Friday 8 November 2013

LAILAHAILLALLAH

Assalamualaikum..

Bila satu hamba Allah dipilih untuk keluar jalan Allah, maka akan belajar sifat2 hebat sahabat

Apa hebatnya sahabat nabi ? sehingga kan boleh menarik khazanah Allah ? sehingga boleh menarik bantuan Allah ? sehinggakan ketika badar boleh mengalahkan 1000 tentera kafir ? sehinggakan ketika perang Mut'ah boleh mengalahkan 200,000 kafir melawan hanya 3000 islam ? hinggakan dalam satu perang islam hanya lebih kurang 6000 melawan 60000 kafir ?

di mana rahsia kejayaan mereka ?

maka sebahagian sebahagia ulama' membahaskan dan menggariskan bahawa semua sahabat ada 6 sifat dalam diri mereka...

Yang petama ialah hakikat kalimah Lailahaillallah...

Ada yang kata...lailahaillallah..sekadar tiada tuhan melainkan Allah...

adakah cukup sekadar itu sahaja?

Bila sahabat nabi sebut saja nama Allah, maka gementar hati mereka, berair mata mereka...

Hari ni kita camne ?

Laila yang bermaksud tiada tuhan ...
hakikat maksudnya ialah tiada tuhan..tiada tuhan duit, tiada tuhan degree, tiada tuhan pekerjaan, tiada tuhan teknologi, tiada tuhan kekuasaan, tiada yang boleh memberi kenyang, tiada boleh memberi manfaat, tiada boleh memberi mudarat, 7 petala langit dan 7 petala bumi tiada kuasa pun, ubat tiada kuasa pun,

Illallah yang bermaksud melainkan Allah...
sambungan dari atas ialah...tiada tuhan selain dari apa yang aku sebutkan di atas MELAINKAN ALLAH...

berapa ramai yang menghayati hakikat ini ? atau sekadar sebutan di bibir ?

atas usaha kalimah ini lah...saidina Ali kata kalau syurga dan neraka di letak di tangan kanan dan kiri aku, maka iman aku tak nak tak turun dah...atas usaha atas LAILAHAILLALLAH ini lah, jemaah abu hurairah melintas laut dengan kuda..atas usaha kalimah ini lah, jemaah saad bin abi waqas dan tenteranya berjalan atas air, sehingga tentera musuh di seberang mengatakan...kami seperti melihat dewa2 berjalan atas air...atas usaha kalimah ini lah, sahabat nabi mendapat bantuan dari Allah cash, belum habis doa lagi, doa sudah dimakbulkan...dan usaha atas kalimah ini lah, sahabat nabi mendapat redha Allah atas dunia lagi...

tidakkan kau sedar atas kehebatan nabi dan sahabat ? kenapa kita mengangungkan mereka yang tidak berjaya ?? belajarlah kisah sahabat nabi maka nescaya korang akan mencintai dan menghormati mereka...

Dia lah Allah tuhan yang menciptakan segalanya, tuhan semua bagi manusia, tuhan yang menguasai hati manusia, Dia lah yang beri rezeki, Dia lah yang bagi kejayaan, Dia lah yang beri kegagalan, Kehinaan dan Kemuliaan di tangan Allah, Seandainya Allah hendak jadi malam sepanjang tahun maka kerajaan mana yang boleh menghalangnya ? jika Allah jadikan siang sepanjang tahun maka kerajaan mana boleh menghalangnya ? jika Allah jadikan apa yang kamu tanam tidak tumbuh maka siapa yang boleh menghalangnya ?
Siapa yang boleh buat semua benda ni ? Allah sahaja yang boleh..tidak mustahil bagi Allah untuk memasukkan gajah yang besar ke dalam jarum yang kecil tanpa mengecilkan gajah membesarkan jarum...

Ini lah yang kita nak usahakan bila keluar jalan Allah....

one of my friend, study kat darul uloom zakariyya, becoming a great maulana and great da'e one day, pray for him and pray for me..asbab usaha tabligh, dia sampai sini, sedang usaha atas iman dan ilmu...telah memberi 100% masa dan buah fikir untuk agama...beruntungnya dia Allah gunakan 100% tok agama..aku gimana ?

Rasai dan nikmati...give me one more chance...

#aku tidak sehebat sahabat nabi, bukan bermakna aku mengagungkan sahabat melebihi nabi s.a.w, maksudnya jika sahabat nabi pun aku tak boleh nak lawan, apatah lagi nabi s.a.w sendiri...aku cintai mereka sebab Allah beri aku sedikir pengetahuan tentang pengorbanan mereka yang aku masih belum capai...:)..jangan salah paham..

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha