Saturday, 22 August 2015

Penat Dan Lesu


Kadang kadang aku penat dan lesu, bukan kerana dunia ini bersifat kejam, tetapi mengenangkan nasibku di hari ketika bertemu dengan Allah, lidah ku kelu, fikiran ku buntu, memikirkan dosa dosa yang berulang-ulang kali melakukan

Aku rasa, baru aku sedikit mengerti, apa yang dimaksudkan oleh apa kamu fikir boleh masuk syurga sehingga kamu diuji ? , aku bukan mengeluh dengan ujian tuhan, tapi aku khuatir diriku tidak mampu menghadapi ujian ini yang mana akhirnya akan menghumbankan ku ke dalam neraka ilahi untuk selama lamanya

Melihat manusia terus mencari jalan keluar dari masalah, tapi aku masih terperangkap dengan masalah, aku sangat sangat takut bahawa nikmat ilahi itu adalah istidraj dan ujian tuhan adalah untuk menghancurkan ku, seperti mana Allah telah hancurkan firaun, qarun dan haman laknatullah

Berikan ku doa, utus kan ku dengan selawat dan alfatihah, agar roh ku tenang dan tabah dalam menghadapi ujian tuhan

apalah dunia yang sementara ini tuhan, kau gunakanlah baki masa hidupku untuk agama Mu ni

Friday, 10 April 2015

Hati senipis angin

Hati ini susah betul nak jaga,
betul la kata orang,
untuk sampai pada Allah tu bukan senang,
ada ujian yang menimpa,
bertubi tubi, berulang kali,
bila bertaubat, diulang kembali

Ya Allah, kuatkan hati ini, 22 tahun di dunia ini, sikit masa lagi untuk menghadap Mu, tiada amalan hebat2 dariku, niatku setiap perkara hanya untuk sukakan Mu dan NabiMu...

apabila merantau, pasti Allah ajar sesuatu...baguio city,manila,2014