Sunday, 13 October 2013

Tabligh

Bila Maulana zakwan cerita tentang tabligh di facebook...sebenarnya aku pun tergerak hati nak cerita pasal tabligh..walaupun aku ni belum lagi buat tabligh lagi secara sempurna..tapi aku harap pada mereka yang masih memandang rendah atau memandang serong dari usaha ini, semoga Allah bagi faham dari tulisan aku yang sedikit ini...

Aku teringat lagi seorang membe aku, mase tu kami same form 3, yang dulu sama sekolah dengan aku, dia ni gila punya terejal sikit, tak tahu syaiton mane yang sesat dalam badan dia ni...dia ni kuat fly, kuat merokok, time ramadhan kadang tak puasa, solat selalu tinggal, senang cerita banyak buat maksiat pada Allah...

dia banyak buat kes kat sekolah, kemuncak dari kedajalan dia akhirnya dia dibuang asrama, tup2 tengok dia terus pindah dari sekolah, sejak dari haritu kami batch form 3 tak jumpa langsung, aku ingat lagi , dulu sebelum dia cha0w, ramai2 geng duduk kat tepi koridor tengok dia pindah, sedih tuuu...heheheh..

batch aku ni kire manusia yang agak jahat di sekolah masa tu, average yang banyak buat kes adalah form 3, dari kes fly, kes pukul , kes ponteng solat jumaat, semua dak2 form 3, jadi budaya diorang aku pun terpakse resap....

Tapi baru2 ni , setelah 5 tahun aku tak jumpa dia, wallahi, aku jumpa dia kat tempat paling mulia sekali, kat tempat banyaknya rahmat turun, tempat keampunan Allah sangat luas, iaitu di madrasah sinaran batu, kempas @ markaz tabligh johor, tengok dia berkurta, pakai kain ridha, berkopiah, Allah..T-T...sayu gila time tu...aku macam tak caya...sesetan sedajal dia pun [ bagi aku la ]...manusia cam tu pun Allah bagi hidayat untuk berubah..sekarang dia jadi pembantu agama Allah kat kolej dia...wallahi wallahi wallahi...Allah sahaja yang muliakan seseorang boleh hinakan seseorang, sem0ga Allah pilih aku jugak satu hari nanti...

Kisah kedua...

Mase aku keluar di sabah [rujuk post aku yang lepas], aku keluar dengan satu ustaz dari markas penanti, ustaz yang dah habis alim 8 tahun, ustaz ni memang aku betul respect, dia ni mudah sangat menangis, bila baca quran, lepas baca dia nangis, dengar bayan sikit terus menangis, Allah, aku jeles betul dengan dia ni, senang menangis untuk agama Allah..

ustaz ni sebijik dengan satu ustaz dari utm yang keluar dengan aku, dia ni pun nangis boleh tahan, nangis depan mimbar time tahajud, Allah, aku yang dengar pun ikut menangis....besar betul fikir ummat mereka ni...

aku rasa masa kat sabah tu la aku banyak belajar dari ustaz ni, aku rasa beruntung dapat khidmat ulama' ni, sangat tawaduk dan sangat jaga amal, aku panggil dia maulana mujahid, nama dia memang mujahid pun...Allah..:)

Mase aku kuar first time dulu ya Allah senangnye nangis untuk agama, bila duduk masjid lame sikit, fikir dosa2 lepas, senang2 je nangis, fikir ummat, senang nye nangis, tapi sekarang mungkin Allah uji sedikit, nak nangis pun jarang, hati dah gelap kot...moga Allah bagi kenikmatan nangis untuk umat...:)..

dan aku tak tahu betul ke tak, sebab aku belum kawin lagi, ramai karkun kata wanita bila dapat usaha tabligh ni lagi senang untuk menangis, sebab hati diorang ni lembut sangat, wallahualam aku pun tak tahu..tapi mungkin betul jugak kot...kot laaa....korang tau r diri sendiri bagi yang pompuan..bila mereka dapat fikir ummat, lagi senang mereka menangis..

semoga Allah bagi korang semua faham tentang usaha ni, dan aku tahu ramai nak ikut usaha ni, tapi ramai malu nak join sebab terkesan dengan apa yang orang lain kata..[berdasarkan pengalaman aku buat usaha di utm]..kadang mereka malu, rasa rendah diri, dan rasa tak sempurna...tak pe lah..aku tak leh nak paksa...hidayat milik Allah..

Dan sebenarnya tak de sebab aku nak tinggalkan usaha ni, walaupun aku pernah kena sound dengan ustaz aku sebab join usaha ni...aku tak de sebab nak tinggal usaha ni, sebab Allah sendiri telah ubah ramai manusia depan mata aku melalui perantaraan usaha yang mulia ni...walaupun aku rasa tak layak buat usaha ni, dengan dosa dan akhlak aku yang sangat buruk...tapi moga Allah kekalkan dan terima aku yang baru nak belajar2 ni...

Moga Allah bagi faham pada korang semua...dan sebarkan cerita ni pada kawan2 korang yang baru nak kenal2 dengan usaha tabligh...

YAAllah , kami hanya mengajak mereka semua kembali kepada Mu dan sunnah nabiMu...maafkan kami ya Allah kerana akhlak kami, muamalat kami menyebabkan manusia jauh dariMu, kasihanilah kami, kami sangat jauh dari agama....pandulah diri kami, satukan kami di atas jalan kebenaran...

baca ni lak...

Sunday, 6 October 2013

penigkatan umur , peningkatan sifat istikhlas..

Maha Hebat Allah Taala, Maha mengetahui Allah taala, Maha Sempurna Allah Taala...

Aku melihat di sekeliling, manusia datang dan manusia pergi, manusia sakit dan beransur sihat, tapi ada juga manusia yang sakit dan terus menghadap Ilahi..Allah..T-T

Umur kian meningkat..adakah umur yang meningkat itu berkadaran dengan amal baik ? Adakah umur yang meningkat itu berkadaran dengan pendekatan diri pada Allah ? Adakah umur yang meningkat berkadaran dengan sifat ikhlas dalam diri ? ataupun...Umur yang meningkat itu berkadaran dengan sifat bangga diri, sifat riak, sifat takabur, sifat lebih baik dari orang, sifat sangka buruk dengan manusia, dan sifat suka mendengki...

Orang di sekeliling aku ramai yang sakit, yang dulunya hebat ke bendang, kini sudah terlantar sakit, yang dulunya hebat mengajar di sekolah agama, sekarang terlantar di katil usang, yang dulunya warne rambut hitan berkilat, kini rambut bertukar jadi putih keperangan, sambil menikmati udara petang yang nyaman, mungkin memikirkan kehidupan akhirat...

ibuku berkias dengan aku...

" biar kita tidak terkenal, tapi biar malaikat di langit kenal kita siapa, contohilah uwais al-qarni..

Mungkin agak mendalam maksudnya....

Kawan ku berpesan di  hari ulang tahun  ku..

" Dunia ini sementara sahaja..bila dah mati, baru nak menyesal...rujuk surah al-sajdah...ketika manusia sudah melihat dan mendengar tentang apa yang mereka nafikan ketika mereka hidup di atas dunia dahulu...sekarang[hari akhirat] baru mereka yakin dengan yakin yang sebenarnya...

Moga dengan pertambahan umur kita berkadaran dengan bertambahnya cinta pada Allah, cinta pada sunnah nabi, cinta pada sahabat nabi, cinta pada alim ulama', cinta pada ibu bapa, dan cinta pada orang2 yang baik...


#beruntunglah siapa yang makin menigkatannya umur , makin meningkatnya sifat istikhlas..

Saturday, 21 September 2013

Takut dan harap...


Kupanjatkan kesyukuran kepadaMu lagi dan lagi, Atas segala nikmat dan kurniaanMu, atas segala petunjuk, atas segala bantuanMu, tanpa bantuan Allah, tanpa kekuasaan Allah, aku tiada apa apa...

Alhamdulillah, kadang aku rasa suka duka, gembira sedih, dan kadang aku menangis..aku bersyukur kerana ditemukan dengan satu usaha yang telah banyak mengubah hidup manusia, satu usaha yang telah banyak mematangkan manusia, yang telah banyak mengislahkan manusia...

Satu usaha yang telah kenalkan aku dengan kehidupan akhirat, kehebatan sahabat r.hum, usaha yang telah memutik cinta aku pada ayat al-quran, menaik semangat aku untuk menghafal al-quran, mempelajari agama, berdamping dengan ulama', ya, aku bersyukur kerana dengan usaha ini, aku dapat bertemu dengan ramai ulama2' seluruh dunia, aku bersyukur, sahabat aku ada di seluruh dunia, dan aku dapat bertemu dengan ramai para hafiz dan alim...ya Allah, seronok gila...:)

dan aku paling syukur...aku dapat bergerak ke seluruh dunia atas maksud agama Allah..










Tapi kadang aku sedih dan aku takut, takut atas sebab kelemahan diri aku ini, Manusia makin jauh dari agama, atas kelemahan aku ini, manusia memandang serong terhadap usaha ini, asbab kelemahan aku, manusia menjadi semakin jauh dari Allah...

Ya Allah lindungilah aku dari perkara-perkara ini...
Dan kadang aku takut, disebabkan aku, orang benci pada usaha ini...aku begitu berkeinginan menjadikan semua manusia terutamanya ahli keluarga ku, menjadi pembantu agama Allah, tapi apakah daya, aku tidak kuat...dan ingin sekali aku kembangkan usaha ini pada semua orang, tapi sayang, mungkin Allah ada aturannya...ya Allah, semua aku buat atas maksud agama, pilihlah mereka dan jadikanlah dalam kalangan zuriat mereka mereka yang akan membantu agamaMu dengan ikhlas...:'I

Syukur pada Allah, terima kasih pada pakcik2 tabligh tempat aku yang telah kenalkan aku dengan kehidupan akhirat, dengan sunnah nabi..moga Allah merahmati kalian semua....

Mood : takut dan harap...

Tuesday, 17 September 2013

Tragedi mesir...

Segala Puji Dan Puja hanya layak bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Dia yang telah mengaturkan segala-galanya, Segalanya hanya dalam perancangan, Semua nya telah tertulis...

Seperti segalanya telah terjawab, menceritakan tentang keadaan di mesir dan di negara-negara arab..teringat bayan dari seorang maulana dari negara arab...

" Orang arab harini telah hina diri mereka sendiri, ingat!!!! Allah muliakan orang arab dengan kerja dakwah, arab hebat dengan kerja dakwah!!!buktinya lihat zaman sahabat nabi r.hum...

Pasti bayan ini amat keras, sehinggalah penterjemah maulana dari indonesia menangis ter esak-esak sebelum menterjemah bayan ini.....

Tapi segalanya seperti telah terjawab, yakinlah bahawa apa yang berlaku di negara2 arab, semuanya ada kaitan dengan kemunculan dajjal, pelantikan imam mahdi, turunnya isa a.s...dan berdasarkan apa yang mereka yang aku percaya, masanya hampir tiba...

Aku pun tak sedia lagi, dengan amal tak jaga, quran tak jaga, zikir tak jaga, tapi aku harap Allah selamatkan aku dari fitnah dajjal, fitnah wanita, dan fitnah dunia....dan harap Allah tidak temukan aku dengan dajjal laknatullah...:(...

Seperti petunjuk dalam mimpi aku...manusia berbondong2 ke suatu tempat...sangat ramai dan sangat padat....ya Allah, ngeri sungguh.....

Segala konspirasi dajjal telah berjaya...dan menurut sebahagian ulama'... kuasa besar dajjal akan bertukar dari amerika syarikat ke negara israel....kuasa besar akan bertukar ke israel....itulah menurut sebahagian ulama'..ia bermula dari british pada zaman perang2, sekarang di amerika dan akhir sekali di israel...

Moga Allah kuatkan kaki kita semua...:)

Nota kepala : aku sedih dan hiba dengan sifat mereka yang suka menghalang manusia dari terus berubah, kalau ye pun tak suka mereka amalkan agama, jangan lah halang mereka untuk amal agama, kecelakaan yang besar bagi mereka yang halang orang lain ke arah kebaikan...

Kopi dari laman fb aku..
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

Moga Allah ampunkan aku dan mereka dan moga Allah betulkan salah paham mereka yang baru nak belajar2...

Moga Allah temukan mereka dengan manusia yang ikhlas berjuang meninggikan kalimah Lailahaillallah yang mulia ini..

Pilihlah mereka ya Allah , kerana hidayah dalam genggamanMu....

Saturday, 7 September 2013

Fate of her and him

Travelog yang bernama hamba..


Masa terus berlalu, pejam celik, umur makin ke penghujung, yang dulunya muda, sekarang sudah beruban, yang dulunya single, sekarang sudah kawin, tahniah pada abang aku yang nak kawin dengan budak yan,kedah, yang dulunya hidup kini telahpun berpindah ke alam yang kekal abadi...

Dulunya masjid ramai orang, sekarang tinggal beberapa saf, dulunya masjid yang ramai budak2 madrasah, sekarang tinggal hanya orang awam, dulunya masjid yang penuh dengan student universiti, sekarang tinggal hanya orang biasa, kenangan terus dicipta, supaya dapat belajar mengenal erti hidup ini, dan lebih utama, dapat mengenal betapa hebatNya Allah dalam merancang...

The last time i saw, she ran down the stairs, like running man show, wearing a blue 'baju kurung', i thought she was late, at that time is almost 9 0'clock if not mistaken, like a pure-batista in a single show of a hybrid cast...

A very nice view from level 4 of block A4 [resident of highly living student of puncak Alam ] , saw many people playing futsal, laughing each others, during adzan, students were like rushing to dewan angsana, but this is not the pure intention of the story..





I always found her wearing a typical peach yellowish baju kurung, or sometimes green 'jubah' and black 'tudung labuh' or sometimes grey jubah with peach 'tudung labuh' carrying a lab coat..sometimes, during dzuhur prayer hour, she will put her bag first in the  lecture hall, then perform solah....i know her well from her friends and her previous friends [ the same ? ]...there;s many things more

But knowing her without meet her, deeply believe in our little heart, Allah teaches many things, He knows everything  even a tiny intentions in our little heart, even a single creation make intention from a very very deep ocean to ask help from Allah, to seek pleasure of Allah, He knows everything...

Old friend, called him "karkun" friends , once introduced me to his friends as a future son-in-law, for an ordinary people, like heaven with that marchevelleous situation, for me, in Fact Allah has make everything clear, but base in pure history, it never tell the truth, conversation always lies, but what Allah has put in, it will extremely indeed happens...

likewise, i always saw him wearing a baju converse with blue jeans, a very interesting man, walking like a superstar, speaks like a prime minister, singing like a jazz star, study like a crazy person..

likewise, i always saw him in in front of DK 7, or i could said that the first time i saw him, was in front of DK 7, like the previous one, carrying a white lab coat, singing happily, when we chat each others, like seeing a nur came out from his faces, nice to meet with you...jinggling mingling each other...yelling whispering each others..sometimes exchange stories...

But in all, it''s all like memories for, now we're in differ course and Universities, i'm in south, both of you in overseas...all i knew, this is what we called dunya, a full of deception, once nabi s.a.w said in muntakhab hadits, the first time Allah created this dunya, Allah cursed it....

No value in the eyes of Allah...so, we just have keep living...and keep follow the commands of Allah and sunnah...This is what we called Fate...for the believers...all that happend, just smile, have a good thought...

" Wahai jiwa jiwa yang tenang , kembali lah pada tuhanMu dengan penuh keredhaan Allah...

Even we never meet, but Allah has make everything clear, those who believe, and keep smiling to the believers...:)...

~Jangan engkau tertipu daya, oleh dunia yang fana' sebagai tempat ujian....have a good sem for all local  students~..make good deeds and make good histories..

#this is like a fake story from a true slave..

Wednesday, 4 September 2013

Wahai laknat Allah...

last night, I met with this cute little girl ..i kissed her on the cheek..after i took her pic...she smiled sweetly ..
Diriwayat daripada aku bahawa aku telah mendengar dari seorang sahabatku pernah berkata, bahawa beliau telah mendengar sendiri daripara Ustaz Rahim[ Menetap di Klang ] bahawa Ustaz rahim pernah berkata..

" Bahawa Allah s.w.t sangat tidak suka apabila manusia bercakap tentang hal-hal keduniaan di dalam masjid, maka apabila satu hamba Allah bercakap mengenai perkara dunia maka Allah akan hantar satu malaikat untuk menegur kepada si hamba itu...

Pertama kali bila malaikat itu hampir pada hamba itu maka malaikat berkata...

   Wahai hamba Allah, diamlah kau...

Maka hamba itu terus lagi bercakap hal dunia, maka malaikat itu akan kembali pada hamba itu dan berkata lagi..

   Wahai Hamba Allah, diamlah kau
Maka hamba itu terus lagi bercakap hal dunia, maka malaikat itu akan kembali pada hamba itu dan berkata lagi..

   Wahai Hamba Allah, diamlah kau

Maka hamba itu terus lagi bercakap hal dunia, maka malaikat itu akan kembali pada hamba itu buat kali ke empat dan berkata

   Wahai Laknat Allah, diamlah kau...

Bahawa aku tidak berkata dusta dan aku sendiri telah mendengar dari sahabat ku itu...

ini nak menunjukkan bahawa Allah sangat tidak suka akan perkara itu...

Moga aku sendiri dapat amalkan dan moga kita semua dapat sampaikan pada semua...



Sunday, 1 September 2013

Kiamat itu tersangatlah hampir..

Baru ni jugak kami ziarah seorang ulama' Dr Ariff Solleh, sebelum balik, beliau sempat berpesan...

" Mengikut sebahagian ulama' hampir 100% tanda kiamat kecil telah pun berlaku, sekarang ini sedang pertukaran untuk kiamat besar, bermula dengan kemunculan imam mahdi, dan apa yang berlaku di negara2 arab, memang bertepatan dengan hadis baginda nabi s.a.w, tetapi disebabkan dunia ini kita nampak 'cantik' sangat, sampai kita leka tentang perkara ini...."

post dari maulana helmi



Maulana Helmi
Kiamat sudah hampir:
Berdasarkan pada kesimpulan dari hadis2 akhir zaman.
5Unlike ·  · 
  • You and 54 others like this.
  • Nor Azlina Mohd Amin boleh ustaz huraikan lebih jelas. tk
  • Mohd Zain Junoh Kiamat???
  • Ady Mohamad mohon pencerahan ya sheikh..
  • Syed Hasrul Hanif Boleh ustaz hurai masjid baru jerantut selasa nie...
    9 hours ago via mobile · Like
  • Maulana Helmi Bila syiria yang merupakan benteng terakhir umat ini telah berperang, dan tanah hijaz akan jadi negeri tanpa pemerintah iaitu bila raja Saudi sekarang meninggal dunia, maka pihak yang menang di syiria akan menghantar pasukannya utk menyerang Kaabah, tapi ditenggelamkan oleh Allah bila
    Mereka tiba di baida'. Melihat keadaan yang genting lalu orang ramai mulai tertanya2 siapakah lagi yg akan dapat membela umat Isl melainkan Al Mahdi Al Muntazar. Imam Mahdi muncul di waktu malam. Selepas subuh org ramai berbaiah pada tangan beliau seramai 80 k. 1/3 lari dari Medan perang yang mana taubat mereka takkan diterima hingga kiamat.1/3 yg lain gugur syahid. 1/3 lagi meneruskan perjuangan menawan syiria, seterusnya menyembelih puak Yahudi sekaligus memerdekakan Palestin. Kemudian berperang menawan dunia dengan dakwah dan jihad. Akhirnya Al Mahdi menawan dunia bahkan memerintah dunia selama 7 tahun tanpa sebarang kezaliman bahkan penuh keadilan. Setelah dia meninggal maka berlakunya kiamat adalah bila2 masa saja. Wallahu a'lam.....
    9 hours ago via mobile · Unlike · 21
  • Ady Mohamad Perang 'Akhir Zaman' semakin hampir...

    Rasulullah SAW bersabda; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang 
    mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi.

    Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.

    Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)
  • Othman Janal Amat teringin moga ALLAH izinkan dapat mendengar suara dari Maulana memberi Ilmu dimasjik kita

Seperti ada sesuatu yang maulana dan ulama' cuba sampaikan, tapi kenapa aku tak dapat tangkap lagi, ya Allah , berilah aku kebaikan dalam kefahaman agama...

Mase aq kuar 40 hari pun ustaz dari penanti cite perkara yang sama,

Ya Allah, tingginya kefahaman mereka, kerana tingginya pengorbanan mereka, hafiz quran + alim 8 tahun...khidmat markaz/madrasah bertahun tahun, keluar tabligh 1 tahun...jadi pasti Allah beri kefahaman pada maulana ini berbeza dengan fahamnya mereka yang tak korban untuk agama...

Ya Rabbul jalil, penuhi hati kami dengan Kalam SuciMu...

~ Waktu terus berjalan, jangan menipu diri sendiri...:) ~

Budak hafiz quran...sekarang alim tahun 3...aku bersyukur dapat berkawan dengan bakal2 ulama', kat taman aku je ade lebih kurang 15 bakal ulama' + hafiz quran....semoga keberkata mereka singgah pada diri aku..sebenarnya mereka yang terus bagi semangat kat aku untuk belajar agama..:)...