Sunday, 13 October 2013

Tabligh

Bila Maulana zakwan cerita tentang tabligh di facebook...sebenarnya aku pun tergerak hati nak cerita pasal tabligh..walaupun aku ni belum lagi buat tabligh lagi secara sempurna..tapi aku harap pada mereka yang masih memandang rendah atau memandang serong dari usaha ini, semoga Allah bagi faham dari tulisan aku yang sedikit ini...

Aku teringat lagi seorang membe aku, mase tu kami same form 3, yang dulu sama sekolah dengan aku, dia ni gila punya terejal sikit, tak tahu syaiton mane yang sesat dalam badan dia ni...dia ni kuat fly, kuat merokok, time ramadhan kadang tak puasa, solat selalu tinggal, senang cerita banyak buat maksiat pada Allah...

dia banyak buat kes kat sekolah, kemuncak dari kedajalan dia akhirnya dia dibuang asrama, tup2 tengok dia terus pindah dari sekolah, sejak dari haritu kami batch form 3 tak jumpa langsung, aku ingat lagi , dulu sebelum dia cha0w, ramai2 geng duduk kat tepi koridor tengok dia pindah, sedih tuuu...heheheh..

batch aku ni kire manusia yang agak jahat di sekolah masa tu, average yang banyak buat kes adalah form 3, dari kes fly, kes pukul , kes ponteng solat jumaat, semua dak2 form 3, jadi budaya diorang aku pun terpakse resap....

Tapi baru2 ni , setelah 5 tahun aku tak jumpa dia, wallahi, aku jumpa dia kat tempat paling mulia sekali, kat tempat banyaknya rahmat turun, tempat keampunan Allah sangat luas, iaitu di madrasah sinaran batu, kempas @ markaz tabligh johor, tengok dia berkurta, pakai kain ridha, berkopiah, Allah..T-T...sayu gila time tu...aku macam tak caya...sesetan sedajal dia pun [ bagi aku la ]...manusia cam tu pun Allah bagi hidayat untuk berubah..sekarang dia jadi pembantu agama Allah kat kolej dia...wallahi wallahi wallahi...Allah sahaja yang muliakan seseorang boleh hinakan seseorang, sem0ga Allah pilih aku jugak satu hari nanti...

Kisah kedua...

Mase aku keluar di sabah [rujuk post aku yang lepas], aku keluar dengan satu ustaz dari markas penanti, ustaz yang dah habis alim 8 tahun, ustaz ni memang aku betul respect, dia ni mudah sangat menangis, bila baca quran, lepas baca dia nangis, dengar bayan sikit terus menangis, Allah, aku jeles betul dengan dia ni, senang menangis untuk agama Allah..

ustaz ni sebijik dengan satu ustaz dari utm yang keluar dengan aku, dia ni pun nangis boleh tahan, nangis depan mimbar time tahajud, Allah, aku yang dengar pun ikut menangis....besar betul fikir ummat mereka ni...

aku rasa masa kat sabah tu la aku banyak belajar dari ustaz ni, aku rasa beruntung dapat khidmat ulama' ni, sangat tawaduk dan sangat jaga amal, aku panggil dia maulana mujahid, nama dia memang mujahid pun...Allah..:)

Mase aku kuar first time dulu ya Allah senangnye nangis untuk agama, bila duduk masjid lame sikit, fikir dosa2 lepas, senang2 je nangis, fikir ummat, senang nye nangis, tapi sekarang mungkin Allah uji sedikit, nak nangis pun jarang, hati dah gelap kot...moga Allah bagi kenikmatan nangis untuk umat...:)..

dan aku tak tahu betul ke tak, sebab aku belum kawin lagi, ramai karkun kata wanita bila dapat usaha tabligh ni lagi senang untuk menangis, sebab hati diorang ni lembut sangat, wallahualam aku pun tak tahu..tapi mungkin betul jugak kot...kot laaa....korang tau r diri sendiri bagi yang pompuan..bila mereka dapat fikir ummat, lagi senang mereka menangis..

semoga Allah bagi korang semua faham tentang usaha ni, dan aku tahu ramai nak ikut usaha ni, tapi ramai malu nak join sebab terkesan dengan apa yang orang lain kata..[berdasarkan pengalaman aku buat usaha di utm]..kadang mereka malu, rasa rendah diri, dan rasa tak sempurna...tak pe lah..aku tak leh nak paksa...hidayat milik Allah..

Dan sebenarnya tak de sebab aku nak tinggalkan usaha ni, walaupun aku pernah kena sound dengan ustaz aku sebab join usaha ni...aku tak de sebab nak tinggal usaha ni, sebab Allah sendiri telah ubah ramai manusia depan mata aku melalui perantaraan usaha yang mulia ni...walaupun aku rasa tak layak buat usaha ni, dengan dosa dan akhlak aku yang sangat buruk...tapi moga Allah kekalkan dan terima aku yang baru nak belajar2 ni...

Moga Allah bagi faham pada korang semua...dan sebarkan cerita ni pada kawan2 korang yang baru nak kenal2 dengan usaha tabligh...

YAAllah , kami hanya mengajak mereka semua kembali kepada Mu dan sunnah nabiMu...maafkan kami ya Allah kerana akhlak kami, muamalat kami menyebabkan manusia jauh dariMu, kasihanilah kami, kami sangat jauh dari agama....pandulah diri kami, satukan kami di atas jalan kebenaran...

baca ni lak...

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha