Tuesday 15 October 2013

sayang tunggu abang di pintu syurga...

Selamat Hari raya Eidul Adha..Hari raya korban..


Di sebalik hari raya korban...

Sinonim atau selalu dikaitkan dengan pengorbanan nabi Allah Ibrahim A.S dan isterinya Siti Hajar...
Tatkala Siti hajar yang baru lepas bersalin di bawa oleh suaminya terchinta, nabi ibrahim a.s, ke satu lembah yang kering tanpa air...

Apabila sampai di lembah itu, ditinggalkan pula isterinya di situ, secara logiknya, suami mana yang sanggup meninggalkan isterinya, dengan keadaan yang baru lepas bersalin, tapi demi menunaikan perintah Allah, bukti cinta pada Allah itu melebihi segala galanya...

Baru ni aku mendengar kisah ini lagi dari seorang kawan, walaupun selalu dengar dari ustaz, tapi aku nak dengar lagi dan lagi...

ketika isterinya dalam keadaan sangat kebingungan, merayu rayu supaya tidak ditinggalkan begitu sahaja, beberapa kali bertanya pada nabi ibrahim a.s., tapi nabi ibrahim tidak menjawab walaupun sepatah...maka siti hajar pun berbicara..[ lebih kurang maksudnya ]



abang, adakah ini semua perintah dari Allah untuk tinggalkan saya di sini bersama ismail ?

Maka nabi ibrahim hanya mengganguk [ setengah riwayat kata nabi menjawab ya ]

Maka isterinya jawab..

Saya yakin Allah tidak akan sia siakan saya...

isterinya yang di tarbiyyah dengan betul, ditarbiyyah dengan segala perintah Allah, maka isteri itu akan menjadi seorang yang taat...kata kawan aku lagi, untuk menundukkan ego seorang wanita tidak perlukan jampi serapah bagai2 tu...cukuplah dengan agama, maka pasti isteri akan jadi taat...


Sama juga seperti..

bila kita keluar jalan Allah, maka sebenarnya kita mahu belajar perkara ini, keluar jalan Allah untuk tarbiyyah iman..tapi jangan lupa juga ilmu masail, bila ilmu masail seimbang dengan ilmu fadhail dan seimbang dengan iman yang kuat..maka akan lahir satu generasi yang hebat

kadang aku terpikir...

bila munculnya al-masih dajjal, maka imam mahdi akan muncul, maka imam mahdi akan mengajak siapa yang sanggup bagi nyawa untuk agama, bagi isteri yang tidak faham mungkin jawapan yang berbeza, tapi bagi isteri yang ditarbiyyah sama seperti mana nabi Allah ibrahim tarbiyyah isterinya...mungkin ini isteri akan jawab bagini

pergi la abang, perintah Allah, abang dah selalu tinggalkan saya kerana Allah , sayang tunggu abang di pintu syurga..."

Hari ni kita tarbiyyah dengan wang, harta, dan kekayaan, maka agak apa jawapan isteri kita nanti ??

pesanan ringkas : aku belum kawin, tapi moga Allah mudahkan urusan aku...tapi gaya kene ado ojang !>..


pengantin yang tak berapa nak baru, jgn maroh abe azhar

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha