Monday, 5 May 2014

penyesalan


maaf ustaz ku yang tersayang, ini bukan dunia saya, dan saya tak nak masuk dunia ini...
Aku menyesal kerana meninggalkan medan sebenar hidup ini,
dan terus menerus menyelamatkan diri dan iman, kononya..
meninggalkan rakan-rakanku di kolej sana,

seorang demi seorang kawanku meluahkan hati mereka,
mereka mahu berubah,
mahu ke arah kehidupan yang lebih baik,
soalan demi soalan ditanyakan,
mengenai selok belok kehidupan..
kerana aku faham,
mereka juga remaja, aku juga pernah dalam situasi mereka,

seperti melakukan dosa tanpa memikir hidup mati,
hidup seperti mahu hidup selamanya,
menggunkan slogan " esok masih ada lagi "

dan kini aku rasa sangat berdosa,
meninggalkan medan dakwah sebenarku,
medan berjumpa manusia, bergaul dengan mereka,
memujuk hati mereka,
dengan penuh kasih sayang...

dan aku kene buat keputusan,
sem depan kene masuk balik kolej...
kerana baru aku sedar, dunia dakwahku bukan di rumah,
dunia dakwahku ialah bersama sahabat2 ku di kolej...
tangisan ini adalah untuk mereka,
tangisan ini adalah tangisan hidayah untuk mereka dan untuk ummat...

es0k merupakan hari pendaftaran untuk kemasukan kolej,
kuota amat terhad...
jam 10 pagi start buka..
walaupun time tu aku ada kelas...hemmm..
moga Allah mudhakan urusan aku esok...



No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha