Friday 6 December 2013

peringatan buat para pendakwah

Peringatan buat para pendakwah,
jangan kau ingat,
jalan yang kau lalui semudah yang disangka,
kerana jikalau kau benar dan yakin,
dengan jalan dakwah ini akan sampai ke hadrat ilahi,
maka pasti akan ada onak dan duri..

peringatan buat para pendakwah,
jangan kau ingat kau akan dilayani,
dengan emas permata,
kerajaan dan takhta,
mahupun wanita serta seangkatan dengan nya,

peringatan buat para pendakwah,
jalan itu pasti ada onak dan durinya,
sedangkan nabi dihujani dengan ribuan batu,
darah mengalir, demi umatnya..

jangan kau sangka,
dengan duduk di rumah sahaja,
kau akan sampai kepadaNya..

ayuh para pendakwah,
ayuh remaja,
gunakan masa mudamu dengan perkara yang berharga,
gunakan kudrat hebatmu ke tempat yang sepatutnya,
gunakan buah fikiranmu untuk menaikkan agama,
gunakan kepandaianmu untuk mengajak mereka kepada kehidupan agama,
gunakan harta mu ke tempat yang sepatutnya..

tidak kah kau pernah baca firman Nya?
bahawasanya

Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.
[al-hadid ayat 11]


انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. .[ attaubah ayat 41]...

ayuh remaja pendakwah, ayuh bangkit, gunakan diri,harta dan masa untuk agama Allah, moga Allah terima setiap dari kita dalam dakwah, seperti mana Allah telah terima nabi muhammad s.a.w dan para sahabat r.hum dan orang2 yang telah ikut jejak langkah mereka



habib umar telah menceritakan 3 perkara utama yang mana sama dengan apa yang disarankan oleh syeikh maulana saad al-khandalawi dalam gerak kerja tabligh.....iaitu dakwah/tilawah, ta'alim dan tazkiyah

insyaAllah duzak here i come, with big intention, may Allah used me for the sake of Islam..:)


No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha