Saturday 30 March 2013

Belajar di mesir dan south afrika..

Suasana di afrika
Nahmaduhu Wanusolli Ala rasulil Kareemmm...



bagi penuntut ilmu agama , bagi pencinta agama , yang sudah kebingungan tak tau nak bertalaqqi kat mane , ada berita baik untuk korang semua , kat bawah ni ana bagi link kat korang semua , yang akan melunaskan segala niat korang , tapi hakikatnya Allah yang mudahkan semua perkara...so kalau nak belajar kat mesir dan south afrika , terutamanya yang nak belajar kitab2 a.s.w.j dan nak sambung degree pon bole..usha2 la page ni..

1. https://www.facebook.com/alazharmesir

2. 
https://www.facebook.com/AbuSyafiq1

Moga niat korang Allah terima..

ingat...

" Agama ni Allah akan beri pada siapa yang betul2 nak je "

di samping itu , korang share2 la kat membe korang, dan jangan lupa doakan ana , yang betul2 nak pi sane , tapi apakah daya...T.T...Allah tak izinkan...InsyaAllah lepas degree...

ana tanye ustaz yang in charge benda ni..dia kabo.. sape nak bertalaqqi saje pon boleh ...jadi , selagi ulama2' a.s.w.j masih dikekalkan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ni...korang pi la berguru dengan diorang, bukannya asal ade masalah pasal agama je , pi tekan pakcik go0gle..wallahualam..
sape nak bawak bini sekali pon bole, baru syok pi sane , lagipun kat sana ada suasana agama...

Doakan ana hamba yang jahil dan hina ini yang takde ilmu agama langsung di dada...

YANG PENTING...SAMPAI SAMPAI KAN PADA SEMUA ORANG..

camne nak timbulkan minat pada agama...tak lain tak bukan selalu hadir majlis ilmu dan selalu berdamping dengan ulama' (bukan ulama' jadian , tapi ulama' yang betul2 )...mintak mereka doakan kita...

sejujurnya hatiku sudah tertaluk dengan ilmu agama...moga Allah mudahkan..

Pendengaran tentang iman dan amal







Dan malam ni aku dapat berita dari kawan , kawan dapat berita dari orang khidmat sri petaling yang PM DS Najib  nak pi malam markas...mintak semua doa hidayat khas pada PM kita...supaya dapat timbul fikir agama dalam diri beliau...sama2..insyaAllah...

Friday 29 March 2013

Sebuah keretapi, 3 tiket

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareem..

SubhanAllah...

Aku tertarik mengenai khutbah jumaat tadi, berkenaan love before marriage, kawan kat sebelah tadi bila baca tajuk khutbah terus pandang2 gua tersenyum2..tapi aku taknak cerita tentang isi khutbah tu , kesimpulan yang boleh buat ialah Haram bercinta sebelum nikah, kalau nak kawin, terus jumpe wali, kalau wali tak kasi, cari la wali yang kasi...ahaks~

Satu yang aku nak kongsikan ialah, pada khutbah kedua,

Khatib buat satu tamsilan...

kalau biasanya katib2 lain akan kabo..

" Ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan buat sementara, akhirat adalah tempat selama-lamanya'

Tapi katib kali ni seorang karkun, berdasarkan pakaian dia berjubah putih , janggut panjang lebih sikit dari gua..haha...  dia buat satu tamsilan..

" Ingatlah bahawa dunia ini bukan rumah sebenar kita, ramia yang sangka dunia ini rumah sebenar mereka , ingatlah sabdaan nabi bahawa jadilah kamu di dunia sebagai seorang pengembara..
Diibaratkan kamu menaiki keretapi dan kamu ada tiga tiket yang akan pergi ke tiga destinasi , destinasi pertama ialah perut ibu kamu , setelah cukup 9 bulan kamu akan keluar dari perut itu dan tiket pertama telah dikoyakkan, kemudia destinasi kedua ialah dunia yang sementara ini , nak tak nak kamu kene menetap di dunia yang sementara ini, dengan berbagai jenis ujian dan menunggu untuk destinasi seterusnya , dan pada bila-bila masa lagi , kamu akan meneruskan perjalanan kamu , maka tiket kedua akan dikoyakkan [ maknanya akan tinggalkan dunia ni ] kemudian kamu akan tunggu di dalam keretapi
[ alam akhirat, mizan , sirat] dan seterusnya last kali kamu akan mengoyakkan tiket yang terakhir yang menjadi penentu bagi kamu sama ada syurga atau neraka "


Bayangkan dengan suara yang lantang dan tegas..mana mungkin hati yang yang mendengar tu tidak gentar...T.T

Thursday 28 March 2013

Perasaan Ummah


Perasaan Ummah

Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965.

Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Maulana memulakan bayan selepas membaca masnun khutbah saperti berikut:

'Baiklah! Saya tidak berasa sihat hari ini. Saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Walau bagaimanapun, Saya akan bercakap mengikut keperluan. Sesiapa yang diberi-faham dan melakukan amal, Allah s.w.t akan memberinya kebaikan, sebaliknya kamulah yang menyebabkan kemusnahan diri sendiri.

Ummah ini telah dibentuk dengan susah-payah. Nabi s.a.w dan para sahabat r.a telah menanggung kesusahan yang amat sangat untuk membina ummah ini. Musuh-musuh Islam, Yahudi dan Kristian, sentiasa melakukan usaha utk memecah-belahkan umat ini. Sekarang, org Islam telah hilang nilai-nilai kesatuan.

Pada 9 hijrah , semua orang Arab telah memeluk Islam, pada masa itu tiada satupun struktur bangunan dibina. Sebenarnya, di Madinah , masjid pun bukanlah satu bangunan yg sempurna dan tiada satu lampu pun dinyalakan didalamnya. Orang pertama yg membawa lampu adalah Hadrat Tamim Dari r.a. Dia memeluk Islam pada 9 hijrah. Dalam masa yang singkat, manusia dari kaum berbeza, bahasa dan negara telah bersatu.

Dlm masa yg singkat, manusia dari suku, bahasa dan kaum yang berbeza bersatu sebagai satu ummah. Hanya bila ini dicapai, barulah lampu di dlm masjid nabawi di nyalakan. Sebelum itu lampu nur hidayah telah dinyalakan dahulu dan disebarkan di seluruh Semenanjung Arab dan sekitarnya. Selepas ini barulah ummah ini terlahir di seluruh dunia. Negara demi negara jatuh melutut dikaki mereka, dimana sahaja mereka pergi.

Ummah ini terbentuk bila tiada individu mementingkan diri sendiri, keluarga , kumpulan, parti, kaum, negara dan bahasa sendiri. Tiada individu mementingkan kekayaannya, hartanya dan keluarganya. Sebenarnya, kepentingan setiap individu yg ada pd ketika itu hanyalah terhadap perintah Allah dan Rasul s.a.w. Ummah ini hanya akan bersatu bila semua hubungan dan ikatan diputuskan dalam usaha untuk memenuhi perintah Allah dan Rasulnya s.a.w. Bila org Islam menjadi satu ummah adalah bila pembunuhan satu jiwa org Islam dimana sahaja didunia ini akan mencetuskan tindakan balas dari seluruh ummah. Dikala ini beratus ribu nyawa org Islam telah dibunuh, tetapi tiada satu jari pun diangkat.

Satu negara atau penduduk-penduduk bukanlah membentuk satu ummah. Satu ummah sebenarnya adalah terbentuk bila beribu kaum dan kawasan bersatu. Menunaikan solah, berzikir dan kewujudan madrasah dan ilmu tidak mencukupi utk membina ummah dan menurunkan bantuan Allah. Ibnu Mujim, org yg membunuh Hadrat Ali adalah org yg istiqomah bersolat dan berzikir. Pada masa hukuman dijalankan, bila org ramai dlm kemarahan mahu memotong lidahnya, dia berkata:' Hukumilah aku ikut kehendakmu, tapi jangan potong lidahku. Aku mahu saat akhir hidupku ini berzikir kpd Allah." Walaupun begini, Nabi s.a.w pernah bersabda org yg membunuh Hadrat Ali adlah org yg paling celaka dikalangan ummat aku"

Ingatlah! Kata-kata saperti "Kaumku", "Negeriku", "Masyarakatku", hanya memecah-belahkan ummah. Allah tak suka dengan kata-kata itu. Bila seseorang merasai kehadiran Allah sepanjang masa, dia akan takut kepada hukuman dan kemurkaan Allah dan akan taat kepadaNya setiap kali dia bernafas. Dgn cara ini syaitan tak dpt menyesatkannya.

Ummah ini akan terselamat dari pecah-belah dan setiap kejahatan jika mereka berpegang dgn tali agama dan bersatu. Syaitan sentiasa bersama anda. Utk menyelamatkan diri anda dari kejahatannya, seharusnya ada satu kumpulan dikalangan anda yang berusaha utk menggalakkan yang ma'ruf (dgn keluar dijalan Allah, buat usaha atas iman, solah, dzikr, ilmu dan kerja kenabian ) dan mencegah yg mungkar.

Umat ini akan bersatu dgn usaha ini. Ketika ini, satu usaha global sedang dilakukan untuk memecahkan kesatuan ummah. Satu-satunya penyelesaian kepada masaalah ini ada didalam usaha Nabi s.a.w. Mengajak manusia kpd masjid. Bercakap tentang iman dan program taklim dan dzikr harus dijalankan. Mesyuarat berkaitan usaha agama harus dibuat. Kesatuan akan terbentuk dlm ummah bila perbezaan kelas, negara dan bahasa diketepikan, cara yg dibuat oleh masjid Nabawi.

Bila 3 individu duduk bersama, mereka harus merasakan individu ke4 adalah Allah. Jika 4 atau 5 duduk bersama maka yg ke 5 atau 6 adalah Allah. Dia harus mendengar kpd semua dan melihat samaada percakapan itu menyatukan atau memecahkan. Jangan memburukkan, merancang atau mereka cerita tentang yg lain. Jika ummah ini bersatu maka mereka tidak akan dihina. Ummah ini terbentuk dgn aliran darah dan penanggungan kemiskinan Nabi s.a.w. Sekarang ini atas asbab-asbab yang kecil kita telah berpecah.

Ingatlah! Hukuman memecah-belahkan ummah adalah lebih dasyhat daripada hukuman memaksiati Allah. Jika ummah ini bersatu, maka mereka tidak akan dimalukan. Orang Rusia dan Amerika akan menyerah dihadapan mereka. Ummah ini hanya akan bersatu bila setiap orang Islam mengamalkan ayat, " Azillatin 'alal Mu'minin" maksudnya setiap orang islam harus merendahkan diri dihadapan saudaranya yg lain. Sifat ini akan terbentuk bila kita menjalankan usaha tabligh. Bila qualiti " Azillatin 'alal Mu'minin" sudah ada maka Allah akan menjadikan mereka “ 'A izzatin 'alal kafirin”, didalam dunia ini. Mereka akan mendapat kejayaan dan menguasai orang kafir, samada dia Eropah atau Asia.

(*Nota Penulis: Maulana merujuk dan tafsir Ayat Quran Surah Al Maidah Ayat 54 dibawah ini:
***********************************************************
Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling-tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia kasih akan mereka dan mereka juga kasih akan Ia, mereka berlemah-lembut terhadap orang yang beriman, dan berlaku tegas dan gagah atas orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan tidak takut kpd celaan orang yg mencela mereka. Yang itu adalah limpah kurnia Allah yg diberikan kepada mereka yang dikehendaki Nya,kerana Allah maha luas limpah kurnia Nya, lagi meliputi pengetahuanNya.
***********************************************************)

Sahabat dan saudara! Allah Ta'ala dan Rasulnya s.a.w melarang kita dengan kerasnya dari membuat ucapan yang memecahkan hati dan menyebabkan perpecahan. Syaitan membisikkan fikiran buruk dalam hati bila dua atau empat individu mengadakan mesyuarat tersembunyi. Mesyuarat tersembunyi telah di isytiharkan adalah kerja syaitan dan kita telah dilarang dari melakukan. Allah menerangkan mesyuarat/perbincangan tersembunyi adalah hanya (dipimpin) dari syaitan dlm usahanya utk menyebabkan susah-hati orang beriman, tetapi dia tidak dapat langsung memudaratkanya tanpa izin Allah.

Begitu juga kita dilarang merendah dan menghina yang lain. Allah s.w.t perintah, " Jangan kamu mengketawakan antara satu-sama lain; Mungkin yg diketawakan itu lebih baik dari yang mengetawakan." Kita juga dilarang dari mencari-cari kesalahan yang tersembunyi. Kita dilarang dari memberitahu kesalahan seseorang yang kita tahu dihadapan yang lain. Ghibat adalah haram. Ghibat bermakna memberitahu keburukan seseorang.

Kita diperintahkan supaya memuliakan dan menghormati satu sama lain kerana ini akan menyebabkan kesatuan. Pada masa yang sama kita dilarang dari mencari kemuliaan dari orang lain kerana ini akan memecahkan ummah. Satu ummah akan bersatu bila setiap individu secara ikhlas menyedari, " Saya tak berharga utk dimuliakan, dan dari itu, saya jangan mencari kemuliaan dari orang lain. Sepatutnya, saya harus memuliakan orang lain kerana setiap individu lain adalah berharga utk dihormati dan dimuliakan oleh saya." Jika kamu mengorbankan diri kamu, maka ummah ini akan terbentuk.

Kemuliaan dan kehinaan bukan dlm perancangan Rusia dan Amerika, tetapi dalam kawalan Allah. Dia telah menetapkan prinsip dan undang-undang tertentu utk memuliakan dan menghinakan negara atau individu. Jika Individu, negara, keluarga atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescahaya Allah akan memuliakan mereka. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang menghinakan, maka Allah akan hina mereka.

Org Yahudi adalah berasal dari anak Nabi-nabi. Tetapi Allah musnahkan mereka bila mereka memecahkan prinsip kemuliaan. Sahabat adalah anak-anak penyembah berhala. Allah muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah tiada sebarang hubungan silaturahim dengan sesiapa. Penerimaan Allah adalah berdasarkan kepada prinsip dan undang-undang tertentu.

Sahabatku! Korbankan diri anda dalam usaha ini supaya Ummah Saidina Rasulullah s.a.w boleh bersatu dan kualiti saperti iman, yaqin, dzikr, ilmu, dan penyerahan kidmat kpd Allah, tolak-ansur, menghormati satu sama lain dan sebagainya boleh ditegakkan. Berkorbanlah supaya kita akan terselamat dari kejahatan saperti ingkar, mensyuarat tersembunyi, menghina, mengumpat dan mencari keburukan orang lain. Jika mana-mana kawasan, menjalankan usaha ini dengan betul, maka ianya akan tersebar dari tempatnya keseluruh alam. Buatlah usaha supaya jemaah dari pelbagai negeri, lokaliti dan bahasa keluar dijalan Allah. Pastikan supaya prinsip-prinsip jerja dibuat dengan betul. Insya-Allah usaha ini akan menyatukan ummah dan insya-Allah syaitan dan nafsu tidak dapat membinasakan kita.

Beliau mengakhiri bayannya dengan doa.

3 hari selepas menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala ,India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965.

sumber : Ustaz Gunawan

Setelah itu amir jemaah ditukar kepada Maulana Innamul Hasan Rah. setelah beliau wafat , sekarang ni penggemudi jemaah ialah Maulana Saad Al-Kandhalawi

Sekadar nasihat dari pengalaman..

Nahmudu Wanusolli Ala Rasulil Kareem

Satu nasihat dari seorang sahabat

" Hari ni kalau student fail satu subjek , careless dalam test , atau tak dapat apa yang dia nak , mesti rasa menyesal gila2 la, kalau yang fail test tu , lagilah menyesal, sampai 2 3 hari tertonggeng  melutut frust, ini baru perkara dunia , tapi pernah tak kita ada rasa frust/depress/kecewa/rasa bersalah gila/ atau apa2 rasa yang dukacita , bila kita tak dapat taat perintah Allah dan Amal sunnah , kalau takde jadi masih jauh lagi..

Kalau orang yang fail test pun dah rasa menyesal gila2, gila5 punya gila , mesti terdetik kat hati , 
andai ku dapat kalau dapat patah balik , mesti aku study betul2...kalau test pun da rasa menyesal gila2....

maka, bagitulah keadaannya bila kita semua dah mati nanti , bila dibentangkan semua amalan-amalan kita, time tu memang rasa sangatsangatsangatsangatsangatsangatsangat menyesal, asallah la kat dunia dulu aku tak percaya janji Allah dan janji nabi...

kalau test mungkin kita boleh cuba lagi untuk test 2, atau mungkin boleh usaha gigih lagi sem depan, tapi kalau dah mati , ada ke sem 1 akhirat , sem 2 akhirat , final year akhirat , tak de!!!bila dah masuk alam akhirat , selama-lama-lama-lama nya..no turning back"

Dalam tafsir ibnu kathir tafsiran surah sajdah

" Ya Rab kami , kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami ke dunia , kami akan mengerjakannya amal shalih , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin ."[QS. 32:12]

Saat mereka berdiri di hapadan ALLAH dalam keadaan hina, rendah, hina dan kepala mereka tertunduk, iaitu disebabkan malu dan gementar , sementara itu mereka berkata

" Ya rab kami , kami telah melihat dan mendengar ,"

iaitu kami SEKARANAG [ alam akhirat nanti ] mendengar perkataan-MU dan mentaati perintah-Mu. Demikian pula, mereka kembali mencela diri mereka saat mereka memasuki api neraka dengan berkata

' Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan [ peringatan itu],nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala [ QS. Al-Mulk : 10]

Dan ALLAH berfirman

" Maka rasakanlah olehmu [ siksa ini ] disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini' [ dikatakan kepada penghuni neraka dengan cara mencerca dan mengejek .

Allah berfirman :

"Sesungguhnya kami telah melupakanmu pula ,"

[iaitu kami akan memperlakukan kalian seperti mana perlakuam orang yang melupakan sesuatu . Kerana Allah tidak pernah melupakan sesuatu sedikitpun. Allah berfirman dalam ayat lain

"Dan dikatakan kepada mereka ' Pada hari ini Kami melupakanmu sebagaimana kamu melupakan pertemuan dengan harimu ini [QS . Al-Jaatsityah : 34]

Dan firman Allah lagi

" Dan rasakanlah siksa yang kekal , disebabkan apa yang kamu lakukan..

(Korang baca la tafsir atas ni dan amik iktibar sebab ana tak nak hurai panjang2 sebab bukan ahlinya..)

Inilah perkara yang kita tak nampak, perkara akhirat , selagi kita tak usaha, selagi itu kita tak nampak realiti kehidupan akhirat...


Satu lagi nasihat kawan aku di fb..

" dunia ini terlampau murah bagi Allah bahkan takde nilai langsung di sisi Allah, kalau kita mintak sungguh dunia kat Allah, pasti Allah bagi "

Betulkan, kadang kadang benda yang kita tak nak pun Allah bagi, secara sedar tak sedar kan..

Tapi untuk perkara akhirat ataupun perkara agama memang jarang-jarang dapat sebab agama ini sangat bernilai di sisi Allah Taala, buktinya..

Ustaz Ismail Musytari , timbalan pengarah pusat islam utm pernah bitau ana..

" Dalam hadis qudsi Allah bitau, dunia ini Allah akan bagi pada siapa yang nak dan pada siapa yang taknak [ sebab dunia bagi Allah takde nilai walau sebesar sebelah kepak nyamuk , ini berdasarkan kisah nabi ibrahim mintak kat Allah hantar nyamuk hancurkan raja namrud , kisah dia sangat panjang dan sangat best , lain masa aku stori ] TAPI, untuk perkara agama , ALLAH AKAN BERI PADA SAPA SAPA YANG USAHA JE '

Realiti memang betul..

kalau kita doa kat Allah nak istiqamah baca quran 1 hari 1 juz , jaga zikir , jaga tahhajud , jaga amal...memang susah nak dapat , bukan Allah tak bagi , tapi Allah tangguhkan perkara ni, sebab ini perkara agama , orang yang betul2 mujahadah je dapat [ rujuk surah ankabut ayat last sekali ]

tapi kalau doa perkara dunia senang2 je Allah bagi..

Jadi, untuk perkara agama , kene usaha betul2, kalau tak nanti korang akan betulbetul menyesal..seriesly...bergaullah dengan orang yang betul2 baik , bergaullah dengan alim ulama' , berdamping dengan mereka...dan yang penting, untuk perkara apa pun, yakin mesti betul dengan Allah Taala, bila yakin betul , jangan lupa solat 2 rakaat [ dengan penuh yakin] untuk mintak tolong dengan Allah, Allah pasti bantu...

Akhir kalam , berkenaan yakin , satu maulana nasihat ana...

" Banyak doa untuk perkara ni [apa2 perkara pun] moga Allah swt lembutkan hati kedua dua belah pihak , buat dengan penuh yakin yang Allah memiliki kesemua hati2 mereka, insyaAllah Allah bersama kamu "

" Ingatlah dunia ini tempat tumpangan buat sementara , yakin mau betul pada Allah , susah dunia susah sekejap , susah akhirat ?? sakit dunia sakit sekejap , sakit akhirat ?? semua manusia diuji , dan AKU JUGA DIUJI...



Thursday 21 March 2013

Tabligh lagi...


Tabligh lagi.. fuhhh..

Istilah, ‘Tashkeel’ yang biasa digunakan dalam usaha dakwah & tabligh, bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah..

Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redho Allah Ta’ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka.

Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda, “Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya. Juga sabda Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.” Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan Mu’az (radiyalaahu anhu) ke Yaman sendirian saja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) tidak mengirimkan Mu’az (radiyalaahu anhu) sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary (radiyalaahu anhu) bersamanya. Baginda (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.” Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash (radiyalaahu anhuma). Bersama mereka baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta’leem dan memutuskan perkara diantara manusia.

Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk didalam suasana Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di zaman Nabi SAW orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam masjid.

Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama lain. Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah SAW telah membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabi dan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya (shahih bukary 442, bab mandi bagi orang yang masuk islam dan mengikat tawanan).

Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah SAW atas maksud dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:

• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan mereka.
• Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh binatang ternakan.

Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan? Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW bahawa didalam Islam tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam. Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah SAW telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal sebagaimana berikut:

Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.

Bilangan 40 hari pula telah banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila Allah SWT sendiri telah memerintahkan Musa AS supaya menambah bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an

- Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A’raf 142)

- Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah SWT menyebut dengan janji-Nya kepada Nabi Musa AS untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh malam.

Didalam hadith baginda SAW banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA beliau berkata daku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)

Hadits riwayat Abu Dawud dan Abu Nu’man dalam kitab Al-Hilyah :
Nabi Muhammad Saw. bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa mengikhlashkan dirinya kepada Allah (dalam beribadah) selama 40 hari maka akan zhahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”. (HR. Abu Dawud dan Abu Nu’man dalam alhilyah).

Imam at Tirmidzi meriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia mengatakan, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang shalat karena Allah selama 40 hari secara berjama’ah dengan mendapatkan Takbiratul pertama (takbiratul ihramnya imam), maka ditulis untuknya dua kebebasan, yaitu kebebasan dari api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan.” (HR. Tirmidzi)

Daripada hadith-hadith ini dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’ didalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.

Hikmah Keberkahan Ilmu asbab Mujahadah dengan ihlas untuk agama:

- Dalam kitab syarah al-hikam

Nabi SAW bersabda :” Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”.

- Hadits qudsy shahih Riwayat Hakim

Dari Abu Darda Ra. berkata : “Aku mendengar Rasulullah Saw. Bersabada, “Sesungguhnya Allah Swt berfirman kepada Isa As. : “Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu (ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka, mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, mereka sabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan/kemurahan hati) dan ‘ilm (ilmu) .” Isa bertanya: “Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah, tanpa hilm dan ‘ilm?” Allah menjawab: “Aku memberikan mereka sebagian dari hilmKu dan ‘ilmu-Ku.” [HR. Hakim. Katanya Hadits ini shahihmenurut syarat Bukhary, tetapi ia tidak meriwayatkannya, sedangkan adzahaby menyepakatinya". I/348]

Keterangan : Hadits ini juga terdapat pada Muntakhab hadits SyaikhulHadits Maulana Yusuf, Hadits No. 27, Bab ikhlaS dan Juga terdapat pada kitab Ucapan Nabi Isa as dalam kisah-kisah literature umat islam, Tarif Khalidi.

- Dalam hadits qudsy (Kitab Futuh Mishr wa Akhbaruha, Ibn ‘Abd al-Hakam wafat 257 H).

Allah mewahyukan kepada Isa untuk mengirimkan pendakwah ke para raja di dunia. Dia mengirimkan para muridnya. Murid-muridnya yang dikirim ke wilayah yang dekat menyanggupinya, tetapi yang dikirim ke tempat yang jauh berkeberatan untuk pergi dan berkata: “Saya tidak bisa berbicara dalam bahasa dari penduduk yang engkau mengirimkan aku kepadanya.” Isa berkata: “Ya Allah, aku telah memerintahkan murid-muridku apa yang Kau perintahkan, tetapi mereka tidak menurut.” Allah berfirman kepada Isa: “Aku akan mengatasi masalahmu ini.” Maka Allah membuat para murid Isa bisa berbicara dalam bahasa tempat tujuan mereka diutus.

- Dalam hadis qudsi, Nabi Isa as. Juga bersabda:

“Isa As. berkata: “Buat kalian tidak ada gunanya mendapat ilmu yang belum kalian ketahui, selama kalian tidak beramal dengan ilmu yang telah kalian ketahui. Terlalu banyak ilmu hanya menumbuhkan kesombongan kalau kalian tidak beramal sesuai dengannya.” [ Diriwayatkan oleh (Abu 'Abdallah Ahmad bin Muhammad al-Syaibani) Ibn Hanbal (... – 241 H), Kitab al-Zuhd, 327. Dan (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad) Al-Ghazali (... - 505 H), Ihya' 'Ulum al-Din, 1:69-70].


Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya."
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:

"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu."

Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

sumber; http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/02/keluar-di-jalan-allah.html

Wallahua'lam..

Tuesday 19 March 2013

Moga niatku Allah terima

Nahmaduhu Wanusolli Ala rasulil kareem...

Petang petang ni, Allah telah hantar satu angin yang menyamankan, walaupun aku duduk dalam bilik je tak dapat rasa, tapi tadi masa lepas kelas dapat jugak rasa angin sepoi sepoi bahasa...

Aku dulu sebelum ikut usaha takbalik tabligh ni memang takde fikir agama pun , apa lagi nak fikir untuk orang lain, apa lagi nak fikir atas ummat ni , bab fardhu ain buat don no je, apa lagi bab fardhu kifayah , lagi la tak tahu, kalau nak cerita macam mana aku kene tangkap culik kebas dengan usaha tabligh ni memang panjang..

tapi berkat usaha takbalik tabligh ni aku dengan kawan-kawan aku berubah , fikir risau akhirat , fikir risau ummat , memang mujahadah nak berubah , apa kau ingat manusia nak berubah senang-senang je angkat kaki depan rumah sambil makan popcorn...semua perlukan pengorbanan dan mujahadah , baru ada kemanisan iman , selalunya, kerisauan yang bermain kat fikiran aku ni selalu aku luahkan kat Allah , berdoa risau keadaan ummat yang jauh dari agama, then aku bitau ummi , memang selalu ummi la jadi mangsa aku , asal aku kat rumah je , memang aku la jadi mulut murai , sampai kalah adik perempuan aku , dengan niat dalam fikirkan ummi ada fikir risau atas ummat yang jauh dari agama , dan dengan harapan dalam doa ummi ada juga selitkan doa untuk ummat , dan kadang-kadang aku cerita kat adik pompuan aku , walaupun baru darjah 6 , memang jadi mangsa aku la , kalau tak kene buli memang kene leter dengan aku ,

Sebab adik aku ni baru darjah 6 , jadi fikiran dia mudah terpengaruh , jadi sebelum kepala otak dia dibasuh dengan orang lain , biar aku basuh otak dia dengan amaran keras dari baginda nabi s.a.w..dan semestinya lepas kawin, bini aku la jadi mangsa kerisaun ummat aku , supaya dalam fikiran dia selalu ada risau ummat ..sebab dengan cara ini aku ditarbiyyah , dekat kolej aku sekarang ni setiap pagi lepas subuh akan buat mensyuarat harian , bertujuan menimbulkan fikiran risau agama dalam diri dan untuk ummat , fikir macam mana dalam diri sendiri dapat amal agama dan dalam diri ummat dapat amal agama ..semua perlukan latihan..

Aku harap pada sapa yang sudi baca ni , doakan la aku supaya niat murni nak belajar kitab 4 mazhab lepas degree Allah izinkan , dan sekarang ni sambil aku belajar ilmu kejuruteraan, aku berguru dengan seorang ustaz yang aku yakini berfahaman ahli sunnah waljamaah yang sanadnya sampai pada rasululullah mengenai al-quran...tapi macam masa aku lebih pada perkara ilmu dunia sahaja berbanding ilmu al-quran, ya Allah, ampunkan aku..

Aku takut diriku akan selalu ditipu oleh makhluk2 yang memang suka memutarbelitkan sunnah nabi dan ayat2 al-quran , perkara sunnah dikata adat, perkara wajib dikata harus, dan bila orang amal sunnah pulak , dia pertikaikan , benar sabdaan nabi, pegang sunnah itu erat2...ibarat genggan bara api...

 maksuh nama aku ialah penjaga Agama , tapi aku masih tak buat apa-apa pun tok agama # T_T

Saturday 16 March 2013

Di Atas jalan dakwah..Betul ke Allah terima dakwah kita ?

 Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulil Kareem...

Sebenarnya di atas jalan dakwah ramai manusia di tarbiyyah..

tapi persoalannya, adakah benar di atas jalan dakwah itu manusia akan berubah dan makin dekat dengan Allah,

atau takut2..

di atas jalan dakwah yang kita rasa itu 'dakwah' sebenarnya telah menyebabkan kita makin jauh dengan Allah..

Semakin menuju ke azab Allah Taala,

"Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat tu bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasul , tapi secara tak sedar. takut-takut apa yang kita buat tu, makin jauh dari Allah, makin mengundang azab Allah "

Seorang Ulama' pernah beritahu ana , bila mana sahabat nabi dan baginda nabi s.a.w buat dakwah , mereka semua mendapat berbagai kesusahan dan penderitaan untuk agama Allah , tapi hari ni ramai manusia buat dakwah , tapi....~~~

Aku tak nak sambung, buka balik kisah para sahabat dan para nabi dan rasul serta bukak balik kisah baginda nabi s.a.w buat dakwah, apa natijah zahir yang mereka dapat ?

penderitaan dan kesusahan...

TAPI,

Hakikatnya mereka makin dekat dengan Allah, keimanan mereka makin teguh dengan Allah, bila mana mereka rapat dan betul takluk dengan Allah, maka dunia ni mereka tak kisah..


Sebenarnya satu je yang aku takut, 
takut-takut bila manusia buat dakwah ini, dengan harapan dakwah yang kita lakukan ini kita terlalu mengharapkan ganjaran dunia tanpa mengharapkan ganjaran akhirat,

kita terlalu mengharapkan  bahagian dunia tanpa memikirkan atau tanpa mengharap ganjaran akhirat, maka sudah pasti Allah akan beri di dunia sahaja, tapi di akhirat mereka tak dapat apa..

Jadi, penting perlu ada sifat takut dan harap pada Allah, takut-takut kerja dakwah yang kita buat, tapi hakikat yang kita dapat ialah makin jauh dari Allah..

Ingat, bila kita buat dakwah, pertama Allah akan islah diri kita, Hati hanya takluk pada Allah,
solat makin khusyuk,
bacaan Al-quran makin banyak,
selawat atas nabi makin banyak,
tidak terlalu cintakan dunia [ tapi sahabat nabi r.hum , mereka tak cintakan langsung dunia ] ,
dan,
selalu ingatkan mati...

dan sudah semestinya, bila kita buat dakwah dengan ikhlas dan mengikut cara yang betul , sedikit sebanyak akan mendapat kesusahan...mengikut tahap keimanan masing-masing...

Bila kita buat dakwah , ya , memang betul kita pasti akan dimuliakan oleh Allah di hari kiamat , tapi pernah tak terpikir, Adakah Allah terima dakwah kita ? Pernah tak  sedikit s
ebanyak kita mendapat kesusahan atau pernah tak kita mujahadah untuk agama Allah ? pernah tak ada kerut dahi kita memikirkan hal ummat yang telah sangat sangat jauh dengan agama ? pernah tak kita seketika fikir risau ummat, seperti baginda nabi s.a.w fikir ummat ? Atau paling simple sekali , pernah tak ajak teman sebilik , sebelah bilik untuk datang pada solat berjemaah ? Allahu ~

tepuk dada tanya iman, atau adakah selama kita buat dakwah, [yang kita sangka kita buat dakwah ] tapi kita makin jauh dari Allah Taala ~ Atau sekadar hebat di facebook keyboard warrior....


Atau adakah kita buat dakwah semata-mata nak dipuji atau digelar ustaz atau segala bagai term ?

Thursday 14 March 2013

Malu pada Allah, nikmat mana yang hang nak dusta lagi ?


Nahmaduhu Wanusolli Ala rasulil Kareemm..

Jam sekarang pukul 1.50 a.m

Kehidupan hari ni penuh dengan nombor dan huruf , ni pun baru habis buat differential equation , semestinya kehidupan seorang pelajar engineering itu penuh dengan mengira , memang lumrah manusia mereka akan korbankan diri mereka untuk sesuatu perkara yang mereka rasa penting...

Tetapi dalam kesibukan mengejar dunia yang sementara, janganlah lupa kehidupan akhirat yang abadan - abada, dalam kesibukan ketunggangan keterbalikan study, jangan lupa perkara yang lebih penting, sekadar mahu berkongsi satu nasihat, nasihat demi nasihat perlu diambil supaya kehidupan dunia tidak lari dari maksud hidup yang sebenar..subhanAllah sahabat ana sudi menasihat masa lepas taklim isyak tadi..

" Hari ni kita rasa pergi kelas awal tu penting, kalau kelas pukul 8.00, mesti sharp datang, macam gitu jugak kita kene rasa agama itu adalah suatu yang penting..

 Hari ni kita rasa study tu penting, macam tu jugak kita kene rasa solat jemaah itu lebih2 penting

 Hari ni kita rasa kalau pergi kelas lambat, tak siap assignment, dapat pointer bawah 3 itu suatu yang  memalukan, macam tu jugak kene rasa bahawa bila saya tinggal solat jemaah itu adalah suatu yang memalukan, bukan malu pada manusia..

Tapi malulah pada Allah, kerana dia telah bagi macam2 pada kita, tak rasa malu ke kat Allah, solat jemaah tinggal, quran tinggal, dakwah tinggal..tak malu ke "

Untuk perkara dunia kita rasa malu, lebih lebih lagi untuk perkara akhirat mesti kene lebih2 malu lagi..

[ Tokok tambah sikit nasihat sahabat tu.. ]

 # Ya Allah beri kami hidayah Mu #...



Bagi sapa yang tidur lambat tu, eloklah tidur surau, kalau kita rasa bahawa tinggal solat jemaah tu adalah satu perkara yang memalukan, tidur lah surau...

" Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala seisinya"

Moga aku dapat amalkan~

Sunday 10 March 2013

Masalah selesai dengan agama..

bila Nabi saw wafat, maka telah wujudnya nabi palsu, org murtad, org xnak bayar zakat dan musuh nak serang madinah..

xde dr kalangan umat ni yg lebih faham agama melainkan Abu Bakar r.hu.. beliau telah mengeluarkn semua lelaki dr madinah ke jln Allah sehingga selama tiga hari tiga mlm tiada azan di masjid nabawi..

natijahnya, Allah telah selesaikn semua masalah mereka.. penyelesaian masalah umat ni adalah dgn keluar di jln Allah.."

copy from Azhar jaafar

.
Benar kata Azhar Jaafar..

Masalah selesai dengan keluar jalan Allah, bila ada pengorbanan, ada natijahnya..
aku mula2 susah nak faham, tapi bila keluar jalan Allah, Allah sikit2 bagi paham..
Hatta masalah pelajaran aku pun diselesaikan dengan keluar jalan Allah..
Bayangkan,
bila keluar jalan Allah..
malam kompen tidor awal,
sebelum tidur buat amalan sikit...
light Off...duduk sendirian jap kat saf depan, dalam keadaan gelap..
fikir akhirat, tawajuh dengan Allah..

bayangkan berdua-dua an dengan Allah di waktu gelap,,,

ummmm...best gilew siyesss...

so, tunggu ape lagi, mari keluar jalan Allah...
best, banyak masalah aku selesai dengan keluar jalan Allah..
tapi sebenarnye banyak masalah aku selesai bila kembali pada Allah dan bantu agama Allah


rasakan..

Friday 8 March 2013

Selok belok dunia..

Innal ham da lillah...summal hamda lillah..summal hamda lillah..:)

"Jika Allah buat keputusan untuk bantu seseorang, maka siapa yang boleh melawan kuasa Allah itu, dan jika Allah buat keputusan untuk kecewakan seseorang, siapa yang boleh melawan kuasa Allah itu ? "

Kembalikan hati itu pada Pemilik sekalian Alam, manusia itu akan tersedar bila perkara itu sudah berlaku depan mata...Nabi s.a.w dihantar ke atas muka bumi untuk menyedarkan manusia, untuk membawa manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat...

Sahabat2 nabi semua faham , dan mereka ini CELIK akhirat, mereka tahu apa kehendak baginda nabi s.a.w

Tapi hari ni asbab kelemahan iman manusia, manusia lupa kehidupan yang kekal abadi, sebab tu penting selalu kita muzakarah kan iman dan amal, kehidupan akhirat, sirat, mizan , kubur, kene muzakarah selalu, sebab inilah perkara yang pasti, di samping mencari limu agama yang lain, ilmu feqah, ilmu mantik, ilmu al-quran, semua itu penting, tapi yang penting sekali ialah ilmu perkara ghaib, bukan setakat ilmu, tapi beriman pada perkara ghaib..

Apa itu perkara ghaib ? Dosa pahala, syurga neraka, azab nikmat, seksaan kubur, sakaratul maut, hari kebangkita, semua tu adalah perkara ghaib, so, camne nak hadirkan beriman pada perkara ghaib tu ? salah satu caranya ialah selalu muzakarahkan tetang ini..inilah yang sahabat2 nabi buat, apabila berjumpa mereka akan beriman sebentar...

Contohnya mudah, kita selalu bercakap tentang dunia, sampai perkara dunia selalu bermain di fikiran kita, begitu juga jika selalu muzakarah tentang akhirat, perkara akhirat juga akan bermain di fikiran kita..

kata kiyai haji solohin.

"Hanya Ahli lailahaillallah saja yang akan boleh mengucapkan lafaz lailahaillallah ketika sakaratul maut kelak"

Bila berbicara tentang sakaratul maut, T_T..seram sejuk ~...

 peringatan buat diri dan pada semua yang baca, manusia lupa apa kehendak baginda nabi s.a.w, memang apa yang baginda nabi s.a.w sabdakan sudah berlaku depan kita, tapi , jadilah mereka yang terasing , nabi kabo orang yang asing ni beruntung , yakin dengan janji nabi dan janji Allah , kat dunia tak dapat, yakinlah Allah akan beri di akhirat , semua manusia itu diuji, semua sekali tak terkecuali, dan ujian baginda nabi s.a.w paling besar, apa kamu kira kamu buat dakwah , kamu amal sunnah, kamu cuba nak tegakkan islam, apa kamu kira kamu tak kan diuji ? ~

apabila diuji, bisikkan dalam hatimu...

" Dan aku tidak meminta imbalan kepadamu, imbalanku hanya dari tuhan SELURUH ALAM ...

Tuesday 5 March 2013

Please..

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rasulihil Karim..

Sebenarnya dalam hidup ini apa yang sebenarnya kita inginkan ?

Adakah sekadar ingin memenuhi kemahuan nafsu semata-mata ?

Ramai kan yang tak sedar yang hidup ini sementara ?

Lihat sekeliling, lihat remaja, lihat pakaian mereka..

Sedih kan..

tak perlu diceritakan keadaan mereka..sedih sangatsangat..

aku sempat muzakarah dengan kawan...

bahawa segala apa yang nabi sabdakan memang telah betul2 berlaku...
terutamanya bab pakaian..

maaf kata...terutamanya wanita..bukan mencari kesalahan..tapi itulah realitinya...

tak kan wanita tak tahu hadis nabi mengenai wanita yang berpakaian tetapi telanjang,
tak kan wanita tak tahu hadis nabi mengenai wanita yang memakai sanggul,
mungkin mereka tahu, tapi tiada kekuatan iman..

jadi aku menyeru,
aku tak mampu dakwah mereka, kerana bila ana dakwah mereka, akui aku akan kalah dengan pakaian mereka...

Senjata paling kuat ialah doa..
jadi aku menyeru pada wanita2 yang sudah diberi hidayah oleh Allah untuk taat perintah Allah dari segi pakaian..please...

Dakwah mereka, dan doakan mereka..doa nangis2 untuk mereka...

kasihankan mereka..T_T...

" Ummi , camne nak jaga mata kat U ni..."

"hang pakai spect hitam je gi kelas..."

senyum lebar bila dengan umi kata gitu...haiii~~

~ Ya Allah Ya Rab Ya Kareem, Amkan hidayah Mu ke seluruh Alam, kerana mereka tiada kekuatan, beri mereka kesedaran,kerana  KAU lah sebaik pengingat kebenaran.....

Saturday 2 March 2013

Kemajuan yang sebenar


Nahmudu Wanusolli ala rasulihil kareemmm...

Alhamdulillah baru balik dari markaz,  alhamdulillah bini' matihi tatimmu solihat kerana adik aku ikut sekali pergi markaz..sudah tentu ana gembira + bersyukur...dia ade azam nak kuar 40 hari time cuti sekolah...moga Allah pilih dia..muda2 da dapat usaha agama..:)..doakan adik aku...

Sedikit perkongsian petikan bayan..tadi ustaz yang bayan, jadi seyez best + men curah2 air mata sebab banyak dalil dan hadis dikeluarkan...

aku just nak kongsi kisah saidina umar r.a bila beliau nak ambik kunci palestin..

Apabila paderi-paderi dan penguasa mendapat berita bahawan amirul mukmineen saidina Umar nak ambik kunci palestin, maka paderi dan penguasa ni tunggu di istana masing-masing, mereka seperti meyambut kedatangan saidina Umar r.a

Tetapi di sebalik sambutan secara ijmaie ini, paderi-paderi mereka sibuk membelek kitab taurat dan injil untuk mengkaji ciri-ciri pemimpin yang akan menawan kota palestin..kerana mereka yakin dengan taurat dan injil

sementara itu, gabenor jenaral tentera islam, Ubaidah Al-Jarrah r.a memberi cadangan kepada saidina umar agar menukar 2 perkara

1) pakaian..
2) kenderaan..

Kerana supaya yahudi dan paderi boleh nampak yang islam ni kemas..ustaz tu kabo mula2 saidina umar terima cadangan itu atas maksud agama, tetapi bila saidina terpikir tentang iman dan taqwa berserta sunnah yang dia pegang, maka amirul mukminin ini minta dikembalikan pakaian dan kenderaan tungganganya..

so, pengajarannya..

1) dahulukan Iman taqwa daripada apa yang orang nak kata...
2) yakin dengan sunnah nabi, pegang erat erat..

jadi bila saidina umar r.a berjalan dengan sorang lagi sahabat ke kota palestin, maka paderi dan penguasa yahudi tu lihat gerak geri mereka berdua dari jauh, dipendekkan cite...last2 penguasa tu kabo..

bagi je lah kunci ni pada amirul mukminin ni, kalau korang nak lawan, pasti binasa..

kerana di dalam kitab mereka tertulis bahawa mereka yang akan tawan kota palestin ialah ketua yang ada 13 tampalan, dan ketua tu akan memegang tunggangannya sementara seorang lagi duduk di atasnya..

Allahu, sebenarnya kita bukan just nak kaji sejarah hebat sahabat2 nabi dulu, tetapi lihatlah kualiti iman taqwa meke pada Allah..

Lihat saidina umar yang tidak terkesan dengan keadaan kota palestin dengan raja baju mahal2...begitu juga hari ni, yakin dengan sunnah ea..:)..

suasana iman membuatkan imanku meningkat...T_T...

"Kemajuan yang sebenar ialah bukan terus maju ke hadapan, tapi kemajuan yang sebenar adalah dengan kembali meniru cara hidup cara orang yang ter kebelakang [ kehidupan nabi dan sahabat] dari segi pakaian, percakapan, ekonomi, dan semua sekali"

Semoga Allah bagi kekuatan pada aku untuk amalkan...:)