Wednesday, 19 June 2013

Aku, dia, mereka, kami dan 'dia' dan mereka balik..dan cerita aku

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareem..

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan..Maha hebat Allah Taala yang hanya Dia yang boleh menukarkan siang pada malam dan malam pada siang...Maha suci Allah dari sifat kelemahan makhlukNya..dan Maha segalaNya hanya milik Allah....Dia Allah Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana...

Pagi yang menggembirakan apabila dapat makan setalam dengan maulana dari alor setar...dan lagi mengembirakan dapat doa khas dari maulana...moga dengan doa maulana walaupun nampak bersahaja itu Allah terima...

Moga Allah terus memberi hidayah untuk amalkan agama dan amalkan sunnah dalam hidup..dan moga Allah teruskan sibukkan kita dalam perkara yang hak..

Amin....

Mintakklah pada Allah..sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat...

[ Yang atas ni cerite semalam ]

[ bawah ni cerita hari ni]

Sejak sehari dua ni, hatiku rasa seperti disinari disuluh dengan cahaya keimanan, [ acececec ] , ahaks~...jemaah 4 bulan dari india mai masjid aku, dalam jemaah tu ade seorang maulana dari alor setar...subhanAllah banyak belajar dari dia, dan yang paling gembira sebab dia doakan aku, gembira tak terkata apabila seseorang yang banyak berkorban untuk agama Allah, sanggup menghabiskan pengajian alim yang ramai aku tanya sek2 hafiz quran  memang mujahadah nak habiskan alim...tapi...gitulah, seorang pewaris nabi mendoakan hamba yang hina ni, dengan dapat makan setalam dan dapat bergaul dengan maulana, pehh...heaven gile...:)...lagi2 baru habis final exam, dapat lepak lama sikit dengan jemaah india bersama maulana...:)


Cerita luar tajuk sikit [ cerita mereka ]

Sahabat2, 

ulama' ini adalah pewaris nabi s.a.w, dan aku sangat mencintai mereka, tapi aku tak mengagungkan mereka ,aku cinta mereka sebab ilmu agama mereka tinggi, jujur aku cakap, aku lagi respect ustaz2 yang mengajar kat sekolah agama, yang mengaji bertahun2 kat pondok, yang sanggup tinggalkan bidang dunia, semata-mata nak cari ilmu agama , seterusnya berkhidmat pada Ummat, aku lagi respect mereka dari mereka yang tujuan hidup mereka hanya untuk dunia sahaja..

Cerita masuk tajuk utama balik [ cerita kami ]


petang tadi [ petang 19/6 ]  dapat lepak2 dengan maulana lagi, banyak ilmu2 yang dia kongsikan dengan kami [ masa tu aku dengan karkun2 utm ], dia cerita tentang maksud ayat2 al-quran, membentangkan tafsir2 quran, waahh..indah gile, tapi bila cerita tentang nikmat2 Allah dalam ayat Al-quran, sedih + menangis + Meraung ...kami memang kalah dengan cerita kebesaran Allah, akhirat, nikmat Allah, memang kompem menangis....

Dan banyak lagi, moga Allah hidupkan hati yang mati ini dengan nur2 alquran dan hadis nabi s.a.w...

Cerita luar tajuk bahagian 2 [cerita aku ]


Membe aku ajak pi ngaji kat hadramawt, yaman, dia ada link dengan orang sane, sebab dia ade sedare yang ngaji sane dulu....aq terpinga-pinga, tersipu malu, terlajak buntu...bia Allah yang menentukanNya, banyak benda aku nak pikir lepas degree ni, tapi lagi baik aku pikir mati daaa~~...

Cerita luar tajuk bahagian 3 [cerita dia ]


Lepak dengan membe kat hutan bandar lepas exam, sambil2 jogging membina sixpad. sambil2 lihat kebesaran Allah..dan bawah nilah hasilnya


Hidayat seluruh Alam

Ok adik...ni pokok tebu...

Ok...ini O.R.K.I.D..

Ni pokok mengkuas
Ni betik...



sila percaya dengan nama2 pokok tu

Cerita masuk tajuk bahagian 2 [cerita mereka balik ]

Begitulah mulianya seorang ulama' pewaris nabi s.a.w, cukuplah dengan agama, kamu akan berjaya dunia akhirat..Moga Allah pilih kita dan seluruh umat untuk terus bangkit dalam kerja agama...

Kita merancang , dan Allah itu lebih mengetahui segala-galaNya..sebenarnya nila dunia kita hargai sangat kan ? kita begitu hargai nilai degree, nilai master, nilai phD , nilai doktor, nilai IR, nilai Tun, nilai Tan Sri...sebab apa ?
sebab kita dah banyak buat pengorbanan untuk perkara2 ini...jadi apa salahnya kita, banyakkan korban untuk agama Allah, belajar agama , belajar alim, supaya timbul rasa sayang dan cinta dan hargai pada agama...jangan nak salahkan orang lain kenapa mereka tak nak belajar agama, tapi tanye diri sendiri, kenapa saya tak nak belajar agama ?

" Lepak sheikh, dunia akhirat kene seimbang ?"

" ala, dah ramai ustaz kat luar sane ? "

" Emmmm, kita nanti2 lah "

Betul ke kita seimbangkan dunia akhirat ? ce muhasabah diri ?

Betul ke ramai ustaz atau 'ustaz' atau 'baru nak start jadi ustaz atau 'mufti ' ' kat lua sana?

baru ni kawan aku da nk kene tipu dengan salah seorang ' ustaz ' yang sesat...pi kuliah dia, tapi tengok solat, isya' duk tahyat awal xde tapi sujud terakhir 3 kali, then sujud ke empat sujud sahwi, then bagi salam...???,,pelik kan...jadi...ramai ke ustaz ? belum cite geng wahabi , syiah , langkasuka , geng ******b*...dan banyak sangat...


Jadi, sekurang-kurangnya tak mampu nak belajar agama, jadikan dalam salah seorang family kita itu dalam kalangan ahli agama...

"Sedangkan para ulama itu diriwayatkan hanya satu tapak sahaja bezanya dgn para nabi di hari akhirat nanti,para ulama itu dakwat yg ada dlm pen mereka tu lebih bernilai dan berat dlm timbangn drpd darah2 para syuhada..kalau drh org mati syahid pun x setanding dgn dakwat dlm pen ulama,darah org lain bernilai apa?para ulama nbi mandatkan sbg pewaris nabi,tidak sopan kpd ulama sma spti tidak sopan kpd nabi...matinya sorg ulama lbih berat drpd matinya ratus2 org biasa...org yg duduk dlm majlis ulama dan pelajari satu bab shja drpd ulma Allah berikan pahala kpdnya sbnyk 1000 pahala solat sunat....byk lagi lah yg nabi sbut ttg ulama berbanding yg bukan ulama yg kini org anggap ulama sbg "sampah" dan "jumud" dan "cuma suka menghukum" dll....Allah pasti celakakan mereka dan sluruh keturunan mereka,Allah akan haramkan keturunan2 mereka menjadi ulama kerana mereka menghina dan tidak sopan pd ulama...

Golongan agama akan terus jadi ghuraba(asing) dan nabi khabarkan berbahagia lah golongan ghuraba...." [ aq copy dari ustaz ibnu batoota ohhsemmmm..:)..

Jadi, sapa yang banyak korban untuk sesuatu perkara, dia akan banyak faham tentang perkara itu dan akan sayang akan perkara itu, jadi, betulkan korban anda2 semua la ea...

Kawan. kita merancang, kita hanya mampu niat dan azam, bukan duit yang bawa kita ke sana, tapi Allah yang hantar kita ke sana...usaha kene kuat, tapi yakin mau betul dengan Allah...

Dan ingat satu perkara ni, kene selalu ingatkan diri sendiri...

Ingat dunia ini sementara, akhirat selamanya, ramai yang selalu dengar ayat ni tapi  tak bergetar dalam hati [ sama je dengan orang yang menulis ni ], sebab kita kurang muzakarah perkara ini, 

[ maksud aku bukan muzakarah dalam blog, tapi muzakarah dengan membe2 kita, kawan2 kita, family kita ]...sedangkan bila kita cakap perkara ni lagi dan lagi, perkara iman dan amal...maka perkara ini lah akan mengubah diri kita...sikit demi..sedikit...

Kepada kawan2 yang selalu mengomel [ ok kan ayat ni ] dengan aku, nasihat aku teruskan usahamu untuk belajar agama dan untuk lebih dekat dengan Allah, ingat, nak ilmu agama memang boleh di FB, Google, Blog, tapi nak hakikat ilmu pi la mengadap ulama'm berkorban untuk agama, maka manisnya ada...dan buat suatu perkara kerana Allah, Tinggalkan manusia kerana Allah, dan ambil manusia juga kerana Allah...

ahaks~

Cerita 'dia'

.....Aku dah takde idea...ahaks~



Ya Allah, pilihlah kami untuk bantu agamaMu, syahidkan kami dalam usaha agamaMu, dan beri kekuatan pada kami untuk amal segala perintah Allah dan sunnah nabi dalam hidup, moga kami menjadi penyebab pada kebaikan, masukkan dalam diri kami fikir risau baginda nabi s.a.w, dan lahirkan daripada zuriat keturunan kami mereka yang akan menjadi hafiz, hafizah alim alimah, daie , dan golongan  yang akan menjadi penolong kuat pada agamaMu, dan beri lah hidayat pada orang rakan bukan islam untuk datang pada islam kerana dengan perantaraan kalimah LAILAHAILLALLAH sahaja manusia akan masuk dalam syurgaMU, Ya Rab, islahkan diri kami, islahkan percakapan kami, islahkan amalan kami, islahkan muamalat kami,
muasyarah kami, islahkan akhlak kami, dan islahkan pergerakan kami, moga setiap pergerakan kami di atas muka bumi ini asbab hidayat ke seluruh alam, moga keputusan pelajaran kami menjadi asbab orang datang pada agama , mereka yang bukan islam akan masuk islam, mereka yang jauh dari agama akan dekat pada agama , mereka yang dekat pada agama akan terlibat dalam kerja agama , mereka yang buat kerja agama akan buat kerja dengan sungguh-sungguh, dan mereka yang bersungguh-sungguh akan ikhlas dalam setiap pekerjaannya. Sesungguhnya kami remaja-remaja sangat lemah , sering terpengaruh dengan suasana, maka KAU hidupkan suasana iman dalam kalangan kami, dalam dewan kuliah kami, dan di persekitaran kami..YA Allah, pandangkan kami semua remaja-remaja di dunia ni khasnya dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMU...Jangan Kau hinakan kami remaja-remaja, kuatkan kaki kami dijalanMu, lurusakan hati kami,kami pinta hidayah MU, dalam meneruskan sisa hidup ini, tak lama pun hidup kat dunia ini Ya Allah, 60 - 70 tahun, tapi kami sering terlalai dengan kehidupan yang sementara ini. Ya Allah, seperti mana Kau beri kebaikan pada orang2 yang terdahulu, maka berilah kebaikan pada kami..Ya Rab, kekalkan ulama' a.s.w.j , kekalkan ulama' yang betul2 berada di jalanMu, supaya kami tidak sesat dalam kehidupan yang sementara ini, supaya akidah kami betul , tiada gunanya Ya Allah jika kami belajar tinggi tinggi, dapat master, phD , degree, IR, businessman, tapi akidah kami salah, maka kami gagal dunia akhirat, tapi biarlah kami tiada kerja besar, pencapaian tak tinggi2 , tapi asalkan akidah kami betul, asalkan hidup kami KAU redhai, Ya Rabbul Jalil , betulkan salah paham kami, baginda nabi s.a.w sangat sayang pada kami, kami banyak mendengar sirah2 bahawa baginda nabi sangat risau tentang umatnya, malam nabi menangis hanya untuk umatnya, pagi baginda nabi s.a.w akan pergi berjumpa kaumnye, dakwah kepada kalimah yang hak, semata mata nak selamatkan umat nya..pernah kami mendengar bahawa nabi s.a.w ketika musim haji nabi pergi dari khemah ke khemah untuk buat dakwah, dan setiap kali baginda pergi ke khemah, nabi disepak keluar, maka berguling-guling badan nabi s.a.w yang mulia itu, tapi nabi tidak berputus asa, nabi teuskan dakwah...tapi hari ni kami buat kerja dakwah main2, gelak2, tapi KAU terimalah kami dalam kerja dakwa ini, jadikan fikir kami seperti fikir nabi s.a.w, jadi fikir2 wanita di luar sana seperti fikir sahabiah-sahabiah, macam mana mahu lahirkan anak-anak yang akan berkhidmat untuk agama Allah yang tercinta, tapi asbab kelemahan diri kami, kami telalu memikirkan dunia yang sementara, sehingga ada antara yang menghalang kami untuk belajar agama hanya kerana asbab keduniaan, ya Allah, kami mohon dengan penuh rendah diri, betulkan salah faham umat ini..memang benar apa yang ulama' beritahu, bila manusia tinggalkan kerja dakwah, maka salah paham dalam agama akan timbul...Ya Allah, hantarlah kami ke negara2 jauh atas maksud agama, syahidkan kami di negara jauh2 atas maksud agama, terimalah kami dalam kerja dakwah ini...dan ya Allah, bangkitkanlah kami dengan para nabi, para rasul , sahabat nabi, sahabiah nabi, tabi-tabien, dan bersama mereka yang buat kerja dakwah, walaupun kami berada di saf belakang sekali dalam golongan ini di hari kiamat nanti, kami terima asalkan kami berada dalam golongan mereka ini, golongan yang kau muliakan...amin...

