Friday, 29 March 2013

Sebuah keretapi, 3 tiket

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareem..

SubhanAllah...

Aku tertarik mengenai khutbah jumaat tadi, berkenaan love before marriage, kawan kat sebelah tadi bila baca tajuk khutbah terus pandang2 gua tersenyum2..tapi aku taknak cerita tentang isi khutbah tu , kesimpulan yang boleh buat ialah Haram bercinta sebelum nikah, kalau nak kawin, terus jumpe wali, kalau wali tak kasi, cari la wali yang kasi...ahaks~

Satu yang aku nak kongsikan ialah, pada khutbah kedua,

Khatib buat satu tamsilan...

kalau biasanya katib2 lain akan kabo..

" Ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan buat sementara, akhirat adalah tempat selama-lamanya'

Tapi katib kali ni seorang karkun, berdasarkan pakaian dia berjubah putih , janggut panjang lebih sikit dari gua..haha...  dia buat satu tamsilan..

" Ingatlah bahawa dunia ini bukan rumah sebenar kita, ramia yang sangka dunia ini rumah sebenar mereka , ingatlah sabdaan nabi bahawa jadilah kamu di dunia sebagai seorang pengembara..
Diibaratkan kamu menaiki keretapi dan kamu ada tiga tiket yang akan pergi ke tiga destinasi , destinasi pertama ialah perut ibu kamu , setelah cukup 9 bulan kamu akan keluar dari perut itu dan tiket pertama telah dikoyakkan, kemudia destinasi kedua ialah dunia yang sementara ini , nak tak nak kamu kene menetap di dunia yang sementara ini, dengan berbagai jenis ujian dan menunggu untuk destinasi seterusnya , dan pada bila-bila masa lagi , kamu akan meneruskan perjalanan kamu , maka tiket kedua akan dikoyakkan [ maknanya akan tinggalkan dunia ni ] kemudian kamu akan tunggu di dalam keretapi
[ alam akhirat, mizan , sirat] dan seterusnya last kali kamu akan mengoyakkan tiket yang terakhir yang menjadi penentu bagi kamu sama ada syurga atau neraka "


Bayangkan dengan suara yang lantang dan tegas..mana mungkin hati yang yang mendengar tu tidak gentar...T.T

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha