...aku cintai mereka sebab Allah beri aku sedikir pengetahuan tentang pengorbanan mereka yang aku masih belum capai...:)..jangan salah paham..

Tuesday 5 November 2013

Darul Uloom Zakariyya

Darul Uloom Zakariyya, teringin sekali aku nak belajar agama di sini, tapi betul kata maulana2, mesti ada suara sinis yang cuba menghalang aku...bila dengar maulana2 cerita tentang kisah mereka belajar agama, yaAllah, aku dah jatuh cinta dengan darul Uloom Zakariyya...tapi macam biasa, soalan yang orang selalu tanya aku..

1) degree kau nak buang mana ?
2) bila kau nak kawin, tak kan nak kawin umur 33 ?
3) duit nak cari mana ?

Ya Allah, aku serahkan segalaNya padamu, jika niat aku ni beri kebaikan buat diriku, buat agama, dan lebih lebih lagi buat kehidupan akhiratku, maka sampaikan aku pada tempat ini, jika sebaliknya, maka damaikan aku dengan segala ketentuanMu..

bagi sapa ada keinginan nak pi sane, aku brief sikit syarat-syaratnya

1) semua boleh..
2) solat istikharah dulu
3) kenginan sangat tinggi dalam bidang agama..
4) doa sungguh dengan Allah..
5) mensyuarat dengan mak bapak..
6) kalau semua ok..pi sini ...DUZAk
7) pergi kat general information..then download la application dia...nk tahu lebih lanjut call admin dy..

senang kan..Allah bagi semua kawan...

membe aku cakap insyaALLAH semua lancar, seminggu dah boleh dapat reply dari duzak...average belanja fist time termasuk tiket dan flight rm8000+-.....sekian..semoga Allah pilih tuan2...

Mai layan gambar kat darul uloom Zakariyya [duzak]













Aku memohon jasa baik korang, doakan yang terbaik untuk aku, sampaikan aku kat sini lepas degree,insyaALLAH sekiranya ini yang terbaik...amin...