Monday, 19 August 2013

Ini kerja kita..


Ana pernah bertalaqqi dengan beliau...sangat pentingkan adab2 berguru...

M0ga Allah bagi kita faham apa yang beliau cuba sampaikan.....

Sunday, 18 August 2013

walimah 2 rakan seusaha...

walimah matrock@abuzar...minggu depan kat melaka...

Aku ingat lagi 2 tahun dulu masa first time keluar 40 hari kat melaka, bersama aku sorang dak asasi puncak alam, rasanya seingat aku pakai kurta biru cair, pakai jubah putih, anak muda berumur 20 ketika itu, berseban macam biasa, ala budak2 hafiz quran, ceria orangya, garau sedikit suaranya, nampak sifat kelakiannya, naik moto...

baru ni, dia berjalan dengan jubah merah, serban ala2 budak hafiz quran, menegur aku di sri petaling, syukur dikurniakan sahabat yang hebat dalam dakwah mahupun pelajaran, rakan seusahaku..setelah 2 tahun berpisah, Allah temukan aku dengan dia di tempat muli
a, di rumah Allah, di masjid bandar baru sri petaling...tengok2 dia bagi surat jemputan kawin, pehh, style...walimah belah pompuan semalam [sabtu], sebelah laki minggu depan kat melaka, wallahualam boleh tak datang ke x...tapi rasa nak datang...:)

Walimah ustaz khan dai'e...aku tak pi gak..
Katakanlah: Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS Yusuf : 108)

Aku kopi kata2 ustaz ebit lew...ni sorang lagi insan yang aku nak jumpa..ustaz ebit lew...bila la nak jumpa dia ni ..

Baru ini saya iktikaf bersama kawan-kawan jumaat, sabtu, ahad.Paling menakjubkan seorang anak muda dalam pukul 3.30 pagi sedang solat tahajud. Bila saya tengok dekat anak muda yang akan bernikah paginya.

Anak muda ini umur 21 tahun. Belajar kejuruteraan di France. Dia sangat kuat buat dakwah. Spm straight A.. Dia ceritakan usaha dakwah di perancis sangat kuat.

Malam pertama selepas nikah dan kenduri hari itu dia iktikaf lagi bersama kami malam tu. 

Subhanallah 6 orang sahabat lelaki saya kahwin dalan syawal ini. Semuanya muda-muda lagi dan paling muda umur 21 lelaki. Semoga Allah berkati mereka dengan kebahagiaan dan jadikan asbab hidayah untuk umat seluruh alam sampai kiamat seperti perkahwinan Nabi saw dalam syawal ini.

Wahai suami, pesanlah pada isteri di malam pertama.

Terima kasih Allah beri isteri yang cantik dan baik seperti awak.

Allah sangat menyayangi kita. Dialah tuhan kita yang telah beri segalanya. Dialah tujuan hidup kita. Saya nak bersama awak dalam dunia, dan dalam syurga buat selamanya.

Marilah kita hidupkan perintah Allah dan sunnah Nabi dalam keluarga kita. Kita dahulukan perintah Allah dan Nabi saw lebih dari keperluan lain walaupun nyawa kita.

Dakwah kerja utama saya dan awak. Maksud kita kahwin untuk semakin dekat dengan Allah dan bersama dalam kerja dakwah.

Kita niat dapat anak ramai-ramai dan pesan pada mereka. Kamu hanya akan berjaya jika ikut Nabi saw. Kamu dihantar untuk hidupkan islam di seluruh dunia. Kita akan bersama dalam syurga selamanya jika kita jalankan dakwah seperti Nabi saw dan sahabah jalankan dakwah.

Bila kita tinggal kerja dakwah, kita akan dihina, kita tidak faham Al-Quran, kita telah menzalimi semua orang termasuk orang bukan Islam sebelum mereka menzalimi kita.

Saya sayang awak kerana Allah dan sampai syurga. Terima kasih Allah beri saya isteri sebaik dan secantik, penuh kebaikan. Pasti besar tujuan Allah temukan kita. Jika saya mati ketika berjuang teruskan perjuangan ini bersama anak-anak supaya kita bersama dalam syurga hendaknya.

Semuanya telah tertulis dalam ketentuan Allah sebelum kita lahir-ebit lew
Unlike ·  ·  · 13 minutes ago via Mobile · 

Tuesday, 13 August 2013

40 hari sandakan......

Assalamualaikum...lama eden tak meng 'update' blog...Allah masih hidupkan aku....seperti dijanji in...gua nak bagi laporan 40 hari sandakan...
21 JULAI 2013

hari jumaat lepas isyak, bergerak ke masjid jamek bandar baru sri petaling a.k.a markaz tabligh bersama jemaah dari mohalah aku, dari utm aku dengan membe aku sorang..gerak dalam pukul 11 malam...singgah kat surau berdekatan masjid seri petaling...iktikaf sane...

22 JULAI 2013


Lepas subuh terus gerak, rezeki dari Allah, pagi tu ade karkun tempatan belanja makan, lepas siap2 makan, terus gerak sri petaling, sampai sri petaling sejam kemudian, cari tempat letak beg, bentuk jemaah pagi tu dalam pukul 9.30 pagi....prof zul lecture UTM tanye aku nak masuk sekali jemaah dengan dia ke nak attach jemaah lain....aku buat isyarat kenyit mata kat membe UTM aku....aku nak attach dengan jemaah yang gerak sabah sarawak...

23 JULAI 2013
Jemaah aku seramai 8 orang, satu ustaz dari markaz penanti, 2 orang engineers, 1 orang pengawai TNB , 2 student UTM, yang lain keje sendiri / pencen...jemaah kami diputus gerak ke area sandakan...tiket flight esoknye [ 24/7/2013] pukul 8 pagi...malam tu kami gerak dari sri petaling pukul 11 malam...lepak kat surau KLIA...

24 JULAI 2013


Kami naik Malindo Air dari KLIA ke Kota Kinabalu [ KK ]...dan terpakse naik bas ke sandakan..perjalanan KK ke sandakan 7 jam...[ jalan berbukit  bukau...sepanjang jalan terhuyung hayang..macam berzikir daaa...] melalui Gunung Kinabalu..Peh...fist time tengok gunng KK....Hebat Allah...melalui kundasang....terbaik dari ladang....banyak ladang sayur...sayur fresh2...air sejuk gile bah...

Hari hari seterusnnya...

# hang pikir aku rajin sangat nak tulis peristiwa dari sehari ke sehari...

Ringkasnya...kami telah masuk ke 11 masjid dan surau...5 route pertama masuk area beluran..kawasan agak pedalaman..semua belanja sendiri....tiada nusrah dari karkun tempatan..dari masjid kedua ke masjid ketiga terpaksa jadi jemaah paddle [ jemaah jalan kaki ]...asbab takde bantuan...tu ok lagi..yang sedihnya...bila tanya penduduk tempatan lokasi masjid yang kami nak tuju..semua tak tahu...sedih gile..:(...nampak sangat tak pernah pi masjid...pusing punye pusing...last2 x jauh pun dari situ...tapi masyarakat sungguh tak cakna dengan perkara ini[hahahah]


secara teorinya kat sini udang galah murah2 gileeeeewwwwww....udang galah yang ada sepit boleh dapat sekilo RM 18..kalau kat semenanjung ade la dalam RM 40 - RM 50..alhamdulillah hampir semua jenis ikan aku dah makan, dapat belajar jenis2 ikan, jenis pasang surut laut, dapat belajar masak berbagai masakan ikan...

Yang paling aku tak lupa masa kat pulau berhala....masuk sana naik bot...sampai sana...nampak budak2 kecik sambut kami, kat sini takda karkun...overall keadaan kat sini...masih ada amalan khurafat....masih dalam suasana kampung....siyes macam suasana kampung masa zaman 70-an....kalau tak jaga mata..senang2 je boleh nampak pompuan berkemban sini sana....taubat banyak2.....

Kebanyakkan kat sini pendedehan agama kurang, ada kami jumpa manusia yang jarang solat, al-fatihah lintang pukang, Kene ajar syahadah balik...mandi wajib tak tahu, ajar balik basic dalam islam....tapi hati budak2 sabah lembut...ajak budak gi sembanyang terus follow...budak yang cincin penuh tangan, pakai rantai, pakai anting2, bila ajak solat terus ikut,,,time amek wuduk tengok je budak tu bukak satu2 cincin dan yang seumpama dengannya...orang tak puasa boleh makan open je...bila tanya kenapa...sodap jo meke jawab...

" Ala abang tak sahur macam mana nak puasa "




dah tak pose pastu bila bukek sibuk je muke nak buka sama...tak malu sungguh mereka mereka ini...

jumpe abang hisap rokok time pose, bila aku tegur, terus buang jauh2 rokok tu, aku buat2 buta sekejap...ahaks~




Ni secara overall, nak tau cerita lebih lanjut, kene ikut keluar tabligh la, baru dapat rasa...

