Tuesday, 12 November 2013

Bayan Maulana amir hamzah



Bayan terbaru markas tabligh sri Petaling oleh Maulana Amir Hamzah yang baru balik khuruj 2 bulan pakistan...masih fresh dan sangat bersemangat...Allah...malam ni hatiku seperti hidup balik dengan puji-pujian, dan pujian membesarkanMu...T-T...

Friday, 8 November 2013

LAILAHAILLALLAH

Assalamualaikum..

Bila satu hamba Allah dipilih untuk keluar jalan Allah, maka akan belajar sifat2 hebat sahabat

Apa hebatnya sahabat nabi ? sehingga kan boleh menarik khazanah Allah ? sehingga boleh menarik bantuan Allah ? sehinggakan ketika badar boleh mengalahkan 1000 tentera kafir ? sehinggakan ketika perang Mut'ah boleh mengalahkan 200,000 kafir melawan hanya 3000 islam ? hinggakan dalam satu perang islam hanya lebih kurang 6000 melawan 60000 kafir ?

di mana rahsia kejayaan mereka ?

maka sebahagian sebahagia ulama' membahaskan dan menggariskan bahawa semua sahabat ada 6 sifat dalam diri mereka...

Yang petama ialah hakikat kalimah Lailahaillallah...

Ada yang kata...lailahaillallah..sekadar tiada tuhan melainkan Allah...

adakah cukup sekadar itu sahaja?

Bila sahabat nabi sebut saja nama Allah, maka gementar hati mereka, berair mata mereka...

Hari ni kita camne ?

Laila yang bermaksud tiada tuhan ...
hakikat maksudnya ialah tiada tuhan..tiada tuhan duit, tiada tuhan degree, tiada tuhan pekerjaan, tiada tuhan teknologi, tiada tuhan kekuasaan, tiada yang boleh memberi kenyang, tiada boleh memberi manfaat, tiada boleh memberi mudarat, 7 petala langit dan 7 petala bumi tiada kuasa pun, ubat tiada kuasa pun,

Illallah yang bermaksud melainkan Allah...
sambungan dari atas ialah...tiada tuhan selain dari apa yang aku sebutkan di atas MELAINKAN ALLAH...

berapa ramai yang menghayati hakikat ini ? atau sekadar sebutan di bibir ?

atas usaha kalimah ini lah...saidina Ali kata kalau syurga dan neraka di letak di tangan kanan dan kiri aku, maka iman aku tak nak tak turun dah...atas usaha atas LAILAHAILLALLAH ini lah, jemaah abu hurairah melintas laut dengan kuda..atas usaha kalimah ini lah, jemaah saad bin abi waqas dan tenteranya berjalan atas air, sehingga tentera musuh di seberang mengatakan...kami seperti melihat dewa2 berjalan atas air...atas usaha kalimah ini lah, sahabat nabi mendapat bantuan dari Allah cash, belum habis doa lagi, doa sudah dimakbulkan...dan usaha atas kalimah ini lah, sahabat nabi mendapat redha Allah atas dunia lagi...

tidakkan kau sedar atas kehebatan nabi dan sahabat ? kenapa kita mengangungkan mereka yang tidak berjaya ?? belajarlah kisah sahabat nabi maka nescaya korang akan mencintai dan menghormati mereka...

Dia lah Allah tuhan yang menciptakan segalanya, tuhan semua bagi manusia, tuhan yang menguasai hati manusia, Dia lah yang beri rezeki, Dia lah yang bagi kejayaan, Dia lah yang beri kegagalan, Kehinaan dan Kemuliaan di tangan Allah, Seandainya Allah hendak jadi malam sepanjang tahun maka kerajaan mana yang boleh menghalangnya ? jika Allah jadikan siang sepanjang tahun maka kerajaan mana boleh menghalangnya ? jika Allah jadikan apa yang kamu tanam tidak tumbuh maka siapa yang boleh menghalangnya ?
Siapa yang boleh buat semua benda ni ? Allah sahaja yang boleh..tidak mustahil bagi Allah untuk memasukkan gajah yang besar ke dalam jarum yang kecil tanpa mengecilkan gajah membesarkan jarum...

Ini lah yang kita nak usahakan bila keluar jalan Allah....

one of my friend, study kat darul uloom zakariyya, becoming a great maulana and great da'e one day, pray for him and pray for me..asbab usaha tabligh, dia sampai sini, sedang usaha atas iman dan ilmu...telah memberi 100% masa dan buah fikir untuk agama...beruntungnya dia Allah gunakan 100% tok agama..aku gimana ?

Rasai dan nikmati...give me one more chance...

#aku tidak sehebat sahabat nabi, bukan bermakna aku mengagungkan sahabat melebihi nabi s.a.w, maksudnya jika sahabat nabi pun aku tak boleh nak lawan, apatah lagi nabi s.a.w sendiri...aku cintai mereka sebab Allah beri aku sedikir pengetahuan tentang pengorbanan mereka yang aku masih belum capai...:)..jangan salah paham..

Tuesday, 5 November 2013

Darul Uloom Zakariyya

Darul Uloom Zakariyya, teringin sekali aku nak belajar agama di sini, tapi betul kata maulana2, mesti ada suara sinis yang cuba menghalang aku...bila dengar maulana2 cerita tentang kisah mereka belajar agama, yaAllah, aku dah jatuh cinta dengan darul Uloom Zakariyya...tapi macam biasa, soalan yang orang selalu tanya aku..

1) degree kau nak buang mana ?
2) bila kau nak kawin, tak kan nak kawin umur 33 ?
3) duit nak cari mana ?

Ya Allah, aku serahkan segalaNya padamu, jika niat aku ni beri kebaikan buat diriku, buat agama, dan lebih lebih lagi buat kehidupan akhiratku, maka sampaikan aku pada tempat ini, jika sebaliknya, maka damaikan aku dengan segala ketentuanMu..

bagi sapa ada keinginan nak pi sane, aku brief sikit syarat-syaratnya

1) semua boleh..
2) solat istikharah dulu
3) kenginan sangat tinggi dalam bidang agama..
4) doa sungguh dengan Allah..
5) mensyuarat dengan mak bapak..
6) kalau semua ok..pi sini ...DUZAk
7) pergi kat general information..then download la application dia...nk tahu lebih lanjut call admin dy..

senang kan..Allah bagi semua kawan...

membe aku cakap insyaALLAH semua lancar, seminggu dah boleh dapat reply dari duzak...average belanja fist time termasuk tiket dan flight rm8000+-.....sekian..semoga Allah pilih tuan2...

Mai layan gambar kat darul uloom Zakariyya [duzak]













Aku memohon jasa baik korang, doakan yang terbaik untuk aku, sampaikan aku kat sini lepas degree,insyaALLAH sekiranya ini yang terbaik...amin...

Wednesday, 23 October 2013

Hebatnya CintaMu




Rasa berdosanya aku,
dalam melayari kehidupan ini,
setelah malam datang nya siang..

Setelah ujian melanda akhirnya datangnya sinar harapan..
aku harap inilah yang terakhir...
aku bertekad,
ini keputusan aku,
mencari balik sinar hidayah,
di sebalik kegelapan maksiat...

mereka nampak aku berdakwah jumpa manusia,
kadang2 berkongsi pengalaman di fb,
bukan fb medan dakwahku,
bukan blog medan dakwahku,
tapi medan dakwahku ialah dunia sebenar,
medan dakwahku ialah akhlak yang mulia,
medah dakwahku ialah berjumpa manusia,
pujuk rayu mereka,
walau aku tak sempurna,

ya!!!
bukan semua manusia itu sempurna,
tapi satu je aku yakin,
hanya dengan dakwah cara nabi,
diri akan diislahkan...

terima kasih Ya Allah..
sudah lama aku tidak merasa nikmatnya denganMu,
berilah aku peluang itu lagi dan lagi,
kadang aku menduakan cintaMu,
saat itu juga Kau menerpa aku,
Kau menguji aku,

sebab aku yakin,
Kau pasti merindui tangisanku...
terima kasih Ya Allah...

Ya Allah, pandulah hidupku...luruskan kakiku, tegakkan kakiku, agar kehidupanku berada selari dengan kehidupan mereka yang Kau redhai...agar idola hidupku ialah nabi beserta sahabatnya...

Sekali lagi..

Alhamdulillah bini' matihi tatimmussolihat...

Wallahi, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang..T_T...

#hebatnya cintaMu..indahnya tamparanMu, lembutnya teguranMu, segala milikMu, terima kasih Allah kerana telah pelihara diriku dari segala fitnah..

Tuesday, 15 October 2013

sayang tunggu abang di pintu syurga...

Selamat Hari raya Eidul Adha..Hari raya korban..


Di sebalik hari raya korban...

Sinonim atau selalu dikaitkan dengan pengorbanan nabi Allah Ibrahim A.S dan isterinya Siti Hajar...
Tatkala Siti hajar yang baru lepas bersalin di bawa oleh suaminya terchinta, nabi ibrahim a.s, ke satu lembah yang kering tanpa air...

Apabila sampai di lembah itu, ditinggalkan pula isterinya di situ, secara logiknya, suami mana yang sanggup meninggalkan isterinya, dengan keadaan yang baru lepas bersalin, tapi demi menunaikan perintah Allah, bukti cinta pada Allah itu melebihi segala galanya...

Baru ni aku mendengar kisah ini lagi dari seorang kawan, walaupun selalu dengar dari ustaz, tapi aku nak dengar lagi dan lagi...

ketika isterinya dalam keadaan sangat kebingungan, merayu rayu supaya tidak ditinggalkan begitu sahaja, beberapa kali bertanya pada nabi ibrahim a.s., tapi nabi ibrahim tidak menjawab walaupun sepatah...maka siti hajar pun berbicara..[ lebih kurang maksudnya ]



abang, adakah ini semua perintah dari Allah untuk tinggalkan saya di sini bersama ismail ?

Maka nabi ibrahim hanya mengganguk [ setengah riwayat kata nabi menjawab ya ]

Maka isterinya jawab..

Saya yakin Allah tidak akan sia siakan saya...

isterinya yang di tarbiyyah dengan betul, ditarbiyyah dengan segala perintah Allah, maka isteri itu akan menjadi seorang yang taat...kata kawan aku lagi, untuk menundukkan ego seorang wanita tidak perlukan jampi serapah bagai2 tu...cukuplah dengan agama, maka pasti isteri akan jadi taat...


Sama juga seperti..

bila kita keluar jalan Allah, maka sebenarnya kita mahu belajar perkara ini, keluar jalan Allah untuk tarbiyyah iman..tapi jangan lupa juga ilmu masail, bila ilmu masail seimbang dengan ilmu fadhail dan seimbang dengan iman yang kuat..maka akan lahir satu generasi yang hebat

kadang aku terpikir...

bila munculnya al-masih dajjal, maka imam mahdi akan muncul, maka imam mahdi akan mengajak siapa yang sanggup bagi nyawa untuk agama, bagi isteri yang tidak faham mungkin jawapan yang berbeza, tapi bagi isteri yang ditarbiyyah sama seperti mana nabi Allah ibrahim tarbiyyah isterinya...mungkin ini isteri akan jawab bagini

pergi la abang, perintah Allah, abang dah selalu tinggalkan saya kerana Allah , sayang tunggu abang di pintu syurga..."

Hari ni kita tarbiyyah dengan wang, harta, dan kekayaan, maka agak apa jawapan isteri kita nanti ??

pesanan ringkas : aku belum kawin, tapi moga Allah mudahkan urusan aku...tapi gaya kene ado ojang !>..


pengantin yang tak berapa nak baru, jgn maroh abe azhar

Sunday, 13 October 2013

Tabligh

Bila Maulana zakwan cerita tentang tabligh di facebook...sebenarnya aku pun tergerak hati nak cerita pasal tabligh..walaupun aku ni belum lagi buat tabligh lagi secara sempurna..tapi aku harap pada mereka yang masih memandang rendah atau memandang serong dari usaha ini, semoga Allah bagi faham dari tulisan aku yang sedikit ini...

Aku teringat lagi seorang membe aku, mase tu kami same form 3, yang dulu sama sekolah dengan aku, dia ni gila punya terejal sikit, tak tahu syaiton mane yang sesat dalam badan dia ni...dia ni kuat fly, kuat merokok, time ramadhan kadang tak puasa, solat selalu tinggal, senang cerita banyak buat maksiat pada Allah...

dia banyak buat kes kat sekolah, kemuncak dari kedajalan dia akhirnya dia dibuang asrama, tup2 tengok dia terus pindah dari sekolah, sejak dari haritu kami batch form 3 tak jumpa langsung, aku ingat lagi , dulu sebelum dia cha0w, ramai2 geng duduk kat tepi koridor tengok dia pindah, sedih tuuu...heheheh..

batch aku ni kire manusia yang agak jahat di sekolah masa tu, average yang banyak buat kes adalah form 3, dari kes fly, kes pukul , kes ponteng solat jumaat, semua dak2 form 3, jadi budaya diorang aku pun terpakse resap....

Tapi baru2 ni , setelah 5 tahun aku tak jumpa dia, wallahi, aku jumpa dia kat tempat paling mulia sekali, kat tempat banyaknya rahmat turun, tempat keampunan Allah sangat luas, iaitu di madrasah sinaran batu, kempas @ markaz tabligh johor, tengok dia berkurta, pakai kain ridha, berkopiah, Allah..T-T...sayu gila time tu...aku macam tak caya...sesetan sedajal dia pun [ bagi aku la ]...manusia cam tu pun Allah bagi hidayat untuk berubah..sekarang dia jadi pembantu agama Allah kat kolej dia...wallahi wallahi wallahi...Allah sahaja yang muliakan seseorang boleh hinakan seseorang, sem0ga Allah pilih aku jugak satu hari nanti...

Kisah kedua...

Mase aku keluar di sabah [rujuk post aku yang lepas], aku keluar dengan satu ustaz dari markas penanti, ustaz yang dah habis alim 8 tahun, ustaz ni memang aku betul respect, dia ni mudah sangat menangis, bila baca quran, lepas baca dia nangis, dengar bayan sikit terus menangis, Allah, aku jeles betul dengan dia ni, senang menangis untuk agama Allah..

ustaz ni sebijik dengan satu ustaz dari utm yang keluar dengan aku, dia ni pun nangis boleh tahan, nangis depan mimbar time tahajud, Allah, aku yang dengar pun ikut menangis....besar betul fikir ummat mereka ni...

aku rasa masa kat sabah tu la aku banyak belajar dari ustaz ni, aku rasa beruntung dapat khidmat ulama' ni, sangat tawaduk dan sangat jaga amal, aku panggil dia maulana mujahid, nama dia memang mujahid pun...Allah..:)

Mase aku kuar first time dulu ya Allah senangnye nangis untuk agama, bila duduk masjid lame sikit, fikir dosa2 lepas, senang2 je nangis, fikir ummat, senang nye nangis, tapi sekarang mungkin Allah uji sedikit, nak nangis pun jarang, hati dah gelap kot...moga Allah bagi kenikmatan nangis untuk umat...:)..

