Saturday, 22 August 2015
Penat Dan Lesu
Kadang kadang aku penat dan lesu, bukan kerana dunia ini bersifat kejam, tetapi mengenangkan nasibku di hari ketika bertemu dengan Allah, lidah ku kelu, fikiran ku buntu, memikirkan dosa dosa yang berulang-ulang kali melakukan
Aku rasa, baru aku sedikit mengerti, apa yang dimaksudkan oleh apa kamu fikir boleh masuk syurga sehingga kamu diuji ? , aku bukan mengeluh dengan ujian tuhan, tapi aku khuatir diriku tidak mampu menghadapi ujian ini yang mana akhirnya akan menghumbankan ku ke dalam neraka ilahi untuk selama lamanya
Melihat manusia terus mencari jalan keluar dari masalah, tapi aku masih terperangkap dengan masalah, aku sangat sangat takut bahawa nikmat ilahi itu adalah istidraj dan ujian tuhan adalah untuk menghancurkan ku, seperti mana Allah telah hancurkan firaun, qarun dan haman laknatullah
Berikan ku doa, utus kan ku dengan selawat dan alfatihah, agar roh ku tenang dan tabah dalam menghadapi ujian tuhan
apalah dunia yang sementara ini tuhan, kau gunakanlah baki masa hidupku untuk agama Mu ni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Doakan kami.jugak tuan
ReplyDelete