Tuesday 26 November 2013

Malam yang hidup dengan amal


Nahmaduhu wanusolli ala rasulil kareem

Ketika pulang dari sabah, sampai di KLIA lebih kurang pukul 11 malam, gerak sri petaling lebih kurang sejam, minum2 jap kat mamak, then terus masuk masjid sri petaling..time ni tak silap aku 10 malam terakhir ramadhan

masuk dalam dah nak masuk jam 2, masih kedengaran suara imam membaca kalam Allah, aku pelik, di tengah tengah malam ini siapa yang solat terawih jemaah pulak ni..tengok2 ada solat terawih kat bilik mensyuarat Kuala Lumpur di belakang mimbar..aku pun cepat ambik wudhuk then solat terawih sama mereka..

Ya Allah, lama gile nak habiskan 1 rakaat, ade la dalam 20 minit, dibaca oleh para huffaz dari madrasah sri petaling gak, madrasah dia sebelah masjid...alhamdulillah suara diorang sedap, walaupun bacaan agak laju..then esoknya baru tahu yang mereka buat 10 juz sehari, khatam dalam masa 3 hari, dan aku syukur kerana aku balik time mereka buat 10 juz sehari...

Es0knya aku azam nak ikut diorang dari mula sampai habis, petang tu boke puasa makanan kat masjid sri petaling [markaz] dah habis, so jemaah aku terpaksa minum air kosong je, then terus solat maghrib, then dengar bayan maghrib, then terus solat isyak...lepas isyak aku terus masuk bilik mensyuarat KL dengan harapan yang tinggi lagi meninggi nak ikut dorang sampai habis...

Tapi Allah tak izinkan, masuk 6 rakaat, aku dah tumbang, asbab tak makan time buka, perut aku dah mula menyanyi, jadi aku terpakse tangguh kejap, rase aku 6 rakaat ade dalam sejam setengah...terbaik gilee....lagipun aku dah janji dengan abu zar @ matrock nak makan sama2, last makan dengan orang bujang sebab abu zar nak kawin lepas raya haritu...

makan sama dengan dia, banyak celoteh, banyak cerita, macam biasa, dia dengan cerita dia, aku dengan cerita aku, ada la dekat sejam dua lepas, lepas perut dah isi, tenaga da charge, kiteorg pun balik masjid..

sampai masjid masih kedengaran imam baca kalam Allah kat dalam bilik mensyuarat KL...terus amek wudhuk dan sambung terawih...masa tu pukul 12 lebih, habis terawih pukul 2...2 rakaat last diimamkan oleh maulana amir hamzah al-hafiz, yang last ni memang terbaik bacaan dia, jelas dan mantap..dan diakhiri oleh doa keampunan dan doa hidayat

keluar dari bilik mensyuarat, ni yang part aku paling terharu, rasa nilah masjid yang first aku tengok hidup 24 jam...

Di satu sudut masjid nampak orang tengah baca quran, di satu sudut sana nampak orang tangah berzikir, di satu sudut nampak orang tengan berdoa nangis2, di satu sudut nampak seorang budak hafiz sedang mengulang hafalan dengan bertemankan lampu kecil...di satu sudut nampak orang tengah solat tahajud...Ya Allah, aku rasa hebatnya amalan mereka ni, padahal time tu pukul 2 lebih..

aku tidur bangun balik, masih dalam keadaan yang sama, mereka solat, zikir, doa, baca quran...penuh markas 10 malam terakhir...hati aku hidup dengan tempias amalam2 mereka, aku rasa semangat lihat amalan2 orang yang soleh, tempis mereka terkena kat aku......

Ya Allah hidup kan hati ini dengan amalan soleh, temukan diri ini dengan mereka yang dekat denganMu, satukan hati ini dengan hati yang mencintaiMu, dampingkan diri ini dengan para waliMu, dan gunakan baki masa hidup ini untuk kepentingan agamaMu....

Aku cemburu melihat mereka, rakan seperjuangan aku ada yang mati di afrika, di indonesia, di istanbul, di negara jauh2 belanja besar2...

Hidup ini pilihan, pilihan untuk khidmat untuk agama atau untuk dunia...bergantung pada niat...


Ada sebab Allah buat begitu dan begini, sebab Allah sedang beri yang terbaik, makin jelas jalannya...
...alhamdulillah...:)

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha