Friday, 8 March 2013

Selok belok dunia..

Innal ham da lillah...summal hamda lillah..summal hamda lillah..:)

"Jika Allah buat keputusan untuk bantu seseorang, maka siapa yang boleh melawan kuasa Allah itu, dan jika Allah buat keputusan untuk kecewakan seseorang, siapa yang boleh melawan kuasa Allah itu ? "

Kembalikan hati itu pada Pemilik sekalian Alam, manusia itu akan tersedar bila perkara itu sudah berlaku depan mata...Nabi s.a.w dihantar ke atas muka bumi untuk menyedarkan manusia, untuk membawa manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat...

Sahabat2 nabi semua faham , dan mereka ini CELIK akhirat, mereka tahu apa kehendak baginda nabi s.a.w

Tapi hari ni asbab kelemahan iman manusia, manusia lupa kehidupan yang kekal abadi, sebab tu penting selalu kita muzakarah kan iman dan amal, kehidupan akhirat, sirat, mizan , kubur, kene muzakarah selalu, sebab inilah perkara yang pasti, di samping mencari limu agama yang lain, ilmu feqah, ilmu mantik, ilmu al-quran, semua itu penting, tapi yang penting sekali ialah ilmu perkara ghaib, bukan setakat ilmu, tapi beriman pada perkara ghaib..

Apa itu perkara ghaib ? Dosa pahala, syurga neraka, azab nikmat, seksaan kubur, sakaratul maut, hari kebangkita, semua tu adalah perkara ghaib, so, camne nak hadirkan beriman pada perkara ghaib tu ? salah satu caranya ialah selalu muzakarahkan tetang ini..inilah yang sahabat2 nabi buat, apabila berjumpa mereka akan beriman sebentar...

Contohnya mudah, kita selalu bercakap tentang dunia, sampai perkara dunia selalu bermain di fikiran kita, begitu juga jika selalu muzakarah tentang akhirat, perkara akhirat juga akan bermain di fikiran kita..

kata kiyai haji solohin.

"Hanya Ahli lailahaillallah saja yang akan boleh mengucapkan lafaz lailahaillallah ketika sakaratul maut kelak"

Bila berbicara tentang sakaratul maut, T_T..seram sejuk ~...

 peringatan buat diri dan pada semua yang baca, manusia lupa apa kehendak baginda nabi s.a.w, memang apa yang baginda nabi s.a.w sabdakan sudah berlaku depan kita, tapi , jadilah mereka yang terasing , nabi kabo orang yang asing ni beruntung , yakin dengan janji nabi dan janji Allah , kat dunia tak dapat, yakinlah Allah akan beri di akhirat , semua manusia itu diuji, semua sekali tak terkecuali, dan ujian baginda nabi s.a.w paling besar, apa kamu kira kamu buat dakwah , kamu amal sunnah, kamu cuba nak tegakkan islam, apa kamu kira kamu tak kan diuji ? ~

apabila diuji, bisikkan dalam hatimu...

" Dan aku tidak meminta imbalan kepadamu, imbalanku hanya dari tuhan SELURUH ALAM ...

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha