Tuesday, 30 April 2013

bayan subuh 28/4/2013

Jom dengar bayan subuh...kawan ana kabo bayan yang membuatkan ramai menangis...jom belajar2 menangis untuk agama Allah..

# Kalau malam ni Allah takdirkan kiamat , maka lebih kurang 5.5 billion akan masuk neraka Allah , kalau Allah takdirkan kiamat malam ni , maka berapa banyak orang islam yang tak amalkan islam akan merana di hari akhirat nanti , kalau malam ni Allah takdirkan kiamat , maka berapa ramai wanita akan diazab oleh Allah Taala kerana berjalan melata di atas muka bumi dengan tidak bertutup aurat degan tidak sempat bertaubat ...maka bagaimana keadaan mereka di akhirat ..T-T

link--->>>>> 
http://www.youtube.com/watch?v=2Jicm30W3q8&feature=youtu.be

Amaran keras pada wanita

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareemmm...
Semalam masa habis test , membe aku kabo , tengah jalan2 , tiba2 terdengar satu suara..

" Hai Awak , boleh kenal ? "


Ingat laki yang cakap gitu , rupenye pompuan yang cakap ayat tu kat laki..


?????!@!@?...Di manakah sifat malu yang baginda nabi s.a.w dah bentuk pada seorang wanita ???


# fikir risau seorang kawan #



Izinkan aku berkongsi satu hadis yang aku rasa korang pun pernah dengar dan aku pernah dengar...

amaran keras dari baginda nabi s.a.w terhadap kaum wanita

“Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Hadis Riwayat Muslim)..

Kawan2...

Fikir nabi sehingga hari kiamat , inilah sebenarnya yang baginda risaukan , risaukan keadaan umatnya yang makin jauh dengan Allah , nabi tak risaukan umatnya jatuh miskin , sebab nabi s.a.w pun miskin , tapi baginda nabi risau bila dunia masuk dalam hati umat , maka perintah Allah dan larangan Allah pun tak dapat bezakan...

# Korang perasaan x , satu demi satu apa yang baginda nabi s.a.w sabdakan telah betul2 berlaku ,  baca hadis , baca quran , supaya kita cakna tentang kehidupan yang sementara ini...


Yakinlah , dan aku yakin masanya hampir tiba , bila ilmu agama diangkat ke langit , kita hidup bertuhankan orang2 yang jahil agama...

~ simpanlah kecantikan korang kat suami korang ~

fikirkan dosa , fikirkan pahala , fikirkan syurga , fikirkan neraka , buat keputusan sekarang kawan2 , bila mati baru tersedar tak de guna lagi ,
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

[ As-sajdah ayat 12]



Saturday, 27 April 2013

Jangan engkau tertipu daya , dengan dunia yang fana' sebagai tempat ujian bagi kita...

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareemmm

Sedih sayu kecewa , tapi apa boleh buat ,

manusia hanya mampu mengajak dan terus mengajak , dan hidayat itu milik Allah..

Ingat lah kawan2...

apa yang aku kejarkan di dunia ini , apa yang kau kejarkan di dunia ini,

semua akan ditinggalkan , jika perkara yang kau dan aku kejarkan itu tiada langsung kaitan dengan agama , itu lagilah malang ,

Jangan disebabkan study kita , disebabkan projek , disebabkan test , buat kerja pulun2 sampai kol 3 4 atau 5 , lepas tu tinggal solat subuh , berbaloi ke ?

memang betul study itu perlu , tapi perlu ke nak tinggalkan solat ?

bayangkan tiba2 ada kawan kabo gini..

" Aku hari ni da stret 3 hari miss solat subuh "

" aku bangun2 je da pukul 7.20 pagi , miss subuh [sambil gelak2 depan aku, kan ade kene penampaq aq ni "

kawanku...

Yang dikejar itu bukan nikmat , tapi yang dikejar itu redha Allah , maka wajar ke kalau kita kabo aku belajar kerana Allah Taala , sedangkan dalam masa yang sama kita tinggalkan solat , padahal perintah solat ini baginda nabi s.a.w ambil langsung dari Allah Taala...

Bila kerja dakwah ditinggalkan , maka salah faham akan sendiri timbul dalam agama , sunnah dan bid'ah tidak diambil peduli , sunnah dihina , bid'ah disanjung , 

Moral of the story = study la awal2 , yang penting jaga solat sebab nabi kabo mereka yang jaga solat maka Allah akan murahkan rezekinya , diangkat kesempitan hidup , aku tak marah kalau korang nak study 24 jam , tapi yang penting time solat kene terus pi solat ..Lambatkan solat Allah tak suka, kalau tertidor lain cerita la bha...ahaks~

Moga Allah bagi hakikat solat pada aku....amin

Jangan engkau tertipu daya ,
dengan dunia yang fana' sebagai tempat ujian bagi kita...

Tuesday, 23 April 2013

bayan 20 April 2013

Jemput dengar bayan Maulana Razif kat malam markaz SP ritu..

http://www.youtube.com/watch?v=0MZ9kat3U6k&feature=youtu.be

Monday, 22 April 2013

cuba kau rasa, setiap tangisan

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareemm..

Tangisan itu bukan bererti kita lemah , bukan bererti kita tidak kuat , bukan bererti kita tiada apa-apa , tapi yakinlah tangisan ini lah yang mampu mengegarkan alam yang fana' ini

Duhai mata - mata yang sedang menangis ,

Pedulikan apa yang mereka katakan , teruskan berkhalwat dan teruskan menangis di hadapan Pemilik sekalian Alam ,

tetapi awas!

Pastikan tangisan itu kena pada tempatnya , tangisan memikirkan kehidupan akhirat , tangisan memikirkan dosa lampau , dan paling berharga ialah tangisan umat , tangisan bagaimana semua manusia atas muka bumi ini dapat hidayat Allah Taala , itulah tangisan baginda nabi s.a.w , itulah fikir risau baginda di gua hira' , dan itulah tangisan dan rintihan baginda saat baginda s.a.w hendak wafat...

sekarang , sedarilah hakikat kuasa tangisan itu ,

      " Dan mereka menyungkur ( sujud ) di atas muka mereka sambil menangis dan bertambah khusyuk " (Al-Isra' : 109)

       " Apabila dibacakan ayat ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka , maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis " (Maryam : 58)
       

  Satu fakta menarik bagi wanita , Maha Penyayang dan PengasihNya Allah taala , Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar dari kelenjar air mata lelaki , maka tidak hairanlah wanita mudah menangis berbanding lelaki...:)

    Cuba kau rasakan , setiap tangisan itu , cuba rasakan dalam setiap doamu , hadirnya Yang Maha Esa , bermanja-manja dengan Yang Maha Esa seperti mana dirimu bermanja dengan ibumu , wallahi Allah akan hadir dalam doamu

  Kita semua ada peluang untuk bermanja dengan Allah , tapi pernahkan tak kita cuba untuk mendapatkannya ? mulakan malam ini..

Doakan diri aku yang hina supaya dapat hakikat berdoa dan 'bermanja' dengan Allah..kalau bergayut dengan manusia 1 jam boleh , dengan Allah pasti lebih lagi ,

sebab Allah Maha mendengar dan Sangat setia mendengar...tapi , pernah tak kita cuba ?


       

Friday, 19 April 2013

Jom dengar bayan maulana Ali

Jom2 dengar bayan maulana Ali mengenai pentingnya dakwah ,

best2..

satu ayat yang ana suka dengar...

Allah cabar manusia dalam ayat al-quran ..

" PERKATAAN SIAPA YANG LAGI BAIK DARI MENGAJAK MANUSIA KEPADA ALLAH "

dan ayat ni..

' KITA DAKWAH TERHADAP PERKARA APA YANG KITA MAHU , KITA DAKWAHKAN UNTUK KITA DAPAT KESEMPURNAAN AGAMA '

DAKWAH JUMPA MANUSIA ITU YANG UTAMA ,
BARU DAKWAH CARA LAIN..:)

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara).
Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

ni pulak ayat yang dengar masa khutbah jummat..

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

[surah taubah ayat 71 - 72 ]

Tolong la dengar bayan ni ...

ni link dia...series best weiii..link bawah ni

DENGAR INI WEIIII

mengapa wanita afdhal solat di rumah ?..[ x yah gedik nak soh laki solat kat rumah ]

Pada zaman Nabi SAW, baginda izinkan orang perempuan solat di masjid dan baginda pun ada pesan, "Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu ke masjid." Pada zaman tu, tidak timbul masalah fitnah kerana Nabi SAW ada bersama-sama mereka.

Namun begitu, setelah Nabi SAW wafat, orang wanita yang datang ke masjid semakin ramai. Maka, timbullah fitnah disebabkan suara mereka, perhiasan yang mereka pakai dan seumpamanya.

Para Sahabat menyedari bahawa wanita-wanita mereka sudah menimbulkan fitnah tetapi mereka tidak berani melarang disebabkan adanya sabdaan Rasulullah SAW, "Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu ke masjid."

Isteri Sayidina Umar r.a. iaitu Atikah r.a. juga diberitahu bahawa Sayidina Umar tidak suka dia datang ke masjid kerana banyak fitnah yang berlaku. Tapi, Atikah r.a. menjawab, "Jika dia tidak suka, hendaklah dia sendiri melarang aku."

Kemudian, berlalulah suatu masa, Atikah r.a. berpisah dengan suaminya (mungkin cerai mati atau cerai hidup) dan beliau berkahwin pula dengan Zubair al-Awwam r.a. Zubair r.a. juga berfikir untuk melarang isterinya pergi ke masjid tetapi beliau tidak berani melarang. Pada suatu malam, ketika Atikah r.a. dalam perjalanan ke masjid, beliau telah diusik oleh seseorang tanpa dia tahu siapakah orang itu. (Sebenarnya orang yang mengusik itu ialah suaminya sendiri)

Sesampainya di rumah, Atikah r.a. memberitahu suaminya, "Zaman telah berubah." Maksudnya, zaman sekarang sudah tidak aman macam dulu. Lebih baik bagi wanita bersolat di rumah sahaja.

Sejak detik itu, isteri-isteri Sahabat tidak lagi bersolat di masjid dan mereka bersolat di rumah. Dalam sebuah riwayat, Sayidatina Aisyah berkata, "Seandainya Nabi SAW hidup di zaman kita, nescaya baginda akan melarang kita pergi ke masjid."

Bayangkan, itu zaman Sahabat. Sudah ada fitnah. Adakah kita rasa zaman kita zaman yang selamat daripada FITNAH?

Para wanita jangan bimbang mengenai pahala solat berjemaah kerana ada ulama mengatakan bahawa,tempat yang paling afdol bagi wanita bersolat ialah dalam bilik tidurnya.

Jika dia menggalakkan suaminya pergi ke masjid, dia juga akan dapat pahala solat jemaah suaminya.
Jangan dok gedik minta suami jadi imam solat fardu di rumah. Suami solat jemaahnya di masjid.

sumber : Khairy Tahjudin