Flight balik kami 30.8.2013 pagi dari sandakan pi KK sebab kami tak sanggup nak berzikir terhuyung hayang lebih kurang 7 jam.....pas tu dari KK - KLIA kol 8.40 malam...terawih dalam flight je bah...


ayat bawah ni aku copy dari FB aku..malas nak tulis balik

Sampai Masjid sri petaling dari KLIA hari isnin dalam pukul 1 pagi..sepatutnya sampai awal tapi pi mengeteh dulu dengan jemaah..

sampai sana dalam pukul 1 pagi, masih kedengaran lagi bacaan alquran dari bilik mensyuarat kuala lumpur, rupan
ya ada lagi manusia yang meneruskan solat terawih dan hatinya hidup dengan alquran lewat2 malam ini...

mereka buat terawih 10 juz satu malam, 3 hari khatam satu quran, imam dari dak hafiz quran, bacaan yang style dan sedap..start terawih pukul 9 malam sampai 2 pagi...ada yang solat diri, ada yang solat duduk, bagi yang uzur, mula2 solat diri, agak2 da penat duduk pulak...ada yang tidur bangun semula time solat, mereka semua mujahadah kerana Allah, mereka inilah yang Allah bangga-banggakan di hadapan para malaikat...

rasenya ini je kot laporan dari aku...



Ya Rahman YaRahim, Ya Awwalan Awwalin, Ya Akhiran Akhirin, ya zal qulwatilmaqin, Ya Rohimal masikin, Ya Arhamarrahimin, Ya Musabbibal Asbab, Ya Qodiyal hajat..Tuhan sekalian Alam, Tuhan yang Menguasai segala-galanya dia atas muka bumi ini...

Pandanglah kami semua umat islam dengan pandangan rahmat kasih sayangMu, kami lemah kami tidak upaya ya Allah, kuatkan kaki kami dalam menempuh musuh yang nyata maupun yang ghaib, terimalah pengorbanan seluruh umat islam atas maksud agama ini,

Dulu sahabat nabi cuma berjumlah lebih kurang 124,000 orang, tapi mereka boleh menakluk dunia, tapi hari ni jumlah orang islam melebihi sahabat, tapi kami telah dihina, dengan penghinaan sangat teruk, wanita2 di seluruh dunia telah menghina diri mereka sendiri, lelaki takut dalam menegakkan kebenaran, malah lebih sedih lagi orang islam menghina sunnah itu sendiri, mereka anggap sunnah itu ketinggalan zaman, sunnah itu hanya pakaian alim ulama sahaja, yA rab, betulkan salah paham kami semua...

Pilih la diriku, berilah hidayat pada diriku pada anak isteriku, pada ibu bapaku, pada adik beradikku, dan khasnya pada seluruh alam dalam kerja dakwah, gunakan diri kami, harta kami, zuriat kami, malah nyawa kami untuk agamaMu...seperti mana kau telah terima pengorbanan sahabat2 r.hum maka terimalah pengorbanan kami, dan dari rumah kami akan lahir mereka yang akan meninggikan agamaMu dengan ikhlas...

terimalah doa ini dengan perantaraan baginda nabi s.a.w....amin




Akhir kata...selamat hari raya...moga Allah terima semua amalan kita...

Secara purata dari membe aku, lebih kurang 100+- jemaah dapat dikeluarkan pada 15 syaaban..:)




Gambar sampingan...

I told her " You not gonna bring your Phd & Degree to meet Allah Rabul Jalil in a day after, you have to bring your Iman & Amal " and I saw tears with a big smile behind her Hijab - Dedicated to my beloved wife 

[ Tahniah rakan Fb ku...semoga keluargamu menjadi asbab hidayat seluruh Alam...:)...Ali Russia

# bila kita berkorban untuk suatu perkara perkara , kita akan sayang perkara itu, maka korbankan sedikit diri dan masa untuk agama, maka rasa sayang pada agama akan timbul...

# ilmu fadhail sudah aku mujahadah, masa untuk mencari dan mujahadah ilmu masail, duhai ulama' aku datang melutut depanmu untuk menagih ilmu masail...ya Allah mudahkan...:)...tahun depan azam mahu raya jalan Allah...ke negara jiran..moga Allah terima...amin3...:)