dan aku tak tahu betul ke tak, sebab aku belum kawin lagi, ramai karkun kata wanita bila dapat usaha tabligh ni lagi senang untuk menangis, sebab hati diorang ni lembut sangat, wallahualam aku pun tak tahu..tapi mungkin betul jugak kot...kot laaa....korang tau r diri sendiri bagi yang pompuan..bila mereka dapat fikir ummat, lagi senang mereka menangis..

semoga Allah bagi korang semua faham tentang usaha ni, dan aku tahu ramai nak ikut usaha ni, tapi ramai malu nak join sebab terkesan dengan apa yang orang lain kata..[berdasarkan pengalaman aku buat usaha di utm]..kadang mereka malu, rasa rendah diri, dan rasa tak sempurna...tak pe lah..aku tak leh nak paksa...hidayat milik Allah..

Dan sebenarnya tak de sebab aku nak tinggalkan usaha ni, walaupun aku pernah kena sound dengan ustaz aku sebab join usaha ni...aku tak de sebab nak tinggal usaha ni, sebab Allah sendiri telah ubah ramai manusia depan mata aku melalui perantaraan usaha yang mulia ni...walaupun aku rasa tak layak buat usaha ni, dengan dosa dan akhlak aku yang sangat buruk...tapi moga Allah kekalkan dan terima aku yang baru nak belajar2 ni...

Moga Allah bagi faham pada korang semua...dan sebarkan cerita ni pada kawan2 korang yang baru nak kenal2 dengan usaha tabligh...

YAAllah , kami hanya mengajak mereka semua kembali kepada Mu dan sunnah nabiMu...maafkan kami ya Allah kerana akhlak kami, muamalat kami menyebabkan manusia jauh dariMu, kasihanilah kami, kami sangat jauh dari agama....pandulah diri kami, satukan kami di atas jalan kebenaran...

baca ni lak...

Sunday, 6 October 2013

penigkatan umur , peningkatan sifat istikhlas..

Maha Hebat Allah Taala, Maha mengetahui Allah taala, Maha Sempurna Allah Taala...

Aku melihat di sekeliling, manusia datang dan manusia pergi, manusia sakit dan beransur sihat, tapi ada juga manusia yang sakit dan terus menghadap Ilahi..Allah..T-T

Umur kian meningkat..adakah umur yang meningkat itu berkadaran dengan amal baik ? Adakah umur yang meningkat itu berkadaran dengan pendekatan diri pada Allah ? Adakah umur yang meningkat berkadaran dengan sifat ikhlas dalam diri ? ataupun...Umur yang meningkat itu berkadaran dengan sifat bangga diri, sifat riak, sifat takabur, sifat lebih baik dari orang, sifat sangka buruk dengan manusia, dan sifat suka mendengki...

Orang di sekeliling aku ramai yang sakit, yang dulunya hebat ke bendang, kini sudah terlantar sakit, yang dulunya hebat mengajar di sekolah agama, sekarang terlantar di katil usang, yang dulunya warne rambut hitan berkilat, kini rambut bertukar jadi putih keperangan, sambil menikmati udara petang yang nyaman, mungkin memikirkan kehidupan akhirat...

ibuku berkias dengan aku...

" biar kita tidak terkenal, tapi biar malaikat di langit kenal kita siapa, contohilah uwais al-qarni..

Mungkin agak mendalam maksudnya....

Kawan ku berpesan di  hari ulang tahun  ku..

" Dunia ini sementara sahaja..bila dah mati, baru nak menyesal...rujuk surah al-sajdah...ketika manusia sudah melihat dan mendengar tentang apa yang mereka nafikan ketika mereka hidup di atas dunia dahulu...sekarang[hari akhirat] baru mereka yakin dengan yakin yang sebenarnya...

Moga dengan pertambahan umur kita berkadaran dengan bertambahnya cinta pada Allah, cinta pada sunnah nabi, cinta pada sahabat nabi, cinta pada alim ulama', cinta pada ibu bapa, dan cinta pada orang2 yang baik...


#beruntunglah siapa yang makin menigkatannya umur , makin meningkatnya sifat istikhlas..