Sahabat fb aku sedang menghantar anaknya pergi ke lahore, pakistan untuk pengajian alim selama 8 tahun...jelez aq..rilek2 sabar2...harap aku grade on time...lps tu kuar 4 bulan ipb, lepas tu afrika mari untuk belajar alim.....:-).....,,,,.kawin???lambat lagi kot....
Dengar pasal instagram...buat jangan tak buat...tah aku pun tak paham function natang ni ape...orang post aku pun post....ikut lah aku
Aku cuba melihat dunia dari pandangan hati, memang benar dunia sudah sangat tua dan sangat uzur, aku melihat di sekeliling, maksiat sini sana, bertelanjang terdedah, tanpa ada sifat malu dalam diri, manusia sudah mula lupa asal tujuan kejadian mereka..
Memang benar dunia makin ke penghujungnya, tidakkah kamu semua sedar akan perkara ini ? perkara yang selalu ditekankan, jagalah iman, jagalah amal, jagalah solat jemaah, amalkan sunnah nabi dalam kehidupanmu, pasti dan pasti dan pasti kamu akan selamat dunia akhirat, aku jamin, kerana nabi sudah jamin perkara ini 1400+- tahun dahulu...
Aku lihat di seluruh dunia, manusia kebingungan mencari di mana kapal nya, kapal MH370, hilang begitu sahaja, tanpa barisnya, tanpa seru nya, tanpa petunjuknya, hanya meninggalkan titik noktah, kebuntuan, menghilang...
Tidak kah kamu yakin dengan kuasa Allah boleh buat segala ini ?
Tidakkah kamu membaca kisah nabi ibrahim a.s yang diselamatkan oleh Allah Taala dari api yang marak, sedang api itu sifatnya panas, dan Allah tukar sifat api itu pada sejuk dan sejahtera ke atas nabi ibrahim as..
Tidakkah kamu membaca kisah nabi salleh a.s, yang di mana Allah telah mengeluarkan unta yang hidup dari batu yang mati
Tidakkah kamu membaca kisah tentera sahabat nabi, yang dapat melintasi lautan luas, yang di mana Allah telah mengubah sifat air itu dari sifat tenggelam pada sifat terapung...
Tidakkah kamu membaca kisah nabi saw, kisah kekasih agung kita, nabi muhammad saw, yang mana Allah telah memperjalan kannya dari masjidil haram ke masjidil aqsa hanya dalam satu malam...
Tidakkah kamu nampak hidupan hidupan di lautan, siapa yang beri mereka makan?
Tidakkah kamu nampak binatang-binatang di hutan, siapa yang beri mereka makan ?
Tidakkah kamu nampak pertukaran siang dan malam , siapa yang berkuasa melakukannya ?
Tidakkah kamu lihat burung-burung yang terbang di udara, siapa yang menahan mereka?
Tidakkah kamu lihat pokok yang berbuah lebat di hutan, rasa mereka semua berlainan...adakah pernah Allah turunkan hujan manis, hujan pahit, tidakkah kamu fikirkan nya...
ingin sekali aku bertanya pada mereka yang dusta kan perkara ini dan tidak percaya, beritahu aku siapa yang buat perkara ini ???? tentunya ALLAH yang buat...kan?
Bila manusia sentiasa terbiasa dengan perkara sains, sehingga mereka mendewakan sains, sehinggalah mereka anggap segala apa yang berlaku atas dunia ini semuanya kerana sains, saat itu ALLAH murka, tidakkah kamu sedar? Allah sedang mengembalikan yakin kamu padaNya...sebab apa? sebab Allah itu sayang hambaNya 70 kali dari seorang ibu sayang pada anaknya....Allah tidak mahu kamu terus yakin dengan makhlukNya dan terus meninggalkanNya....
tapi sayang...manusia tak sedar....
ada certain perkara, rujuklah ulama'...kerana mereka lihat dunia ini dengan petunjuk dari Allah...bila mula menghina ulama' terhadap pandangan mereka tentang peristiwa MH370, sesungguhnya Allah telah isytihar perang kepada kamu semua....
mungkin atas kerisaun korang semua...Allah telah hantar kapten nurodin, yang sebenarnya beliau sedang keluar tabligh 40 hari..
untuk betulkan yakin Manusia...bahawa segala sesuatu adalah dari Allah,
tapi kalau korang masih tak sedar, dan masih terlalu yakin dengan sains korang, aku cuma mahu menasihati...
Allah swt adalah pemilik bagi sekalian alam ini, 7 petala langit 7 petala bumi Allah telah cipta, syurga, neraka, sirat, atau segala sesuatu yang manusia faham atau tidak faham, semua atas ciptaan dan kawalan Allah taala, Air yang kamu minum yang ada di laut, yang kamu minum, semua dalam khazanah Allah Taala, langit juga ciptaan Allah Taala, dari langit turunnya hujan adalah dari Allah Taala, langit lah tempat manusia teduh, tidak pernah Allah swastakan penggunaan langit, semua free, Allah pemilikNya Allah segalaNya, walaupun pada akhir zaman dajjal akan perintah dunia dengan penuh kekuasaan, dajjal boleh turunkan hujan, yakinlah disebalik kuasa dajjal, ada perintah ALLAH TAALA, yakinlah, yakinlah yakinlah...Allah tidak pernah bagi kuasaNya pada mana mana makhluk untuk tadbir alam ini, semua berlaku atas perintah Allah Taala....zahir kamu nampak petani usaha atas ladangnya, zahir kamu nampak kajian2 manusia, zahir kamu nampak sains yang tadbir alam ini, tapi ingin aku sampai kan, semua nya dari Allah, semua atas perintah Allah..
sama lah macam pesawat MH370, kali ini dengarlah nasihat ulama', banyakkan doa, perlukan doa dari orang2 soleh untuk redakan kemurkaan Allah atas apa yang berlaku....
aku tidak bisa bercerita lebih tentang apa yang aku dengar dari ulama',
saksikanlah siapa yang baca ini, bahawa aku telah sampaikan perkara, moga Allah bagi kalian paham...
Firaun ada kuasa, raja namrud ada teknologi, qarun ada harta, tapi yakin mereka selain dari Allah...maka Allah azab mereka...moga Allah jauhkan...
moga apa yang tulis, maka Allah akan islahkan iman aku dan iman mereka yang baca ini...
Seronok saat bawa isteri berdakwah dan belajar di jalan Allah dengan adab sunnah dan lemah lembut..
Bila kita dalam perjalanan kita pegang tangan isteri terutama bila mereka pakai purdah. Buka pintu kereta untuk mereka. Bila mereka nak masuk rumah kita tolong ambil kasut mereka dan susunkan atau beri mereka. Bila nak keluar kita tolong pegang tangan mereka kembali dan buka pintu kereta. Macam permaisuri atau puteri raja kahwin. Nikmat pegang tangan dengan rasa sayang dan hormat yang tinggi.
Kita buat program bersama lelaki di masjid. Wanita berdakwah sesama wanita yang dikumpulkan seramai mungkin dalam rumah. Hidupkan rumah dengan suasana dakwah, ta'lim, ibadah dan khidmat..
Setiap hari berjumpa tanya soalan. Abang sayang awak kerana Allah. Sayang belajar apa hari ini?
Sayang belajar sifat sahabat rhum sehingga Allah Redha pada mereka.................
Lepas tu sayang belajar masak itu dan ini..juga ada akak tu ajar cara layan suami supaya Allah sayang. Picit-picit suami..
Sayang juga dakwah seorang akak ni. Dia ada masalah. Sediakan supaya jaga amalan ta'lim rumah dan bangun tahajud insyaAllah masalah yang berat jadi ringan..
Abang pula hari ni dakwah sekumpulan remaja lepak sambil rempit. Sayang bangun tahajud tolong doakan....
Rindu ke dalam sibuk belajar agama..Rindu bertambah kerana Allah., tapi sangat seronok tengok semua wanita di sini sibuk dengan belajar ilmu dan solat sunat, baca Al-Quran, dan menangis...
Sayang menangis tak? menangis antara kita dengan Allah. Tapi mustahil tak menangis kerana Nabi saw yang tiada dosa pun menangis...
Ok nanti sayang doakan abang yer..sama2 kita berdoa hidayat umat seluruh alam sampai kiamat.... Indahnya.perbualan yang menuju pada Allah..Apa erti hidup ini tanpa mencintai Allah. Saat dirakamkan oleh setiap orang yang meneruskan dakwah setelah berkahwin-copyt dari ebit lew
aku comment [ pehhhh ustaz, ni x saba nak kuar masturat ni..hehehehehehehe]
azam umur 25 nak kawin, walaupun time tu insyaAllah tu kat afrika, aku nak kawin jugak.....nak kuar masturat!!!!!ummi dah bising aku nak kawin bila, kalau belajar pi afrika, aku jawap, ada rezeki umur 34 la,..ummi cakap time hg pi sana pun boleh kawin kan....hehehehehe......green light tu...:)