Thursday, 4 April 2013

Masya Allahu Kana Wamalam Yasya'lam Yakun Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim'.

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareemmm

Bersabarlah sahabat dalam menghadapi dunia yang sementara ini

Perkara yang membuatkan aku terkilan bila satu orang kawan berjumpa dengan pengetua kolej untuk minta kebenaran buat satu majlis agama, jemput penceramah luar...

Kesian tengok dia bertungkus lumus buat kertas kerja , memikirkan ayat apa yang nak tulis , last2 sekali pergi jumpa pengetua , goreng punya goreng , mengayat punye ngayat , last2 pengetua tak benarkan , hampa seribu kali hampa , tapi last2 diorang buat jugak , walaupu tanpa kebenaran pengetua , untuk buat satu majlis agama perlukan mujahadah...sabarlah...

Kawan yang sama , pergi jumpa pengetua , tak jumpe pun , telepon je pengetua , untuk minta kebenaran buat BBQ kat dewan , kalau lelaki saja tak pe , dia kabo pompuan sekali , pengetua tak banyak cakap, terus bagi je...

akhir zaman , untuk perkara agama memang susah , perlukan mujahadah , dan ingat sahabat , asbab agama , semua nabi2 rasul2 sahabat2 nabi dan baginda nabi s.a.w telah di susah payahkan oleh Allah , bukan mahu menghina mereka , tapi golongan inilah akan dimuliakan oleh Allah di hari Pengadilan kelak...

Carilah keredhaan Allah walau dipandang hina , walau dipulau , walau diejek membe , tapi jangan cari suka manusia tapi telah menyebabkan murka Allah...

Baru2 ni terbaca satu hadis yang rasa merupakan teguran langsung dari Allah...

Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a bahawa baginda yang Mulia nabi s.a.w pernah bersabda [lebih kurang maksud]

"Siapa yang cari suka manusia tapi telah menyebabkan murka Allah , maka Allah akan menyebabkan manusia yang suka itu akan berlaku tidak suka pada orang itu , dan siapa yang mencari suka/redha Allah tapi telah menyebabkan manusia tidak suka padanya , maka Allah akan menyebabkan orang yang tak suka itu menjadi suka pada orang itu"

[ HR Tirmizi ]
Sumber : Muntakhab Hadith...


Allah swt telah berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu semua mencintai Allah maka ikutlah aku (Nabi Muhammad), nescaya Allah swt akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah Ali Imran :31).

Di sini , ustaz azhari , nabi s.a.w tak spesifikkan sunnah apa yang perlu diikut , jadi ikutlah mana yang mampu , kita amal sunnah nabi sebab kita cinta nabi , bukan nak lihat apa orang kata ...

Ya Allah , kekalkan ulama' di atas muka bumi ini supaya kami tidak tersesat dari jalan-Mu...

# Perjalanan menuju ulama' . 
'Masya Allahu Kana Wamalam Yasya'lam Yakun Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim'.

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha