Nahmudu Wanusolli ala rasulihil kareemmm...
Alhamdulillah baru balik dari markaz, alhamdulillah bini' matihi tatimmu solihat kerana adik aku ikut sekali pergi markaz..sudah tentu ana gembira + bersyukur...dia ade azam nak kuar 40 hari time cuti sekolah...moga Allah pilih dia..muda2 da dapat usaha agama..:)..doakan adik aku...
Sedikit perkongsian petikan bayan..tadi ustaz yang bayan, jadi seyez best + men curah2 air mata sebab banyak dalil dan hadis dikeluarkan...
aku just nak kongsi kisah saidina umar r.a bila beliau nak ambik kunci palestin..
Apabila paderi-paderi dan penguasa mendapat berita bahawan amirul mukmineen saidina Umar nak ambik kunci palestin, maka paderi dan penguasa ni tunggu di istana masing-masing, mereka seperti meyambut kedatangan saidina Umar r.a
Tetapi di sebalik sambutan secara ijmaie ini, paderi-paderi mereka sibuk membelek kitab taurat dan injil untuk mengkaji ciri-ciri pemimpin yang akan menawan kota palestin..kerana mereka yakin dengan taurat dan injil
sementara itu, gabenor jenaral tentera islam, Ubaidah Al-Jarrah r.a memberi cadangan kepada saidina umar agar menukar 2 perkara
1) pakaian..
2) kenderaan..
Kerana supaya yahudi dan paderi boleh nampak yang islam ni kemas..ustaz tu kabo mula2 saidina umar terima cadangan itu atas maksud agama, tetapi bila saidina terpikir tentang iman dan taqwa berserta sunnah yang dia pegang, maka amirul mukminin ini minta dikembalikan pakaian dan kenderaan tungganganya..
so, pengajarannya..
1) dahulukan Iman taqwa daripada apa yang orang nak kata...
2) yakin dengan sunnah nabi, pegang erat erat..
jadi bila saidina umar r.a berjalan dengan sorang lagi sahabat ke kota palestin, maka paderi dan penguasa yahudi tu lihat gerak geri mereka berdua dari jauh, dipendekkan cite...last2 penguasa tu kabo..
bagi je lah kunci ni pada amirul mukminin ni, kalau korang nak lawan, pasti binasa..
kerana di dalam kitab mereka tertulis bahawa mereka yang akan tawan kota palestin ialah ketua yang ada 13 tampalan, dan ketua tu akan memegang tunggangannya sementara seorang lagi duduk di atasnya..
Allahu, sebenarnya kita bukan just nak kaji sejarah hebat sahabat2 nabi dulu, tetapi lihatlah kualiti iman taqwa meke pada Allah..
Lihat saidina umar yang tidak terkesan dengan keadaan kota palestin dengan raja baju mahal2...begitu juga hari ni, yakin dengan sunnah ea..:)..
suasana iman membuatkan imanku meningkat...T_T...
"Kemajuan yang sebenar ialah bukan terus maju ke hadapan, tapi kemajuan yang sebenar adalah dengan kembali meniru cara hidup cara orang yang ter kebelakang [ kehidupan nabi dan sahabat] dari segi pakaian, percakapan, ekonomi, dan semua sekali"
Semoga Allah bagi kekuatan pada aku untuk amalkan...:)
No comments:
Post a Comment
aku hargai sape yang komen...haha