Yakinlah kerja dakwah adalah kerja yang paling mulia untuk dibandingkan dengan kerja2 lain...walaupun apa pun bidang korang, jangan lupa dakwah itu yang utama, kita belajar kerana dakwah, kita bekerja kerana dakwah...kerana nak dakwah orang pada kebesaran Allah , kepada kehebatan Allah, kepada keluasan akhirat..kerja ini sangat mulia kerana kerja ini dilakukan oleh semua nabi dan semua rasul,  dan dulu Allah hanya benarkan golongan nabi dan rasul sahaja buat kerja dakwah ini, tapi Allah telah amkan kerja dakwah ini dan muliakan aku dan kita semua, kita hanya mulia dengan kerja dakwah...

Lihat sahabat2 nabi s.a.w yang buat kerja dengan sungguh2. maka Allah telah muliakan mereka...tak kat dunia, kat akhirat itu pasti, buatlah kerja dakwah dengan sungguh, bukan kerana harta, pangkat , bukan kerana hendak dipuji melambung tinggi, tapi buat lah dengan penuh rendah diri...biasa la turun naik dalam kerja dakwah, malas rajin...perkara biasa...tapi niat dalam hati aku akan buat dakwah walau apa pun...dan moga Allah bagi kekuatan pada aku terutamanya dalam kerja ini...kerja yang bagi aku kerja yang paling mulia berbanding kerja2 lain...kalau doktor selamatkan manusia dari penyakit [ hakikatnya Allah yang bagi sembuh ], engineer selamatkan manusia dari masalah2 [ hakikatnya Allah yang bagi idea ], tapi seorang daie ini menyelamatkan manusia dari azab api neraka Allah [hakikatnya Allah yang selamtkan]...

Moga Allah pilih kita semua dalam kerja dakwah...:)

Wallahualam...


Blog ni bakal berhabuk mungkin sampai lepas raya , walau aku tak tahu sapa yang sudi baca blog aku, tapi aku tau ada yang baca sebab pageviews aku selalu naik dari sehari ke sehari...ahaks~, jadi yang sudi baca tu, ambik manfaat dari apa yang aku tulis ni...

moga Allah sampaikan segala tulisan ku ini kepada mereka yang betul2 memerlukannya...:)..ni bukan dakwah sebenar aku, dakwah sebenar aku ialah jumpa manusia, ni cume perkongsian...

5 comments:

  1. Replies
    1. aq tau..kau memang pembaca setia aku paez...moga AllAH pilih kita semua...:)

      Delete
  2. blog ni byk wat air mate aku kuar..tp kali ni aku rase sebak, walopon aku bace santai2 je.xpe, biar dye berhabuk, tp habuk tulah yg jd sebab hidayah Allah..Allah3..terima kami semua dalam usaha ini ya Allah..
    ~diri ini berasa sangat hina.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo nk byk lagi kuar air mata..kene kuar 40 hari...baru berasap kepala pikir umat...erkk..boleh kn tasykil dlm blog...ahaks...papepon..jmpe di S.P sbtu ni...

      Delete
    2. haha bole2..okay2 insyaAllah jumpe kt S.P nnt..aku azam 40hari..nk nangis byk3

      Delete

aku hargai sape yang komen...haha