Thursday, 18 April 2013

Surat Cinta

Surat cinta dari maulana Bhai Ipu

Nasihat Maulana Bhai Ipu dari madrasah narathiwat , thailand kepada kami semua dan kepada korang semua

" Ketahuilah  bahawa jika dirimu dapat selesaikan suatu masalah itu bukan maksud tetapi hatimu Ta'aluq  kepada Allah s.w.t itu adalah satu kejayaan yang besar "

" Bayangkanlah olehmu rumah-rumah sahabiyyah , suami mereka selalu pergi membawa pedang , terkadang tak ada kabur yang hanya adalah kubur , tetapi mereka ( sahabiyyah ) tetap mengatakan , biarlah rumah rumah kami sepi asalkan rumah rumah diseluruh alam penuh dengan nur iman "

Bukankah ummul Mu'minin Aisyah r.ha ketika merasa senang hidup bersama rasulullah  kekasih Allah maka Rasulullah SAW katakan ,

" Bahawa orang yang paling bahagia adalah suaminya keluar di jalan Allah kerana dia bukan hidup dengan kekasih Allah tetapi dia hidup bersama Allah " [ nasihat pembakar semangat ]

Nasihat yang sangat panjang , tapi kebanyakannya bersifat peribadi...

Muliakan alim ulama' kerana mereka pewaris nabi s.a.w
merekalah pembimbing ana dan korang semua di dunia yang fana' ini dan mereka akan memberi jalan menuju syurga..

Di surat itu juga terselit ayat al-Quran.


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


Terjemahan: katakanlah (wahai Muhammad): "inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata; (dan aku menegaskan:) maha suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." [Surah Yusuf, ayat ke-108]

inilah jalan nabi , mengajak manusia dekat pada Allah...

[ baru baru ini aku menghadiri satu talk dengan seorang IR dari syarikat talisman , membentangkan keperluan keperluan dunia yang kami [ engineer ] perlu penuhkan , membentangkan peluang - peluang pekerjaan dan membentangkan gaji - gaji yang sangat lumayan , beliau membentangkan seperti kami mahu hidup selama-lamanya dan tak nak mati , Ya Allah jangan KAU masukkan dunia dalam hati kami sehingga kami lupa destinasi terakhir kami ]

Ya Rab , Gunakanlah diriku masaku hartaku untuk agamaMu..

Banyak yang hendak diceritakan , tapi terlalu sukar untuk diceritakan , bila keluar jalan Allah dengan ikhlas dan niat nak dekat + manja2 dengan Allah , Allah sendiri akan bukak tentang penipunya dunia ini...moga Allah pilih dirimu dan seluruh umat nabi s.a.w dalam usaha agama...usaha membawa manusia kepada Allah

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha