Sunday, 18 August 2013

walimah 2 rakan seusaha...

walimah matrock@abuzar...minggu depan kat melaka...

Aku ingat lagi 2 tahun dulu masa first time keluar 40 hari kat melaka, bersama aku sorang dak asasi puncak alam, rasanya seingat aku pakai kurta biru cair, pakai jubah putih, anak muda berumur 20 ketika itu, berseban macam biasa, ala budak2 hafiz quran, ceria orangya, garau sedikit suaranya, nampak sifat kelakiannya, naik moto...

baru ni, dia berjalan dengan jubah merah, serban ala2 budak hafiz quran, menegur aku di sri petaling, syukur dikurniakan sahabat yang hebat dalam dakwah mahupun pelajaran, rakan seusahaku..setelah 2 tahun berpisah, Allah temukan aku dengan dia di tempat muli
a, di rumah Allah, di masjid bandar baru sri petaling...tengok2 dia bagi surat jemputan kawin, pehh, style...walimah belah pompuan semalam [sabtu], sebelah laki minggu depan kat melaka, wallahualam boleh tak datang ke x...tapi rasa nak datang...:)

Walimah ustaz khan dai'e...aku tak pi gak..
Katakanlah: Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS Yusuf : 108)

Aku kopi kata2 ustaz ebit lew...ni sorang lagi insan yang aku nak jumpa..ustaz ebit lew...bila la nak jumpa dia ni ..

Baru ini saya iktikaf bersama kawan-kawan jumaat, sabtu, ahad.Paling menakjubkan seorang anak muda dalam pukul 3.30 pagi sedang solat tahajud. Bila saya tengok dekat anak muda yang akan bernikah paginya.

Anak muda ini umur 21 tahun. Belajar kejuruteraan di France. Dia sangat kuat buat dakwah. Spm straight A.. Dia ceritakan usaha dakwah di perancis sangat kuat.

Malam pertama selepas nikah dan kenduri hari itu dia iktikaf lagi bersama kami malam tu. 

Subhanallah 6 orang sahabat lelaki saya kahwin dalan syawal ini. Semuanya muda-muda lagi dan paling muda umur 21 lelaki. Semoga Allah berkati mereka dengan kebahagiaan dan jadikan asbab hidayah untuk umat seluruh alam sampai kiamat seperti perkahwinan Nabi saw dalam syawal ini.

Wahai suami, pesanlah pada isteri di malam pertama.

Terima kasih Allah beri isteri yang cantik dan baik seperti awak.

Allah sangat menyayangi kita. Dialah tuhan kita yang telah beri segalanya. Dialah tujuan hidup kita. Saya nak bersama awak dalam dunia, dan dalam syurga buat selamanya.

Marilah kita hidupkan perintah Allah dan sunnah Nabi dalam keluarga kita. Kita dahulukan perintah Allah dan Nabi saw lebih dari keperluan lain walaupun nyawa kita.

Dakwah kerja utama saya dan awak. Maksud kita kahwin untuk semakin dekat dengan Allah dan bersama dalam kerja dakwah.

Kita niat dapat anak ramai-ramai dan pesan pada mereka. Kamu hanya akan berjaya jika ikut Nabi saw. Kamu dihantar untuk hidupkan islam di seluruh dunia. Kita akan bersama dalam syurga selamanya jika kita jalankan dakwah seperti Nabi saw dan sahabah jalankan dakwah.

Bila kita tinggal kerja dakwah, kita akan dihina, kita tidak faham Al-Quran, kita telah menzalimi semua orang termasuk orang bukan Islam sebelum mereka menzalimi kita.

Saya sayang awak kerana Allah dan sampai syurga. Terima kasih Allah beri saya isteri sebaik dan secantik, penuh kebaikan. Pasti besar tujuan Allah temukan kita. Jika saya mati ketika berjuang teruskan perjuangan ini bersama anak-anak supaya kita bersama dalam syurga hendaknya.

Semuanya telah tertulis dalam ketentuan Allah sebelum kita lahir-ebit lew
Unlike ·  ·  · 13 minutes ago via Mobile · 

No comments:

Post a Comment

aku hargai sape yang komen...haha